Untuk kaum adam, mohon jangan imagine lebih-lebih ye pada situasi yang berbahaya.
Tubuh isterinya yang tertidur di sofa itu dipandang. Sesekali pipinya dielus lembut. Dahi itu dikucup.
Terbangun Aaira dari tidur. Wajah sembabnya jelas menghiasi. Namun masih mengukirkan senyuman.
"Bae, I minta maaf semalam..Semalam I penat sangat" Suara paling lembut Luthfan gunakan untuk pujuk hati isterinya. Rasa bersalah.
"Dont worry pleaseee. I love you and only you" Wajah itu diusap lembut. Tidak mahu menimbulkan stress pada isterinya yang akan memberi effect pada kandungan.
Tersenyum manis Aaira terpedaya dengan panahan lelaki. Dia percaya. Itulah satu-satunya cinta hatinya. Mungkin dia tersilap dihasut Kamal.
"Ssayang, Aaira minta maaf" Aaira menunduk. Terbit rasa bersalah. Memfitnah suami sendiri curang? Berzina lagi? Astaghfirullahhalazim.
Kelakuan suaminya yang sering balik lewat dan outstation itu menimbulkan curiga. Mana taknya.
Pantas tangan itu dikucup memohon maaf dengan air mata mengalir.
Luthfan kasihan melihat isterinya itu. Dalam masa yang sama dia sangat mencintai Laila semenjak pertemuan pertama mereka.Benar tekaan isterinya itu. Tapi sebab ego! Dia tidak mahu salahnya diperbesar.
Tunggulah, Kamal akan dia cari.
"Aaira nak naik dulu, nak mandi. Nanti kita berjemaah tau. Tunggu Aaira" Aaira percepat langkah ke bilik.
Pintu bilik air dikuak Aaira. Mahu ke closet memakai baju. Terlihat tubuh Luthfan yang masih terdampar di atas katil.
Lah ingatkan Luthfan dah get ready sejadah semua.Aaira perlahan ambil telekung dan cuba mengejutkan suaminya.
Telekung dia sentuh dan gerakkan suaminya supaya berlapik. Dah berwuduk tadi.Perlahan Luthfan bangun. Mengeliat.
"Lamanya bae mandi. Kalau bake cake dah siap dah tau" Selamba Luthfan berkata. Tergelak."Banyaklah you, bake cake pun tak reti, ada hati na.." belum sempat Aaira menghabiskan ayat, bibirnya diragut.
Pantas dada Luthfan ditolak. "You! I ada wuduk lah!!" Aaira menghentak kaki. Aduh geram. Tak pasal-pasal kena berwuduk lagi.
"Alah apalah sangat wudhuk tu dari disentuh suami sendiri. Dapat pahala tau" Luthfan tersenyum senget lalu bangun dan berjalan ke kamar mandi selepas hinggapkan lagi kucupan pada bibir isterinya itu.
Ish! Main dosa pahala pula.
"Bagi Aaira masuk dulu!" Laju pintu kamar mandi ditutup Aaira. Terlopong Luthfan yang baru sahaja mahu melangkah masuk tadi.
Pintu kembali terbuka.
"Okay dah" Aaira menjauh sedikit. Berhenti di hadapan suaminya."Dah ambil wuduk belum?" Luthfan juga menjauh sedikit.
"Dah. Jangan sentuh eh" Aaira terus memberi amaran dan mengelak dari Luthfan.
"Sentuh macam ni je bae" Luthfan terus menarik lembut tangan Aaira.
"Abang!" Aaira sudah menjerit.
Tawa Luthfan terletus kuat. Kemudian terus masuk ke dalam bilik air.
.
.
."Aaira dah sampai ni abang Kamal" hujung kata pemanggil.
Mata Kamal tertangkap susuk tubuh berbadan dua. Besar sudah perut itu.Kamal melambai ke arahnya.
Here!Malam itu Lutfan tiada, seminggu outstation lagi. Jadi Aaira keluar berjumpa Kamal tanpa memaklumkan pada suaminya. Dia menerima ajakan Kamal apabila Kamal mahu membantunya.
Air di hadapannya itu dihirup.
"Awak fitnah suami saya?" lembut sahaja Aaira soal. Belum mahu marah. Dia mahukan penjelasan.Kamal menunjukkan semua gambar yang ditangkapnya. Aaira pula tidak tahu mahu percaya atau tidak.
