five👰

970 10 0
                                    


"Aaira" Ameerul mencuit bahu berlapik.

"Hm" Aaira masih terasa dengan amarah Luthfan beberapa hari lalu. Bukan dia sengaja. Gila ke sengaja nak kena rogol? Dia masih ada maruah.
Sakit teramat hatinya. Seolah tidak bermaruah sepupunya mengandaikannya.

"Aku minta maaf, aku.." Mata Luthfan langsung tidak memandang Aaira. Egonya masih bersisa.

"Tau pun salah" Aaira menjeling susuk tubuh di sebelahnya itu.

"Aku minta maaf tengking kau, I'm sorry about Kamal.." perlahan katanya.

"Hm" Aaira hanya membalas sepatah.

"Aairaaaa" Kedengaran mendayu seakan mahu memujuk. Ameerul memandang bawah. Langsung tidak mengangkat wajahnya.

"Kenapa?" Fokusnya masih tidak lari dari drama korea yang bersiaran di televisyen itu.
Satu persatu suapan popcorn disua ke mulutnya.
Cair weh. Tapi tahan la kan?

"Kahwin dengan aku" bagai dicekik dengan ayat itu, popcorn yang baru masuk ke mulutnya seperti tersekat ditekak. Tersedak, terkejut dengan kata Ameerul. Terbatuk-batuk jadinya. Lantas ke dapur mengambil air.
Diteguknya habis. Fuh lega.

"Abang meerul gurau ke?" Aaira masih tergelak dengan reaksi diri sendiri.

Senyum pun budak ni. Ingatkan nak merajuk lagi.
"Aku serious" Nada seriusnya menarik fokus Aaira kepadanya.

"Tapi kita tak bercinta? Yelah, walaupun Aaira memang suka abang, tapi Aaira taktahu abang suka Aaira ke tak" Laju Aaira menyoal.
Eh baru dia tersedar terlepas.
Ahhh kau dah kenapa Aaira. Laju mulutnya ditampar dengan tangan sendiri.

"Eh tt..tak , A..Aaira gurau je hehe" Aaira cuba mengawal malunya. Mukanya sudah blushing habis.

Ameerul Luthfan yang perasan akan perubahan riak wajah sepupunya itu tersenyum. Comelnya lahai. Boleh gugur iman macam ni.

"Its okay, love after. Lebih afdhal. Izinkan abang lindungi Aaira" Dia teringat akan kata-kata ustaz dalam ceramah lalu. Senyuman ditarik ikhlas.

"Then, yes" Tersenyum sopan Aaira mendengar ayat itu. Seperti panahan ke dalam jantungnya yang sudah berdegup kencang.
Sungguh dia semakin jatuh hati pada Ameerul Luthfan yang sekarang. Semakin dekatkan diri dengan Tuhan.

Mungkin itu jodohnya. Yang mampu memimpin dan membimbingnya sebagai suami.

"Kalau macam tu jom" Laju Luthfan bangun mengambil kunci kereta.

"Eh eh nak pergi mana?" Aaira kelam-kabut bangun.

"Cari wedding planner" Seakan terpana Aaira dengan kenyitan mata Luthfan. Luruh jantung weh comelnyaa.

"Abang cari la, Aaira nak tengok cerita ni. Lama lagi habis" Aaira kembali fokuskan diri ke televisyen.
Tergeleng kepala Luthfan memandang gadis itu. Haih nasib baik laa comel.

"Next week kita pergi kursus kahwin" Laju Luthfan berlalu keluar meninggalkan Aaira terlopong.
Aaaaaaa.
Aku dah nak kahwin!
Tak pastilah itu kahwin paksa ke rela?
Nak bagitahu Suraya lah!
Laju sahaja jarinya mendail nombor Suraya, rakan karibnya.

Ameerul Luthfan Where stories live. Discover now