twelve☕

437 6 2
                                    

Enam bulan berlalu. Perut memboyot isterinya sudah menampak sedikit. Bukan sedikit. Dah tujuh bulan tu.

"Anak papa elok-elok ye dalam tu, kesian mama" Perut isterinya diusap lembut. Dikucupnya.

"Bae, jaga diri ye..Apa-apa call I. I pergi kerja dulu" Tangan dihulur.
Huluran suami dikucup perlahan.
Bibirnya dikucup perlahan oleh sang suami sebelum berlalu pergi.

"Lusa ada appoinment tau sayang" Pantas diingatkan. Selama tujuh bulan dia mengandung, tidak pernah sekali pun Luthfan tidak menemaninya.

Luthfan membuat simbol orait kemudian melambai.

Laju sahaja kereta itu dipecut ke pejabat.
.
.

"Aik boss senyum ceria je harini" Ira menyapa. Tersenyum bahagia melihat bossnya.

"Biarlah, nak senyum pun tak boleh. Awak tu dah sarat bila nak cuti?" Sambung Luthfan. PA-nya mengandung awal sebulan berbanding isterinya menegur. Jelas perut memboyot lebih dari isterinya. Nasib baik lah pakaian Ira sopan. Bukan seperti ibu mengandung di luar sana yang sengaja berpakaian menampakkan bentuk perut.

"Baru lapan bulan. Tapi boss lupa ke? Esok saya dah start cuti. PA baru masuk esok.. Boss mesti rindu saya! Hehe" Ira menyengih. Sengaja diajak bergurau.

"Nasib baik awak dah cuti. Tenang sikit hidup saya" kedengaran tawa halus Luthfan di hujung ayat.
Memasam muka PA-nya. Sampai hati boss!

"By the way boss, ada good news" Ira membuat riak wajah gembira.

"Whats more?" Luthfan yang baru sahaja mahu memasuki officenya berhenti.

"Kita dapat tender besar" Membulat mata Luthfan terkejut! Cepat-cepat riak mukanya dikawal.

Tersenyum puas Luthfan duduk di kerusinya. Telefon di atas meja dicapai. Panggilan dibuat.
"Baeee" Rengek Luthfan manja. Terletus tawa isterinya.

"Ye sayang, kenapa ni?" Aaira mengangkat telefon sebelah. Tangannya terhenti dari melipat kain.

"Guess what? Sayang dapat tender baru! Rezeki anak kita" Riang Luthfan. Teruja.

"Alhamdulillah.. Malam nanti bae masak sedap-sedap ye untuk sayang" Syukur. Rezeki mengandung agaknya.

"Aye Aye captain!" Luthfan menamatkan panggilan. Terdengar tawa halus isterinya yang merdu itu. Ketawa macam pontianak pun dia kata merdu.

.
.
.

Seperti biasa kopi yang dibuat PA-nya dikerling. Meja PA masih kosong. Ira dah cuti. Tak apalah mungkin PA barunya belum masuk kerja.

Perlahan disisip air kopi itu. Hmm lain rasanya. Tak macam Ira selalu buat. Manis, cukup gula. Biasanya Ira kurangkan gula, takut kencing manis katanya. Siapa pula buatkan kopi ni?

Bunyi pintu diketuk menamatkan khayalannya. Susuk tubuh gadis hourglass. Menggiurkan lagi dengan berpakaian tidak cukup kain memenuhi pandangan matanya. Seperti mahu bogel!
Astaghfirullahhalazim!
Cepat-cepat matanya dilarikan. Tundukkan pandangan.
Wajahnya langsung tidak dikerling.

"Yes? May I help you?" Matanya langsung tidak memandang gadis itu.

"Yes. I'm your new PA. My name is Tengku Laila Nadia binti Dato' Ismail. Call me Laila." Fail PA barunya dicapai.

"Kenapa awak kerja kat sini? Bukan ke Dato' Ismail ada company sendiri?" Lembut Luthfan bertanya sambil membelek resumenya.
Gambar berukuran passport dilihatnya. Wajah itu seperti dia kenal. Siapa ye?

"My daddy memang ada syarikat sendiri but I nak berdikari, nak buktikan kat daddy yang I boleh" Lembut-lembut Laila berkata. Seperti sotong. Tiada tulang. Terliuk lentok.
Budak mana laaa Ira kutip ni. Orang suruh pilih yang dia rasa boleh ganti dia. Ni dah macam sotong je.

"Alright. By the way Ira ada ajar you apa-apa tak?" Luthfan langsung tidak pandang wajah PAnya itu. Pandangan hanya terhenti pada leher.

"Pagi tadi kak Ira dah ajar I apa yang patut. And coffee tu I yang buat. Taktahulah kena ke tak dengan citarasa you" Laju Laila menjawab. Akhirnya impian dia tercapai mahu bertemu lagi dengan lelaki ini.

"Nice, your coffee perfect my taste. But kat office tolong panggil I boss. Be professional" Puji Luthfan.

"Laila's hand" kata Laila perlahan namun dapat ditangkap telinga Luthfan.

"By the way Laila, awak pakai seksi-seksi ni nak goda saya ke? Please pakai elok sikit esok..Bagi tenang sikit mata memandang." Kata Luthfan ringkas. Fokusnya terus kepada kerja.

Laju Laila berlalu keluar mendengus. Tak cukup sedap mata ke? Tak cukup seksi? Tak apa, esok dia akan cuba jatuhkan iman seorang lelaki di hadapannya itu.

Penantian suaminya pulang.
Garaj kereta dipandang. 'Hm lambatnya sayang balik.'
Pesanan dari Luthfan tadi dikerling.
Tak apa lah tender baru kan? Kena hardworking lagi. Sebagai isteri dia juga harus faham dengan kerja Luthfan.

"Harini kita tidur berdua je, okay sayang. Papa kerja" Perutnya diusap. Perlahan-lahan langkah masuk ke bilik.

Malam itu dia tidur bertemankan bantal peluk.

Ameerul Luthfan Where stories live. Discover now