Sebulan Luthfan outstation. Kemeja putih kotor suaminya yang baru pulang dari outstation itu diperhatikan pada leher.
Kedengaran cliche. Kesan lipstick. Bau lipstick, sungguh dia kenal. Perempuan mana je tak tahu itu bau lipstick. Tambahan pula baju-baju itu dipenuhi haruman perfume perempuan? Bukan perfumenya. Perempuan ni pun kalau nak cium laki orang, pakailah lip matte. Nampak sangat sengaja.Ting!
Tiba-tiba pesanan dari nombor tak dikenali masuk."I've told ya, kau pemuas nafsu Luthfan je" Ya dia kenal ayat ini dihadiahkan Kamal sewaktu Majlis bersandingnya.
[photo] Gambar seorang gadis di sebelah Luthfan merangkul lengan Luthfan. Mata Luthfan pula sedang ralit fokus pada fail kerja.
[photo] Gambar gadis yang sama memeluk badan Luthfan yang ralit dengan telefon bimbit, sebelah tangan lagi merangkul tubuh gadis itu.
[photo] Gambar Luthfan memeluk erat gadis yang sama secara berhadapan.
Wajah gadis itu seperti dia kenal.
Bibirnya digigit perlahan menahan tangis. Air mata bergenang. Tambahan pula bukti depan matanya. Lipstick dan perfume wanita itu.
Jadi selama ini benar? Luthfan hanya melepaskan nafsunya pada aku.
Langsung tidak cintakan aku!Zzapp! Hatinya sakit. Selamani adakah benar dia bukan siapa-siapa dalam hati Luthfan.
Luthfan curang! Air matanya sudah bergenang di tubir mata. Tinggal empangan itu pecah. Patutlah Luthfan tidak pernah ungkapkan cintanya.
Sikap Luthfan juga sudah mula berubah sejak dikhabarkan mendapat tender baharu. Tidak seperti sebelum. Luthfan juga kurang masa bersamanya. Ada sahaja outstationnya.Siasat Aaira! Siasat. Perlahan niatnya ingin membasuh baju itu terbantut. Tubuh dia baringkan atas katil. Penat.
Balik nanti akan dia tanya terus pada Luthfan.
Nombor itu terus disave sebagai 'Kamal'.
"Abang" Perlahan Aaira panggil.
"Kenapa? Abang penat ni" Laju Luthfan membuka kasut.
Ceh sebelumni elok je. Penat tengok Aaira ke?"Tak apa lah, abang .. Abang rehat dulu" Kelu hatinya tidak dapat membicarakan soal itu.
.
"Abang curang dengan Aaira ke?" Aaira menunjuk gambar di telefon yang dihantar Kamal.
"Selamani Aaira ingatkan abang ikhlas sayangkan Aaira, tak sangka betul apa Kamal kata. Aaira ni cuma pemuas nafsu seorang Ameerul Luthfan" digigit perlahan bibirnya menahan air mata dari menitis.
Luthfan.
Mukanya diraup. Sungguh dia penat sekarang ni. Cukuplah dia stress di tempat kerja. Isterinya pula bising.Teringat pula belaian Laila.
"Ouh so selamani kau berhubungan dengan Kamal lah?" Sinis Luthfan. Tercalar egonya sebagai suami.
"I'm asking you! Its not me! Its you! Sebulan abang kata pergi outstation, rupanya abang berzina dengan perempuan murahan ni?!" Deras air mata mula keluar.
Meninggi suaranya.Ppang!!
Pipi itu ditampar Luthfan kasar.
"Siapa kata dia murah?" berang Luthfan.
Air mata isterinya yang sudah memenuhi ruang itu dihirau. Dilempang isterinya tanpa kisah."Aku dah kata aku pergi outstation kan?! Kau tak nampak ke aku tengah buat kerja ni?! Dia PA aku! Takkan itu pun kau nak cemburu buta?!" Meninggi suara Ameerul Luthfan disertakan hentakan pintu bilik.
Kasar.Terhinjut bahu isterinya yang masih menangis. Semakin deras tangisan itu.
'Aku kau? Mana pergi sayang baby? I you?'
Benarkah dia hanya cemburu buta?
Terasa sakit pipinya ditampar Luthfan. Tetapi sakit lagi hatinya dengan jerkahan suaminya itu. Sungguh lara hatinya. Mungkin silapnya sendiri.
Dia harus siasat apa yang Kamal mahukan sehingga memfitnah Luthfan.
YOU ARE READING
Ameerul Luthfan
Short StoryFarewell, my love. Till we meet again someday, somewhere. Kalau namanya dosa, pasti dihukum. Kifarah menjengah hidup seorang Ameerul Luthfan apatah lagi apabila sudah berlayar di alam rumah tangga. For those yang want to comment beri pendapat or ap...