three❤

1K 9 0
                                    


Jenazah mama dan papanya ditanam bersebelahan di tanah perkuburan An-Nur.

Sejurus cuba menghadam berita tentang Dato' Jefri, berjam-jam hasilnya di ICU, Datin Aliya pula dikhabarkan tidak dapat diselamatkan.

Berita yang menyayat hati ini sampai ke muka surat hadapan surat khabar dan televisyen.
Pemilik Syarikat JnT Corp. meninggal dunia berikutan kemalangan sewaktu bergegas mendapatkan isterinya yang dikhabarkan dimasukkan ke ICU.

Sedara-mara jauh dan dekat turut ziarah kubur. Sayu hati ditemani matahari terang benderang.
Pujukan demi pujukan diterima. Namun hakikat kehilangan dua orang yang tercinta sungguh menyayat hati bahkan tiada satu pun kata mampu memujuk hati yang berduka lara itu.

Menangis sepi Luthfan dan Aaira ketika di tanah perkuburan. Hanya disambut burung-burung berkicauan.

Berminggu-minggu Ameerul Luthfan berkurung di dalam bilik. Mengenang rindu tak berpenghujung terhadap ibu bapanya. Siapa tak kesal? Sebulan tidak balik kerana egonya. Akhirnya berpisah dengan kematian.

Makan tak berselera, mandi tak basah, tidur tak lena. Asyik memikirkan kekesalannya. Tangisan lelakinya keluar titis demi titis setiap malam. Hanya Allah yang tahu betapa deritanya hati seorang Ameerul Luthfan sekarang ini.

Satu persatu cara Aaira cuba pulihkan sepupunya itu. Tiada satu pun jalan. Bawa pakar, dihalaunya. Bawa rakan-rakan, disimpan di lubuk hatinya. Dipendam kesakitannya.

Pembantu-pembantu pula diminta tidur serumah, takut terjadi apa-apa.

Kertas yang diberi oleh Dania tadi dibuka lipatan.

'Kem belajar agama Islam bersama Ustaz Rafiqin selama sebulan.'

Kata-kata Dania tadi muncul di ingatan.
"Kau kena bawa dia jumpa pakar. Tak pun ni" Kertas yang baru diedar ke meja mereka dikerling.

"Ayah aku kata pengubat jiwa" Dania cuba memberi idea kepadanya.

Nak cuba lah pujuk. Luthfan mengurung diri di bilik. Sesekali kata-kata Aaira memujuk hatinya.

"Abang nak pergi ke? Pergi lah, Ustaz ni best tau! Aaira pernah dengar ceramah dia, kelakar dalam masa yang sama masuk otak. Kalau abang nak pergi cari ketenangan, pergi la, Aaira boleh jaga diri" Aaira yang masih berkerdip meminta belas kasihan itu dipandang sekilas.

"Comel ke tu?" Kedengaran halus tawanya.
Aaira mengangguk. "Aaira memang comel pun"
Hubungan mereka seperti adik-beradik, cuma malam itu sahaja dirinya tidak dapat dikawal.

"Tengok lah nanti. Aaira biarkan je tau pintu tu terbukak, nanti takut jadi apa-apa pulak" Ameerul berkata sekilas. Dia bukanlah jahil agama. Cuma tidak mengamalkan. Solat juga jarang. Mungkin itu sebab terpalit dalam dosa mengambil minuman keras itu.

Aaira yang seakan memahami apa yang 'apa-apa' itu mengangguk baik.

"Aaira" Aaira yang mahu beranjak keluar itu dipanggil semula.
"Terima kasih jaga aku" Segaris kata darinya mampu mengukirkan senyuman di bibir Aaira.

Nak pergi ke tak nak?
Nak?
Ke taknak?
Tersentak hatinya. Diketuk? Adakah ini hidayah?

Pancuran air di dalam kamar mandi dibiarkan membasahi badannya.
Sebulan?
Ceramah? Kem?

Otaknya masih ligat memikirkan.

Mesti ramai orang muda.
Malu lah.
Tapi..
"Sebulan ok juga, boleh Aaira sesuaikan diri sorang-sorang. Lagipun dekat je, kalau jadi apa-apa datang je lah kan?" Hatinya bermonolog.

Yes! Thats it. Pili shower ditutup.

Contact di telefon discroll. Nombor telefon Kamal ditekan.

"Mal"

"Yow fan pe cita" Kamal menyambung.

"Kau boleh tolong aku?"

"Anything for you bro"

"Carikan sorang, bodyguard untuk Aaira, aku ada hal nanti"

"Aaira? Kalau Aaira bagi aku la, aku nak try" Gatal!

"Otak kau lah! Aku tak gila lagi nak bagi kau" Dia masih waras untuk menjaga maruah adik sepupunya itu. Ceh padahal dia dah sentuh dulu.
Akhirnya dia mencari sendiri pekerja posisi bodyguard untuk Aaira.

Sebelum dia sertai kem, mereka perlu berurusan dengan peguam keluarga terlebih dahulu.

"Harta dan aset bernilai 700 juta diberikan semula menjadi hak milik Cik Aaira Athirah." peguam itu bersuara jelas.
Semula? Oh ya, harta keluarga Aaira.

"Untuk Encik Ameerul Luthfan pula diberikan harta dan aset bernilai 200 juta peninggalan arwah. Encik juga ditugaskan bekerjasama dengan Cik Aaira untuk menguruskan syarikat"

"Dan juga menjaga Cik Aaira Athirah sehingga Cik Aaira berkahwin. Ini adalah amanah dan tanggungjawab untuk Encik Ameerul Luthfan" sambung peguam itu lagi.

Ameerul tidak sedikit pun berminat dengan harta keluarganya kerana dia mahu berdikari sahaja.
Tetapi kena bantu Aaira?
Biar je lah. Selamani memang Aaira dan papa je yang uruskan.

Ameerul Luthfan Where stories live. Discover now