Tiba-tiba Kamal bersetuju mahu membantunya selidik tentang kecurangan suaminya.Air di gelasnya dihirup sehingga hampir habis.
Tiba-tiba kepalanya rasa berpina. Nak pitam. Kepala itu diurut lemah.Kamal memegang bahu Aaira. Tersenyum sinis dia. "Awak okay ke Aaira?" Kamal menyoal. Sedangkan dia tahu.
"Kepala saya sakit" Serta merta segalanya berubah menjadi gelap.
"Hantar mana boss?" Tanya salah seorang dari pekerja itu.
Tanpa mereka sedari sepasang mata sedang memerhati."Hotel sana. Bilik aku macam biasa" Kamal membiarkan dua orang anak buahnya menggendong wanita mengandung itu.
'Cis tak guna punya Kamal! Perempuan ni tengah mengandung pun dia nak'
Kata salah seorang anak buahnya setelah hantar tubuh itu ke atas katil."Dahla kita bla dulu lah, janji kerja kita settle" kata seorang lagi.
Melihat kelibat Kamal masuk melonggarkan tali leher itu. Segera mereka turun menaiki lif.
"Sayaaang, dah lama aku nak kau" Bisik Kamal pada telinga Aaira. Dibelai kulit putih gebu halus itu. Pintu bilik dibiar ternganga. Dia ada plan B sekiranya gagal.
Selendang pada kepala Aaira direntap.
Ya, Aaira bertudung selepas mengahwini Luthfan.Tersedar Aaira apabila terasa kulitnya disentuh dan disentap kuat.
"Aku tak kira lah kau mengandung ke tak, janji aku dapat kau" Perlahan Kamal berdiri, butang kemejanya dibuka satu persatu. Air mata Aaira sudah mengalir.
"Lepaskan aku lah bodoh!!" Bodohnya kau Aaira.Gedebukkk!!
Dua tumbukan didaratkan pada wajah lelaki itu. Disepaknya. Mahu sahaja dilumat-lumat. "Setan kau!"Bunyi tangisan Aaira terhenti tatkala datangnya lelaki yang pernah dia sayangi itu. Namun air matanya terusan mengalir sehingga Aaira tersedu.
"Aaira...Saya minta maaf, Saya lambat" Perlahan tubuh lemah itu dipimpinnya keluar.
Kamal yang baru ditumbuk itu hanya memerhati mereka. Membiarkan.Rambut Aaira yang sudah terurai itu ditutupnya dengan jacket yang berada di belakang keretanya. Persediaan hujan sebenarnya.
Aaira yang masih teresak duduk di tempat sebelah pemandu itu dikerling lemah.
'Tak apa Aaira, menangis lah selagi mahu'"Tterima kasih Akmal" Aaira yang baru sahaja membuka ruang setelah menangis memeluk lutut itu dipandang. Terlihat jelas sembab muka itu.
"Ya Allah kasihannya" Hati Akmal mendesis.
Tak kuat melihat wanita yang pernah dicintainya suatu masa dahulu menangis.Kebetulan dia lalu di situ sewaktu Kamal baru sahaja mahu mengalihkan Aaira. Dia melihat tubuh berbadan dua itu. Terkejut! Aaira mengandung? Bila kahwin? Hatinya mendengus kasar.
Akmal dulu menjadi pembantu Aaira di pejabat. Malah Akmal menyukainya. Sempat meluah rasa, namun ditolak.
"Sama-sama, jadi tanggungjawab saya selamatkan awak. Melihat kemungkaran" lembut sahaja Akmal menjawab.
"Saya keluar dulu, saya bawa kereta tadi" Aaira yang seakan sudah reda itu berkata.
"Here" Akmal menghulur beg tangan Aaira yang dia ambil tadi.
"Terima kasih sangat-sangat" ucap Aaira. Dia masih terasa sebak itu.
"Aaira" Baru sahaja Aaira ingin menutup pintu keretanya, Akmal memanggil.
"Saya follow awak. Bahaya drive malam" kata Akmal. Kali ini Aaira hanya mengangguk. Dia juga takut. Apalagi Kamal akan rancang lepasni.
YOU ARE READING
Ameerul Luthfan
Short StoryFarewell, my love. Till we meet again someday, somewhere. Kalau namanya dosa, pasti dihukum. Kifarah menjengah hidup seorang Ameerul Luthfan apatah lagi apabila sudah berlayar di alam rumah tangga. For those yang want to comment beri pendapat or ap...