Story 19

203 38 7
                                    

Story 19I'm sorry


2 bulan lalu

Song Ji-hyo POV

"Awak ni siapa? Dari tadi saya perhati awak bercakap dengan Seo-joon. Awak kenalan rapat dia ke?" Aku menegur seseorang.

"Aku cupid." Dia memperkenalkan diri pendek.

"Cupid? Oh awaklah yang perbaiki segala hubungan tu kan? Gunakan busur dan panah awak?" Aku seperti mengenalinya.

"Kali ni tak. Aku dah rosakkan satu hubungan." Terlihat kekecewaan di wajahnya.

"Saya orang yang termasuk dengan hubungan tu kan?" Aku meneka.

"Yes."

"Tidak mengapalah. Awak boleh kembalikan semula kan?" Aku berharap.

"Ya, memang boleh. Tapi, aku tunggu keputusan dari Seo-joon."

"Jangan tunggu keputusan dia. Saya ada hakkan untuk buat keputusan?" Aku menuntut hak.

"Hak? Kenapa pula?" Dia mengerutkan kening.

"Sebab orang yang awak dah salah panah tu adalah saya. Jadi saya ada hak."

"Tapi......" Masih ingin memberi alasan.

"Tiada tapi-tapi lagi." Aku memintas.

"Saya dah tak kuat nampak Seo-joon macam terseksa dengan segalanya. Jadi, saya nak awak cabut panah yang awak tersalah hari tu."

"Kalau kau buat macam tu, Seo-joon mungkin akan lupakan segalanya juga." Jelasnya.

"Tidak mengapalah. Saya okay." Aku tipu.

Aku mesti jauhkan diri dari Seo-joon. Perasaan aku pada dia sekarang ni, bukan perasaan sebenar aku. Semua ni sebabkan panah tu saja.

Selepas pulang dari rumah Omma Yura, aku tinggal dekat hotel buat sementara. Dan kebetulan, aku terjumpa ibu aku semasa aku membeli barang dapur di pasar raya. Akhirnya aku dapat pulang. Aku memang gembira.

Tapi, hati aku rasa kosong.

Kenapa?

Beberapa hari ni, Seo-joon cuba untuk menegurku di kampus. Bukannya dia sepatutnya sudah lupakan semua perkara ke?

Aku melarikan diri setiap kali dia memanggil aku. Aku cuba bersembunyi beberapa kali supaya tidak bertembung dengannya. Tapi, dia sentiasa berjaya bertemu dengan aku.

Beberapa minggu, Seo-joon tidak berputus asa dari cuba menegurku lagi dan lagi. Pilihan yang aku ada hanyalah larikan diri.

Aku buat keputusan untuk bertukar kampus.

Berada di kampus baru. Berjumpa dengan kawan dan pensyarah baru. Semua serba baru. Mungkin cinta juga harus bertukar baru?

Tapi, hati ini tidak menerima sesiapa lagi. Lelaki yang menjadi cinta pertamaku telah berada di alam lain. Lelaki yang menjadi penggantinya telah banyak berkorban untuk orang lain. Pergorbanan yang terlalu banyak. Aku tak sanggup lihat dia terus berkorban.

Maafkan noona, Seo joon-ah. Noona ingatkan selepas panah tu di cabut dari noona, perasaan noona terhadap kamu akan turut hilang. Ternyata noona salah.

Jantung noona berdegup dengan lebih cepat apabila disisi kamu. Mungkin itu perasaan yang tak sepatutnya ada pada diri noona terhadap kamu, kan?

Noona takut terpatahkan hati kamu sekali lagi. Noona harap kamu dapat mencari pengganti.

Ya, carilah pengganti. Pengganti yang lebih baik yang akan membahagiakan kamu.

Noona akan cuba lupakan kamu. Noona akan tamatkan semua perasaan noona pada kamu.












































































2 tahun kemudian

Aku sekarang telah completely lost contact dengan Seo-joon. Apa khabarlah dia sekarang? Mesti dia sudah ada penggantikan? Aku turut bersenang hati untuknya jika dia telah gembira dengan pilihannya. Atau mungkin dia telah bekerja?

Notification untuk mesej berbunyi.

Unknown

I found you!

I'm sorry. Who is this?

You don't need to know my name.

I'll blocked your number if you don't want to tell me your name.

Why did you run away from me? It hurts when you left me 2 years ago.

Park Seo-joon?

THE END (?)

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now