Muka diraup kasar. Stress.
Sudah sebulan dia hanya menetap di Kondo miliknya. Pintu bilik pejabatnya dipandang tajam.
Haih.
Sebulan juga dia termenung memikirkan perkara sama. Baginya panas baran ayahnya tidak akan reda.
Sebaliknya pula, ayahnya berharap dia pulang. Cuma dia harapkan perubahan dari anaknya itu. Penyesalan. Tiada maaf jika tiada penyesalan.Perhatiannya mula pada kerjanya semula.
Posisi jawatannya di pejabat bermula dari bawah, perlahan-lahan didaki. Walaupun ayahnya mempunyai syarikat besar, dia tetap bekerja dengan syarikat lain. Tidak lupa pemilik syarikat itu juga berkawan rapat dengan ayahnya.
Telefon berbunyi pinta diangkat. Segera Luthfan melihat nama yang terpampang.
Aaira Athirah is calling...
Panggilan dijawab.
"Hello, Assalamualaikum abang! Aaira nak bagitahu ni, Mak long masuk hospital" Tinggi nada Aaira laung.
Bagaikan terkena renjatan elektrik, laju jarinya menekan punat merah pada telefon dan melangkah keluar dari pejabat."Cancel semua appointment saya harini" Luthfan bergegas ke hospital.
Pemanduannya memecut hampir terjadi kemalangan. Nasib baik masih sayangkan nyawa.
ICU.
"Apa jadi kat mama?" beku nada Ameerul bertanya. Terkejut dia apabila menerima panggilan tentang mamanya tadi.
"Doktor kata dah kritikal. Se..sebenarnya Maklong ada brain cancer" Membulat matanya terkejut dengan statement dari sepupunya.
"Stage 4, Paklong dengan Aaira tahu tapi Mak Long tak nak buat rawatan. Masa dapat tahu pun dah stage 4. Tak ada apa dah yang boleh buat. Percentage untuk hidup pun rendah. Masa abang keluar rumah haritu, Mak long banyak kali pengsan" Perlahan-lahan tangisan Aaira jatuh.
"Allahuakbar" Keluh Luthfan. Sungguh dia tidak tahu menahu langsung tentang mamanya. Ya Allah selamatkanlah mama Ya Allah.
"Maafkan meerul, mama" Perlahan-lahan air mata jantannya jatuh. Tertunduk Luthfan menangis di kerusi yang disediakan itu.
Perlahan-lahan Aaira mendekati Luthfan. Menggigil tangannya ingin menepuk bahu Luthfan perlahan. Cuba menenangkan. Sebenarnya dia yang perlu bertenang. Dia masih takut dengan lelaki. Tetapi dari mana keberanian itu datang dia juga tidak tahu.
Tangan Aaira ditahan kemas dalam genggamannya perlahan. Bertambah menggigil tangan Aaira apalagi bila anak mata Luthfan menikam dalam anak matanya. Jantungnya seakan tidak keruan. Segera dia tunduk. Bertenang jantung, bertenang.
"Aaira, abang minta maaf" Cuba mencari keikhlasan, perlahan-lahan tangannya cuba melepaskan diri dari genggaman Luthfan.
"Aa..Aaira m..maafkan" gagap Aaira menyambut maafnya.
Seakan baru sedar tangannya bersentuhan, "Ssorry, Papa mana?" Tunduk Lutfan berbicara.
"Aaira dah telefon tadi paklong kata on the way dari Pahang. Kejap, Aaira telefon lagi sekali" Telefon di tangannya mendail. Mundar mandir tunggu dijawab.
"Hello paklong dah sampai ke?" Laju sahaja Aaira menyoal. Kedengaran suara lain yang menyambut soalannya.
"Mana paklong saya?" Aaira hairan.
Terkejut.
Bagaikan mahu terkeluar biji matanya.
Innalillah...Matanya kembali berair. Paklong yang sudah dianggap seperti ayahnya.
Pergi juga seperti ibu bapanya.
Berharapan Maklong bertahan. Hanya Maklong sahaja yang dia ada di dunia ini."Kenapa Aaira?" Luthfan mencapai telefon yang sudah dimatikan pemanggil.
"Pa..Paklong kemalangan. Ter..terbakar" Aaira masih menggigil menangis. Siapa boleh sangkakan musibah? Lagikan serentak .
"Mana satu?!" Ameerul Luthfan menggegar bahu Aaira meminta penjelasan.
Nafasnya tarik dalam. "Ke..kemalangan, kereta terbakar. Paklong dalam kereta tu.." Hancur hatinya. Sungguh musibah apa lagi yang akan datang.
Sungguh.
Dia sudah tidak punya sesiapa.
Saudara mara pula masing-masing tidak mengambil tahu langsung selain terjadinya kematian. Masatu barulah kenal siapa saudara dekat mahupun jauh. Hanya Pak Long dan Mak Long sahajalah yang dia boleh harapkan selama ini selepas kematian ibu bapanya. Hanya mereka yang ambil berat.
YOU ARE READING
Ameerul Luthfan
Short StoryFarewell, my love. Till we meet again someday, somewhere. Kalau namanya dosa, pasti dihukum. Kifarah menjengah hidup seorang Ameerul Luthfan apatah lagi apabila sudah berlayar di alam rumah tangga. For those yang want to comment beri pendapat or ap...