Sebulan Luthfan pergi tanpa berulang-alik ke rumah.
Bukan dia tidak mahu. Tetapi pengawal peribadi yang dilantiknya untuk Aaira melaporkan tiap pergerakan Aaira. Memudahkan lagi kerjanya.Pengawal peribadinya hanya mengawasi dari luar rumah. Maklumlah, lelaki juga. Dalam rumah pula ada dua orang perempuan. Satu lagi bibik.
Nasib baik lah dia kenal dengan pengawal peribadinya itu. Kepercayaannya mendalam.Sebulan berlalu begitu pantas.
"Encik, Encik Kamal berada di hadapan rumah encik." Bodyguard itu melapor."Kamal nak jumpa aku la tu. Takpe, kau suruh dia tunggu luar. Jangan bagi dia masuk rumah pulak. Aku on the way." Laju Luthfan mematikan panggilan.
Eh tapi Kamal tak tahu pun dia balik harini.
Nak bagi surprise kot.Tiba-tiba sahaja telefonnya mati. Ah sudah.
Dia memberhentikan keretanya ke tepi jalan seketika untuk menyambung wayar charger pada phone.
Pemanduan diteruskan ke rumahnya. Fuh rindunyaa. Rumahku syurgaku.
**
"Aduh mana Encik Luthfan ni?" Bodyguard Aaira tidak keruan di luar. Kamal mengunci pintu sebaik sahaja masuk ke dalam rumah itu.
Aaira pula biarkan sahaja pintu rumah tidak dikunci tadi kerana adanya bodyguardnya dan bibiknya yang sedang menyiram pokok bunga di taman Mak long.
Kereta diparkir ke dalam garaj. Pintu bahagian pemandu dituju.
"Encik Luthfan, Encik benarkan Encik Kamal masuk ke? Sebab Encik Kamal kata Encik benarkan tapi Encik kata dengan saya, tak" Laju bodyguard itu berkata."Shit!" Wajahnya diraup kasar. Dia sudah menyangka perangai Kamal. Pintu kereta dihempas kasar.
Langkah kaki ke bilik Aaira dipercepatkan.
Aaira yang pada mulanya sedang ralit memakai skincare di hadapan cermin solek ditarik Kamal ke dinding.
Tersentak dengan perbuatan itu. Membuatkan tubuh lemahnya meronta. Kamal masih menahan tangan Aaira. Tangisan Aaira memenuhi bilik itu. Baru sahaja dia trauma dengan perbuatan Ameerul Luthfan, sekarang Kamal pula?Baru sahaja Kamal mendekatkan diri, tangan yang dipegang Kamal dilepaskan.
Bukk!
Tumbukan pertama!Bukk!
Tumbukan kedua!"Berani kau! Berambus lah sial" Berang Ameerul Luthfan disitu. Meninggi suaranya.
Cis! Kamal segera keluar dari bilik itu. Takut lumatnya nanti dengan amarah Luthfan.
"Kau ni memang sengaja kan? Menyusahkan aku? Pintu rumah tu tak reti kunci?!" Laju langkahnya turun mendapatkan bodyguard Aaira. Aaira sudah jatuh terjelopok menangis. Lututnya di dekatkan ke muka. Menggigil tangannya.
Bertambah lagi tangisannya apabila ditengking Luthfan."Apa jadi tadi?" Laju saja soalan itu meluncur keluar dari mulutnya.
"Cik Aaira kata nak naik bilik, dia memang tak benarkan pun saya masuk. Dia minta saya berjaga di luar. Bibik pula siram bunga tadi. Dibiar sahaja pintu rumah tak berkunci." Panjang lebar penerangan bodyguardnya itu.
"Aku nak kau jaga dia macam nyawa kau. Aku bayar kau lebih. Jangan benarkan siapa pun masuk. Walau kena guna kekerasan sekali pun. Faham?" Keras nadanya. Kereta dipandunya meluncur keluar dari halaman.
***
"Wei anak dato' sampai" Riuh kedai mamak itu dengan sokongan peminat perlawanan bola sepak."Asal ni meer" Hairul bersuara, hairan.
Gila tak hairan, lain macam air dia order. Manis macam nak potong kaki.
"Tu tangan tu kenapa" tangannya yang terkena kesan darah semasa tumbukan kedua itu dikerling."Kamal" Membulat mata Hairul. Terkejut. Bff gaduh?
"Aik asal gaduh siap bertumbuk" Airnya dihirup sedikit.
"Dia cuba nak apa-apakan Aaira" keluh Luthfan. Mukanya diraup. Risau. Cukuplah dia seorang pernah buat begitu pada sepupunya sendiri dalam keadaan tidak sedar.
Dia menceritakan segala yang terjadi dari awal."Allahuakbar, Kamal tu dah hilang akal ke?" Hairul bersuara sedikit meninggi.
"Senang kau kahwin je dengan Aaira tu, 24 jam kau ada, lagipun sepupu boleh kahwin" sampuk Ariq yang mencuri dengar itu.
"Haah betul tu meer, Sekurang-kurangnya kau boleh jaga dia, lindung dia" Hairul menyambung.
"Kahwin?" Tersedak Ameerul Luthfan yang baru sahaja menyisip sedikit air dari cawannya.
"Bukan kahwin sepupu tu tak boleh ke?" soalnya. Setahunya, dia pernah dengar dahulu tidak boleh.
"Bukan tak boleh tapi tak diharuskan. Sebab nanti salasilah keluarga tak berkembang." Ariq yang baru dia kenal sebulan lalu sewaktu ceramah itu bersuara lagi.
Hairul menepuk bahu rakannya itu. "Betul tu, aku setuju".
Ameerul Luthfan cuba berfikiran panjang. Mungkin itu cara yang lebih tepat untuk dia menjaga amanah keluarganya?
Cinta? Tak penting.
Yang penting maruah sepupunya itu.
YOU ARE READING
Ameerul Luthfan
Short StoryFarewell, my love. Till we meet again someday, somewhere. Kalau namanya dosa, pasti dihukum. Kifarah menjengah hidup seorang Ameerul Luthfan apatah lagi apabila sudah berlayar di alam rumah tangga. For those yang want to comment beri pendapat or ap...