Story 5

263 46 10
                                    

Story 5I love him


Song Ji-hyo POV

Aku kini tiba di hospital. Aku mendapat panggilan mengenai seseorang yang ku sayangi terlibat dengan kemalangan kereta. Berdiri pun aku tak sanggup ketika ini. Aku rasa nak pengsan.

Aku berlari mendekati doktor yang merawat si dia.

"Doktor, bagaimana keadaan kekasih saya?" Sungguh aku susah hati.

"Keadaan kekasih awak lebih baik. Dia pun sudah stabil sekarang. Awak jangan risau." Doktor memberitahu keadaannya. Doktor terus berlalu.

"Nasib baik lah." Aku terduduk dekat kerusi berdekatan berserta tangisan gembira.

Ibu, ayahku dan keluarga Dong-wook baru sahaja sampai.

"Jadi, macam mana dengan Dong-wook?" Ibuku menyoalku

"Dia okay, ibu. Dia selamat." Aku memeluk ibuku erat. Aku masih lemah.

Semua manusia yang berada disitu berasa juga turut bersenang hati mendengar perkhabaran Dong-wook.

Tadi Dong-wook keluar untuk mengurus sesuatu katanya. Dia sangat kelam-kabut ketika itu.

6 jam lalu

"Baby, Oppa keluar sekejap ya." Mengambil kunci kereta dengan tergesa-gesa.

"Oppa nak pergi mana?" Pertanyaanku membuatnya terhenti sementara.

"Oppa ada urusan perlu diurus. Sekejap saja." Dia bersuara lembut sambil memandang mataku.

"Okay." Tanpa gusar aku berkata.

Dia dekatkan diri dan mencium dahiku sekilas. Dia tergopoh-gapah mengeluarkan diri dari rumah. Aku tersenyum melihat keadaannya.

Tapi, sekarang aku risau. Sekarang ni tengah malam. Musim salji pula tu. Jalan raya mungkin licin.

••••••••••

Dan benarlah perasaan risauku itu bersebab. Inilah sebabnya.

Aku menghampiri katil hospital tempat Dong-wook terlantar. Aku tak kuat nampak dia sakit begini. Kepalanya berbalut, mungkin kerana hentakan. Kakinya juga begitu. Air mata mengalir dengan sendiri melihat keadaannya sebegitu rupa.

Kuatkan diri ya, Oppa. Jangan tinggal baby. Oppa dah janji nak sentiasa ada disisi baby sampai kita tua. Jadi, tolong jangan pergi.

"Oppa, baru saja 6 jam lalu Oppa tinggalkan baby. Baby dah rindu dengan Oppa. Cepat-cepat lah bangun ya." Aku mengenggam tangannya. Air mata masih tak kering.

Rupa-rupanya semua permintaanku itu tak akan termakbul sampai bila-bila.

Doktor tidak dapat mengesyaki bahawa ada pembekuan darah dekat otak Dong-wook. Disebabkan oleh hentakan kuat di kepala ketika kemalangan. Pembekuan tersebut merebak dengan cepat kerana ahli hospital terlambat mengesan keadaan sebenar Dong-wook.

Aku berada di pemakaman. Dong-wook telah tiada.

Aku rasa sangat kosong. Aku rasa sekarang aku tahu kenapa ibu dan ayahku tak bagi aku kahwin dengan Dong-wook. Bukan kerana dia ada keburukan. Tapi, atas sebab firasat seorang ibu itu sentiasa benar. Mungkin bagi ibuku, aku akan terlalu patah hati jika Dong-wook pergi ketika aku telah kahwin dengannya.

Tapi, dalam keadaan aku belum kahwin dengannya pun tetap buat aku patah hati. Aku dan dia terlalu banyak kenangan bersama. Kenangan yang tidak boleh aku hapus sampai bila-bila. Aku betul-betul berharap aku lupa ingatan sekarang.

Where can I find a person that have a same personality like him? I love him so much.

Kenapa dia tinggalkan aku? Dia cakap dia sayangkan aku. Dia janji bermacam-macam perkara dengan aku. Atau aku tak layak dengan dia? Dia terlalu sempurna ke untuk aku? Aku sayangkan dia sangat-sangat.

 Atau aku tak layak dengan dia? Dia terlalu sempurna ke untuk aku? Aku sayangkan dia sangat-sangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hatiku rasa sungguh perih. Sakit. Kakiku longlai. Air mata yang mengalir tiada henti. Esakan menguat.

Perkara yang bermain di ingatanku ketika ini ciuman di dahiku yang dia beri sebelum dia berangkat. Itu sajalah kenangan terakhir dia dengan aku.

Tapi aku tertanya-tanya dengan perkara ni.

Urusan apa yang perlu dia urus semalam?

Siapa orang terakhir dengan dia semalam?

𝐂𝐮𝐩𝐢𝐝'𝐬 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 ☑Where stories live. Discover now