"Hello Sabah!!" jerit walter. Tak tau malu betul!
"Hoi , tak yah lah nak jerit bagai,hempuk kang!"
Walter tersengih. .
"Excited , first time datang ni" ujar walter
Steven mengeleng .
"Dah jom lah , aku dah sewa kereta " steven melangkah berlalu dari situ diikuti oleh dylan meninggalkan walter yang masih terpacak di situ .
"Hoi tunggulah!" walter berlari anak mendapatkan Steven .
"Ya encik ,mau pergi mana ?" soal pemandu mereka
"Pergi je lah hotel yang berdekatan kat sini" arah steven .
"Baik cik , err kamu semua ni dari kl ka ?"
Steven mengangguk . Walter pula asyik dengan iphonenya . Dylan melemparkan pandangan ke luar , menikmati pemandangan yang ada .
Tidak lama kemudian , mereka sampai di sebuah hotel . Steven , walter dan dylan turun dari kereta . Beg-beg di bonet diangkat keluar . Steven segera masuk ke hotel tersebut lalu membuat apa yang patut. Beberapa minit kemudian , dia kembali ke arah walter dan dylan .
"Gabriella , bilik kau sebelah bilik kami je"
Dylan mengangguk .
"Bilik kami ?" soal walter sambil memandang ke arah steven .
"Aah lah , bilik kita , asal ?"
"Alah nak juga ada bilik sorang-sorang , tidur sorang-sorang" walter menghentak-hentakkan kakinya , protes. Mula dah nak buat perangai!
"Dah penuh , dah tu je yang ada" balas steven
Walter mencebik .
"Dah jom , kalau kau nak jugak tidur sorang-sorang , kau tidur je kat luar ni . Ade angin free lagi " steven segera berlalu . Dylan mengikuti langkah steven .
"wei tunggulah ! " walter mengejar dylan dan steven yang sudah jauh ke hadapan .
"hmm kata nak tidur sorang , asal tak tidur kat luar tu je ?" soal steven sinis .
"sape kata aku nak tidur kat luar ? Kang ade nyamuk , lepastu nyamuk tu gigit aku macam mana?"
Steven mengetuk kepala walter.
"Otak kat mana?" soal steven
Walter menunjuk ke arah kepalanya .
"Ade otak ?" soal steven lagi
Walter pantas mengangguk .
"Hmm kalau ade otak , gune lah otak tu! Kau ingat kita kat ni kat hutan ke nak risau tentang nyamuk tu ?"
"Lahh nyamuk kan ade kat mana-mana " balas walter
"Ye tak ye jugak , nyamuk kan terbang" ujar steven
"Sekarang ni sape tak de otak ? Kau ke aku ?"
Steven mencebik .
"Dahlah jom , kejap . Gabriella mana ?" soal steven
"Entah , dah kat bilik dia kot, ye lah dari tadi kita cerita pasal nyamuk je , mana nak kesah pasal Dylan tu"
Steven mengangguk . Mereka segera menuju ke bilik yang telah ditempah . Sebaik sahaja sampai di bilik , walter menjerit kecil .
"Omg! Cantiknye pemandangan!" jerit walter
"Jangan nak jerit boleh tak ? Kang aku halau kau keluar" ugut steven
![](https://img.wattpad.com/cover/221724867-288-k218666.jpg)
YOU ARE READING
My Boss Mafia
RandomSTEVEN LEE! Annoying guy!but cool! Steven Lee merupakan seorang mafia yang mempunyai perangai yang sangat selamba. Tak kesah pasal ape pun yang dia rasa tak penting. Termasuklah perasaan yang dinamakan CINTA. GABRIELLA DYLAN! Seorang perempuan ya...