Bab 18

12.4K 683 9
                                        

Steven memeluk erat tubuh zender dan zandra . Rasa tak mahu melepaskan kembar itu .

"Wei dah lah , kitorang dah nak gerak ni" ujar ian

Steven melepaskan pelukannya.  Dia menepuk bahu ian .

"Nanti sampai sana jangan lupa call aku tau!"

Ian mengangguk  .

"Korang jaga diri tau" ujar steven

Ian mengangguk . Mereka kemudian bersalaman lalu segera  menuju ke arah kereta yang tersedia . Steven hanya memandang kereta mercedes hitam itu memecut keluar dari perkarangan banglo .

"Hai bos , tak nak masuk ke ?" tegur dylan dari belakang

Steven memandang ke arah dylan sambil mencebik .

"Baru hari ni aku dengar suara kau lagi " ujar steven

"kenape ? Dah rindu eh nak dengar suara saya ?" dylan memandang ke arah steven sambil tersengih .

"Eh tak de masa lah aku nak rindu dengar suara kau bagai , dah lah aku nak naik atas "

Steven melangkah berlalu dari situ meninggalkan dylan yang masih berdiri di depan pintu .

"Gabriella!!" jeritan Steven mengegarkan banglo

"Haih ape lagi dia nak ni , . Ye bos nak ape ?!"

"Walter mana ?" soal steven dari atas

"Entah" Balas dylan lalu segera beredar sebelum steven menyoalnya lagi

"Entah ? Kau tak ... Gabriella ?" steven mencari kelibatan Dylan yang berada di tingkat bawah namun tidak kelihatan .
Steven mencebik lalu segera berlalu .

Steven berhenti melangkah apabila terdengar bunyi tangisan yang terhasil dari bilik walter . Dia memulas tombol pintu bilik walter dengan perlahan-lahan . Gelap. Bunyi tangisan tadi semakin kuat  .

"Walter ?" steven melangkah masuk ke bilik walter . Bilik itu dibiarkan gelap . Terasa angin menyapa kulit mukanya . Seram tetiba!.

"Arghhhhhh!!!" Jerit steven apabila seseorang menyergahnya secara tiba-tiba.

"Steven!" walter mengetuk kepala steven

"bangang ah kau ni! Terkejut aku tau!"

Walter mencebik .

"Yang kau bergelap ni asal ?" soal steven . Dia bangun lalu menarik langsir di bilik walter itu . Bilik itu menjadi terang benderang .

"Wei ! Asal mata kau bengkak ni wei" steven naik ke atas katil mendapatkan walter .

Walter hanya mendiamkan diri .

"Wei kau jangan lah nak risaukan aku , kau ade penyakit mata ke ape ?" soal steven lagi

"Hmm , aku rindu kat diorang" ujar walter sambil menundukkan wajahnya .

Steven menepuk dahi . Lah pasal tu je ke ?

"Dah ni asal kau tak turun tadi masa diorang nak balik ?"

"aku takut nanti aku balik UK terus dengan diorang tinggalkan kau sorang kat sini" balas walter .

Steven mencebik . Bahu walter ditepuk perlahan .

"Wei dahlah , kau tu lelaki , nanti Gabriella nampak mata kau bengkak bagai macam ni , mesti kau kena bahan dengan dia , lagipun ian dan yang lain mesti tak rindu kau punya " kata steven selamba

"Huawwwww !!!" walter semakin kuat menangis . Macam budak-budak!

Steven menepuk dahi.

"Wei dahlah ! Aku gurau je lah!"

My Boss MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang