Seisi dewan penuh dengan tetamu. Selesai nikah, bersanding pula. Diijab qabulkan dua lafaz. Nervous. Ramai bertukar tangan mengucap tahniah. Sampai ke malam majlisnya.
Usai majlis, Aaira menjejakkan kakinya ke bilik hotel untuk bersihkan diri. Berlengas rasa badannya. Walaupun berhawa dingin, gemuruh dari pagi sehingga malam tidak hilang. Berpeluh-peluh.
Gaun tidur yang diberi Suraya tadi dibuka. Ditilik di cermin.
Haish seksi sangat ni. Gila ke? Malu laa nak pakai.
Segera disimpan kembali. Gaun tidur kebiasaanya diambil. "This is better" mengantuknya. Katil empuk itu dipandang. Jeda. Kepala dibaringkan, laju sahaja mata tertutup. Penat.Seisi dewan dikerling penuh. Mana pula dia ni?
"Uit bro, cari apa?" Hairul mencuit bahu Luthfan."Korang nampak Aaira tak?" Matanya masih berkeliaran mencari susuk tubuh isteri yang baru diijab kabulnya.
"Tadi aku nampak tengah membawang kut dengan kawan dia" Hairul tergelak.
"Adetu meer, get ready first night" Mata kanannya dikenyit. Ariq, kalau tak menyakat tak sah.
Terletus tawa mereka yang berada berdekatan.
"Otak kau memang kan?" Merah telinga Luthfan mendengar kata dari Ariq itu.
"Hey you Ameerul, suami Aaira kan?" Muncul suara memecahkan tawa mereka.
"Ouh yaa, siapa ye?" Sapanya. Tidak pernah dilihat.
"I Suraya, bff Aaira" tangannya didaratkan pada kiri bahu. Tunduk. Menandakan tidak boleh salam. Lelaki, kalau perempuan hulur salam, jarang ada yang berani tolak demi agama.Gadis bertudung itu dilihatnya dari atas sampai bawah. Patutlah sopan sahaja sepupunya itu. Kawannya sahaja bertutup-litup menutup aurat.
"Ameerul Luthfan" Sedikit senyuman dia hadiahkan.
"Oh by the way tadi Aaira kata dia penat, so dia balik bilik" Sebaik sahaja Suraya menghabiskan kata, laju sahaja Luthfan mengucapkan terima kasih.
"Aku gerak dulu bro" Ditepuk bahu rakannya. Langkah terus ingin menuju ke bilik hotel.
"Weh, jangan pancit" Laju sahaja Ariq mencelah. Dicuitnya. Terhambur lagi tawa mereka.
"Kau ni aku cuci otak kau karang" Luthfan menjeling teruskan niatnya ke bilik tidurnya meninggalkan mereka yang sedang tertawa riang.Satu persatu pintu Suite itu dibuka perlahan. Pintu bilik dikuak perlahan dari luar menampakkan damparan seseorang yang sedang nyenyak tidur di atas katil.
Selimutnya Luthfan naikkan sedikit sekaligus menutup bahu. Perlahan dikucup pipi pau isterinya. Sejuk.
Satu persatu pakaian ditanggal, tuala mandinya ditarik dari almari. Masa untuk mandi!Perlahan-lahan pintu bilik air dibuka. Tidak mahu mengganggu tidur isterinya.
Dengan bersarungkan seluar pendeknya, perlahan kaki masuk ke dalam selimut sekaligus badan. C'mon. Zaman sekarang, lelaki mana yang tidur pakai baju.Perlahan susuk tubuh hangat di sebelah itu dipeluk erat. Di sangkanya bantal peluk. Suhu badannya perlahan menghangat dalam pelukan. Aaira Athirah punya reseptor sejuk dia tahap apa dah. Tidak boleh digambarkan. Luthfan baru merasakan hawa sejuk perlahan dari penghawa dingin itu tersengih melihat tangan yang memeluknya. Sejuk betul isterinya. Tak tahan sejuk la tu.
Perlahan tangannya merangkul pinggang isterinya erat. Bibir itu dikucup perlahan. Tidak mahu berlebihan. Dia menghormati dan mahukan keizinan dari isterinya. Tapi kemudian lah. Perlahan matanya tertutup dikaut mimpi.
Tidur nyenyak.
YOU ARE READING
Ameerul Luthfan
Short StoryFarewell, my love. Till we meet again someday, somewhere. Kalau namanya dosa, pasti dihukum. Kifarah menjengah hidup seorang Ameerul Luthfan apatah lagi apabila sudah berlayar di alam rumah tangga. For those yang want to comment beri pendapat or ap...