"Tolong! Tolong! Ada peraguttt"
Aaira menjerit cemas. Dia cuba merendahkan pusat graviti badannya. Tangan menarik beg. Berani betul.
Dia sangka lelaki yang jalan menegurnya itu mahu bertanya arah jalan. Rupanya, udang di sebalik mee.Tiba-tiba. Datang sekujur tubuh gadis berpakaian penuh hitam. Berhoody.
Berlawan dengan lelaki tadi. Pisau di tangan lelaki itu dibuka. Setelah mengelar sedikit tangan gadis itu, lelaki itu terus lari ke motosikal rakannya. Membonceng.Langkah Aaira mendapatkan beg tangannya.
"Cik, awak tak apa-apa? Berdarah ni. Kita pergi klinik, cik" Laju sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut Aaira. Rasa bersalah..
.Tangan gadis berbalut itu dicerlungnya.
"Terima kasih, Maafkan saya cik.." sekali lagi rasa bersalah."Tengku Laila" gadis itu menghulur salam perkenalan. Senyum manis jelas terukir.
"Aaira Athirah" Senyuman paling manis dihadiahkan.
"Cik Aaira kena hati-hati, banyak kes ragut sekarang" Laila beriak risau.
"Sorry bukan Cik, dah Puan" Aaira senyum.
"Oh maaf Puan ke? Saya ingatkan awak belum kahwin lagi. Cantik, nampak macam anak dara lagi hehe" Laila tersenyum malu. Dia bukanlah kasar. Cuma dia pernah belajar martial arts dahulu untuk pertahankan diri. Lembutnya masih wujud.
"Awak pun cantik" Aaira membalas pujian itu. Sudah kembang semangkuk.
Telefon berbunyi nama pemanggil dikerling. 'Abang Ameerul Sayang Tercinta❤'. Huh bukan main panjang Luthfan save namanya di telefon Aaira.
"Excuse" Aaira berkata sekaligus swipe butang hijau.
Laila tergamam. Ameerul? Ameerul Luthfan ke? My sayang yang dicari selama ini?
Orang lain mungkin. Kebetulan je ni. Ramai orang nama Ameerul."Ye sayang, nanti bae balik awal. Jangan risau, Assalamualaikum" Aaira tertawa halus dihujung panggilan.
Tak boleh berenggang sekejap encik suami ni.
"Laila, saya pergi ladies kejap tau. Tengokkan barang saya sekejap boleh?" Aaira berkata lembut. Laila mengangguk.
Inilah masanya.
Notification yang masuk dikerling. Telefon Aaira menyala.'Abang Ameerul Sayang Tercinta❤'
Baeeeee, cepatlaaa balikk! Rindu dah niiLaila tertawa perlahan. Mesti best kan dah kahwin?
Wallpaper lock screen telefon itu dipandangnya penuh tanda tanya.
Gambar prewedding.Mata itu. Wajah itu. Susuk itu.
Ameerul Luthfan? Sayang? She's your wife?Laila tidak dapat menahan air matanya. Rindu. Dia jatuh cinta pada Ameerul sejak pertama kali berjumpa.
Dan tak sangka lelaki itu sudah menjadi suami gadis yang ditolongnya.Susuk Aaira ke arahnya dipandang. Laju air mata diseka. Riak muka kembali normal.
Sengaja tertawa sedikit. Mengawal."Kenapa awak gelak?" Aaira soal. Tiba-tiba je gelak sorang-sorang. Seram.
"Tu hubby awak tu, manjanya" Laila masih mengawal tawanya. Nampak natural ye.
"Ouh dia memang. Dulu sebelum kahwin saya ingatkan dia serius je 24 jam, dah kahwin baru tahu mengadanyaa manjanya" Terletus tawa mereka berdua.
"Suami awak kerja apa?" Laila mula mengorek.
"Ouh dia uruskan syarikat papa sekarang." Aaira berkata tanpa syak.
"Syarikat apa tu? Mungkin saya tahu, sebab papa saya pun businessman" Laila berkata. Penuh soalan.
"JT Corporation" Aaira mengeluarkan kad suaminya. JT Jefri Thaqif nama PakLong dan ayahnya.
Dihulur kepada Laila."Terima kasih" Laila tersenyum. Bahagia pula akhirnya bertemu kekasih hati yang dinanti.
Kesah apa dah kahwin? Lelaki boleh kahwin 4 hehe.Perkenalan singkat di restoran itu membawa mereka semakin rapat.
YOU ARE READING
Ameerul Luthfan
Short StoryFarewell, my love. Till we meet again someday, somewhere. Kalau namanya dosa, pasti dihukum. Kifarah menjengah hidup seorang Ameerul Luthfan apatah lagi apabila sudah berlayar di alam rumah tangga. For those yang want to comment beri pendapat or ap...