Story 13

225 36 10
                                    

Story 13Cake


Park Seo-joon POV

Aku tak suka bila someone cakap benda macam tu dekat noona. Pelacur? Huh!

Tak guna betul. Sakit hatiku. Nasib baiklah dia tu perempuan, kalau lelaki dah melayang dah penumbuk sulung aku.

Aku terperap dekat bilik. Aku perasan wajah noona tadi. Dia takut tengok aku marah macam tadi. Haih. Aku dah buat orang yang aku sayang ketakutan.

Ttuk. Ttuk. Ttuk.

Kedengaran ketukan dari pintu bilikku.

Aku diamkan diri saja. Tidak bergerak pun untuk membuka pintu.

"Seo joon-ssi? Awak ada dekat dalam tak?" Tanya orang yang mengetuk bilikku.

Dia panggil aku dengan gelaran -ssi? Dia tak nak rapatkan diri dah ke dengan aku? Haih.

"Seo joon-ssi, jomlah turun. Saya ada buatkan sesuatu untuk awak." Ji-hyo berkata lembut.

"Nanti saya turun." Nadaku sedikit tinggi untuk memastikan Ji-hyo dengar.

"Okay." Dia jawab pendek.

Panas dalam diri ni tak sejuk lagi sebenarnya kalau ingatkan balik kejadian tadi.

Turun saja lah. Noona dah tunggu lama dah dekat bawah. Kesian pula dekat dia.

Aku turun ke tingkat bawah dan terus ke dapur.

Wah, cantiknya...........

Kek tu.

"Noona pandai masak?" Aku bertanya, mata tertawan dengan kek tu.

"I can't cook. But I can bake." Ringkas saja ayatnya.

"Janganlah awak panas hati sangat tentang kejadian tadi pagi tu. Lebih baik awak sejukkan diri dengan ais krim ni." Ji-hyo menghulurkan gelas yang terisi dengan ais krim.

"Serius sangat saya tengok awak dari tadi. Makan kek saya boleh tambahkan kemanisan dalam senyuman awak tu." Ji-hyo senyum.

"Saya rasa tak puas hatilah dengan tindakan dia tu. Dia dah malukan noona." Aku menyuapkan diri sendiri dengan ais krim.

"Tak apa lah. Lagipun, awak kan dah selamatkan noona tadi. Terima kasih Seo joon-ah."

Ji-hyo menyenduk kek dari pinggan dan bersedia menyuapkan aku. Aku hanya membuka mulut menyambut suapan itu.

"Seo joon-ah. Noona dah ingat alamat rumah omma noona." Ji-hyo tersenyum menampakkan giginya.

Ala, dia dah nak balik. Tapi, kalau dia gembira aku pun tumpang gembira untuk dia.

Dia beri aku kertas yang tertulis alamat.

"Seo-joon boleh tolong hantar noona esok?"

"Boleh, noona." Ringkas saja jawapanku.


🔹Kereta

Dah 3 jam perjalanan. Ji-hyo noona dah terlena dekat sebelahku. Aku terpandang wajah Ji-hyo noona sekilas.

Lepas ni kita dah tak boleh jumpa ke noona? Kita akan awkward macam kali pertama kita jumpa dulu ke lepas noona pulang? Noona akan tegur ke saya kalau dekat kampus?

Alamat yang noona bagi tu, kenapa aku rasa alamat tu tak asing dengan aku? Aku rasa macam pernah ke sana. Atau mungkin perasaan ku saja?

Aku hanya meneruskan pemanduan.

Selepas 4 jam perjalanan, akhirnya sampai pun ke destinasi.

Ji-hyo noona dah bangun 30 minit lalu.

Aku perhati rumah tu dari dalam kereta. Rumah tu adalah jenis rumah tradisi lama. Ji-hyo noona sudah lama berada di luar kereta. Aku membuka pintu kereta dalam keadaan perlahan.

Rumah ni, kenapa aku rasa macam kenal?

"Omma. Omma. Ji-hyo balik." Ji-hyo noona terus masuk ke rumah itu.

Aku hanya mengikuti Ji-hyo dari belakang. Ji-hyo terus memeluk seseorang wanita separuh baya yang aku percayai ommanya. Wajahnya terlindung.

Selepas beberapa langkah, wajah wanita itu akhirnya terlihat jelas. Aku terundur sedikit ke belakang kerana terkejut dengan apa yang aku lihat.

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now