Bab 13

12.6K 709 5
                                    

Steven mundar mandir di hadapan walter yang sibuk dengan keropoknya . Selepas sahaja balik dari sabah , otaknya ligat berfikir tentang rancangan mereka seterusnya .

"Macam mana sekarang ni ?" steven mengambil tempat di sebelah walter .

"Call ian , suruh balik sini . Settle , senang cite" balas walter selamba .

"Haish kita tak boleh nak susahkan diorang , diorang pun boleh ade kerja . Selagi kita mampu , biar kita uruskan"

Walter mencebik .

"Masalahnye , kita tak mampu , call je lah ian , lagi pun , ni melibatkan syarikat diorang " walter menyuakan keropok ke dalam mulutnya .

Steven mencebik . Dia mengambil iphonenya lalu segera menelefon Ian .

"Hmm, asal call ? Kacau lah" kedengaran suara serak ian dari sebelah sana .

"wei , esok korang balik sini ek , ade masalah "

"Masalah ape pulak ni ? Kau nak kahwin eh ?"

"Kalau aku nak kahwin , tu bukan masalah namanye , bangang. Balik sini je lah " ujar steven

"Hah yelah , nanti aku bagi tahu yang lain . Kau nak aku bawa sape ?"

"Bawa je lah semua , angkut sekali dengan kereta , rumah , almari , katil kau segala . Sebab kat sini tak de bilik untuk kau. Hah bawa bantal dengan selimut sekali " steven ketawa kecil

"Kau memang eh! Wei dah lah , aku nak sambung tidur "

"esok balik eh!"

"Ye ,ye tapi pastikan  kau sambut aku dengan karpet merah tau . Kalau tak aku taknak keluar dari kapal terbang tu"

"Lantak kau lah , dah lah bye!" steven segera menamatkan  panggilannya .

"Macam mana ?" soal walter

"Esok diorang balik"

"Yes!!!" walter melompat-lompat di atas sofa . Hmm, macam budak-budak !

"Woi, kau nak sofa ni runtuh ke ?"

Wter tersengih lalu duduk semula .

"Gabriella!!" jerit steven .

Dylan yang dari dapur berlari anak mendapatkan steven di ruang tamu .

"Yes bos?"

"Nanti kemaskan bilik tingkat atas tu ye , "

"Semua bilik ke ?" soal dylan

"Aah semua " balas steven

"sape nak datang ?"

Steven mencebik . Banyak soal pulak !

"Aku angkut hantu-hantu dari luar masuk sini " balas steven selamba

"ish bos! Jangan lah cakap macam tu!"

"takut eh takut!"

Dylan mencebik .

"Tak lah ."

"Takut leh tu" usik steven

"Tak!"

"Takut!"

"Tak!"

"Wei dah lah , bingit lah telinga aku ni korang ni , asal jumpa je mesti nak bergaduh kan ." Ujar walter

"Oh , ye . Barang-barang semua kat bilik tu jangan usik . Kau kemas je , buang habuk segala . Tapi jangan usik , faham ?"

Dylan mengangguk tanda faham .

"Kalau faham , ape yang aku kata tadi ?" Steven memandang ke arah Dylan

"Bos suruh kemas kan "

"Lagi ?"

Dylan berdiam diri .

"Kemas je "

Steven mengetuk kepala dylan . Dylan mengusap kepalanya .

"Jangan..."

"...usik" sambung dylan

"Pandai " steven mengusap kepala dylan . Dylan menepis tangan steven .

"Wei jap, bau ape yang hangit ni ? Macam..."

"Omg!" dylan berlari menuju ke dapur .

Steven dan walter berpandangan . Masing-masing mengangkat bahu .

***

Dylan melangkah naik ke tingkat atas. Bersedia untuk membersihkan bilik-bilik yang ada . Dia mula memasuki sebuah bilik . Terdapat tiga bilik yang perlu dia kemaskan .
Dia terpaku seketika melihat bilik pertama yang dimasukinya . Nampak sangat moden!

Bilik itu kelihatan bersih . Dari dinding hingga ke perabotnya semua berwarna putih .

"Hmm , mesti pemilik bilik ni pun pembersih" dylan melihat sekeliling bilik itu . Cukup besar. Besar dari biliknya . Dia mula membersihkan bilik itu .

Selesai mengemas bilik pertama , dia beralih ke bilik yang kedua . Sekali lagi dia terpaku . Bilik itu berwarna biru muda dengan putih bersih . Sangat menarik!

Di bilik itu terdapat dua buah katil . Katil yang satu berwarna putih dan katil yang satu berwarna biru muda .
Dia mula membersihkan bilik itu sambil bernyanyi kecil .

Selasai mengemas di bilik kedua , dia beralih ke bilil terakhir. Dia memulas tombol pintu bilik itu . Sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka luas , dia menelan air liurnya . Gelap! Sangat gelap! Bilik itu dipenuhi dengan warna hitam .
Dia melangkah masuk perlahan-lahan , dia kemudian menarik langsir bilik itu . Cahaya yang masuk membuatkan bilik itu sedikit menyerlah .

Dylan menuju ke katil bilik itu , dia duduk sambil memerhati sekeliling bilik itu .

"Woi!"

"Arhh!" dylan menjerit apabila disergah oleh seseorang dari belakang .

"Wei ini aku lah"

Dylan menghembus nafas lega.

"ingat kan sape lah tadi"

"Ni mesti kau ingat aku ni han..."

Dylan menutup mulut steven. Steven menepis tangan dylan .

"Eee , kau dah kenapa !"

"Bos , janganlah cakap pasal benda tu. Seram tau tak! Dahlah bilik ni macam ape dah ." ujar dylan

"Kau ni memang eh , penakut!"

"Eee bos!saya tak penakut lah!"

"Yelah ,tak . Kau ni dah kenapa duduk kat sini ? Kemaslah cepat" arah steven

"yelah , tapi bos temankan" dylan segera berdiri

"eh tak nak aku"

"Alah bos  , seram lah bilik ni"

Steven mencebik . Dia berbaring pada katil itu .

"Bos" panggil dylan sambil mengemas bilik itu

"Hmm?"

"Bilik ni bilik sape ?" soal dylan

"Tarzan " balas steven selamba

"Hah?tarzan?"

"Aah tarzan , pemilik bilik ni baru je keluar dari hutan" ujar steven

"ye ke ?"

"Iye , kau pernah nampak tarzan tak ?"

Dylan mengeleng.

"Hah , esok kau nampak lah tarzan tu macam mana".

Dylan mengaru kepalanya yang tidak gatal . Hmm, tak faham leh tu!

Steven ketawa kecil . Polos!

"Kau kemas lah , aku nak keluar" steven segera bangun lalu menuju ke pintu bilik itu .

"bye!" steven menutup pintu bilik itu lalu berlari ke tingkat bawah .

"Bos!!!!!!" jeritan dylan mengegarkan banglo dua tingkat itu .





Done bab 13!
Vote and comment ya!♥

My Boss MafiaWhere stories live. Discover now