Story 18

176 37 5
                                    

Story 18 - Sad ending?


Park Seo-joon POV

Aku ke kampus macam biasa. Ji-hyo noona tidak pernah kembali ke rumahku selepas pulang dari rumah Omma Yura. Dia tinggal dimana selama ni?

Aku ada terjumpa dengan Ji-hyo noona di kampus beberapa kali. Tapi, kitorang tak saling menegur. Macam kami saling tak kenal antara satu sama lain.

Apa sudah jadi dengan Ji-hyo noona selama ni? Sejak kejadian dari rumah Omma Yura 2 bulan lalu, dia macam berubah. Aku mesti cari tahu apa yang berlaku.

🔹Kampus

Aku terlihat noona sekali lagi berlalu di hadapanku. Aku mesti tanya noona kejadian sebenar.

Aku cuba berlari mendekatkan jarakku dengan Ji-hyo noona yang semakin jauh.

"Noona. Tunggu. Noona. Ji-hyo noona." Panggilku berkali-kali kerana dia seperti tidak mendengarkan panggilanku walaupun suara ku sudah separa menjerit.


Ji-hyo noona tetap meneruskan perjalanannya.
Dia seperti menjauhkan diri dari aku. Dia mengelakkan diri dari berjumpa dengan aku?

Apa semua ni?

Keesokkan harinya aku masih tidak putus asa. Aku mahu penjelasan. Aku keliru dengan semua perkara ni. Dan hasilnya, masih sama. Ji-hyo noona masih mengelak dari aku.

Perkara yang sama aku ulang setiap kali aku terjumpa dengan Ji-hyo noona. Hasilnya juga berulang-ulang kali terjadi.

Gagal. Gagal. Gagal.

Yang berlaku hanyalah dia semakin lama semakin menjauhkan diri dari aku.

Dan, perkara yang paling buat aku sangat kecewa ialah Ji-hyo noona sudah tidak sekampus dengan aku. Dia tukar kampus?

Ji-hyo noona, are you hate me that much? What have I done to you?

Pengajian noona dekat kampus ni tinggal 6 bulan saja. Noona sanggup tukar kampus? Disebabkan oleh saya ke?

Atau ni semua kerja si Cupid tu lagi? Apa pula yang dia tersalah kali ni.

"Cupid! Cupid! Mana kau?! Aku tau kau ada berhampiran dengan aku! Munculkan diri kau!" Tegasku.

Tiada jawapan. Seperti aku bercakap pada dinding.

"Cupid. Tolonglah, munculkan diri. Ji-hyo noona dah jauhkan diri dari aku. Aku dah tiada siapa-siapa. Tolonglah aku." Suara ku yang tegas tadi bertukar jadi suram.

"Aku nak Ji-hyo noona kembali. Aku belum sempat nyatakan perasaanku pada dia. Kau kan seorang Cupid. Aku tau kau boleh tolong aku." Suaraku semakin serak.

Jawapan masih tidak diberikan. Haih.

Cupid tu akhirnya munculkan diri di hadapanku.

"Maafkan aku, Seo-joon. Aku tak dapat dah tolong kau." Cupid tu tertunduk kesal.

"Apa maksud kau?" Aku semakin keliru dengan situasi.

"Sebenarnya, semasa kau jumpa aku hari tu. Ji-hyo pun ada terjumpa aku. Dia tanya segala-galanya. Dan aku jawab setiap soalannya. Dia cakap dia rasa betul-betul bersalah jadi penyebab cinta kau dan Yura terpisah.

Selepas kau jumpa aku malam tu, aku tiada terima apa-apa keputusan muktamad dari kau. Jadi, dia yang putuskan segala-galanya. Dia pun ada hak, sebab ini semua jadi atas kesalahanku. Dia suruh aku tarik balik semua perkara yang telah jadi.

Aku sudah cabut panah cinta yang aku tidak sengaja terpanah dia hari tu. Sekarang ni, mungkin dia sudah lupakan kau, Seo-joon. Dan mungkin kau hanyalah kawan baik Dong-wook di dalam ingatannya, tidak lebih." Cerita Cupid panjang.

Aku rasa dunia ku terhenti seketika. Aku macam tak percaya itu yang berlaku.

Setiap kisah cintaku, memang semuanya akan berakhir sedihkah?

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now