Dylan mengikuti langkah steven dan walter dari belakang . Mereka berjalan sehingga sampai di sebuah restoran mewah yang berdekatan dengan hotel .
Steven dan walter melihat dato carl bersama beberapa orangnya yang tidak jauh dari mereka .
"Kau nak ikut kitorang ke atau nak tinggal kat luar ni je ?" soal steven .
"Bos nak pergi mana ?" soal dylan.
"Nak masuk lah"
"tak nak lah , saya tunggu kat sini je lah" balas dylan .
Steven mengangguk . Dia dan walter kemudian masuk ke dalam restoran dan mengambil tempat duduk tidak jauh dari tempat dato carl berada .
Dylan yang berada di luar restoran hanya memerhati steven dan walter dari jauh . Tak faham dengan kerja bos-bosnya tu .
"Kau rasa diorang nak buat ape ?" soal walter
Steven mengangkat bahu tanda tak tahu . Mereka terus memerhati dato carl .
"Aku tak puas hati betullah dengan orang tua tu , rasa nak bunuh-bunuh je dia sekarang" ujar steven dengan nada geram . Walter hanya berdiam diri .
Dylan menguap kecil . Mengantuk tunggu bos-bosnya itu . Dia memandang ke arah steven dan walter yang dari tadi asyik memerhatikan dato carl .
"Haih bilalah nak siap ni! Bosan ! Nak ba..."
Belum sempat dylan menghabiskan kata-katanya , seseorang menutup mulutnya lalu menariknya tidak jauh dari tempat itu .
"oh , kau nak ambil kesemparan dengan bos aku eh! Kau ni mesti orang dua lelaki tu kan " ujar lelaki yang menutup mulutnya itu.
"Hmpp!"
"Kau sape eh!" lelaki itu membuka topi dylan . Tangannya masih menutup mulut dylan.
Dylan menrengus geram . Dia terpaku seketika apabila bertentang mata dengan lelaki itu . Lelaki itu juga kelihatan terkejut . Tangannya dijatuhkan .
"Ab...abang..." dylan memandang ke arah lelaki yang dipanggil abang itu .
Lelaki itu mengeleng . Dia meraup wajahnya .
"Abang! Adik rindu abang!" dylan memegang tangan lelaki itu . Lama lelaki itu berdiam diri , dia hanya memandang ke arah dylan.
"Dy..dylan ke ?" akhirnya lelaki itu bersuara
Dylan mengangguk lalu segera memeluk lelaki itu .
"Tak , tak mungkin" lelaki itu menolak tubuh kecil dylan lalu segera beredar .
"Abang!" jerit dylan . Selama ini dia cuba mencari abangnya , namun tidak ditemuinya .
Dylan mengikuti langkah lelaki itu dari belakang . Lelaki itu berlari anak , mengelak dari dylan . Dyalan berusaha mengejar lelaki itu , tapi malangnya dia dirempuh oleh seseorang lalu terjatuh.
"Auch!"
Lelaki itu berhenti melangkah , dia memandang ke belakang . Dia mengeleng lalu segera meninggalkan dylan di situ .
Dylan bangun semula dan cuba mencari kelibatan lelaki itu , namun tidak kelihatan . Dylan memegang kakinya yang sedikit lebam akibat terjatuh tadi . Dia memandang sekeliling tempat itu . Tanpa sedar dia sudah berada jauh dari restoran tadi .
"Habislah aku" ujarnya .
Dia cuba mencari kereta yang boleh membawanya kembali le hotel semula .
***
Steven dan walter memalingkan wajah apabila dato carl dan orang-orangnya melintasi ke arah mereka . Walter dan steven hanya memerhati mereka sehingga mereka keluar dari restoran itu .
"Dah jom keluar , " steven dan walter segera keluar dari restoran .
"Wei Dylan mana ?" soal walter sambil menacari kelibatan dylan
"Aah lah , mana minah tu"
"Aku rasa dia dah balik hotel kot" ujar walter
"Aku tak rasa dia dah balik hotel . " kata steven
"Jadi kau nak cakap dia hilang?" soal walter
Steven mengangkat bahu . Dia meraup wajahnya .
"Menyusahkan betul lah budak tu! Aku dah kata jangan nak menyusahkan aku , tak faham-faham . Kang aku tinggal kan dia kat sini" ujar steven geram
"Lek lah , mungkin dia kena culik ke , atau dia sesat"
Steven memandang ke arah walter .
"Kita pergi cari pemandu kereta yang kita sewa hari tu , lepastu kita cari gabriella" ujar steven lalu segera beredar.
"ingat tak risau" walter mencebik lalu segera mengikut langkah steven dari belakang.
Sebaik sahaja sampai di hotel . Steven segera menemui pemandu kereta sewa mereka.
"Encik boleh tolong kami tak ?"
"tolong apa ?" soal pemandu itu
"Macam ni , kawan kitorang hilang , entah pergi mana . Tapi saya pasti dia masih di kawasan sini, tolong kitorang cari" ujar steven
Pemandu itu mengangguk . Steven dan walter segera measuk ke dalam kereta . Mereka mencari dylan di seluruh tempat .
"Steven!" jerit walter.
"Ape ?"
"tu dylan kan ?" walter menunjuk ke arah seorang perempuan pendek yang sibuk mencari kereta .
"cik berhenti cik!"
Pemandu itu segera berhenti . Sebaik sahaja kereta itu berhenti , steven dan walter segera mendaparkan dylan .
"Dylan!"
Dylan segera memalingkan wajahnya apabila namanya dipanggil . Wajahnya bertukar ceria apabila melihat kelibatan steven dan walter.
"Bos! Naib baik bos datang cari saya , kalau tak mesti saya dah jadi gelandangan kat sini . Terima kasih bos"
"Kau ni kenapa nak susahkan kitorang ? Kan aku dah cakap , jangan susahkan kitorang , susah sangat ke nak faham?" steven memandang wajah dylan dengan geram.
"Sorry bos , tak sengaja" balas dylan sambil menundukkan kepalanya . Tak sanggul nak bertentang mata dengan bosnya itu .
"Haish!" steven merengus geram lalu segera menuju ke arah kereta mereka .
"Dah lah , jangan ambil hati dengan steven tu " ujar walter
"Sorry bos , saya tak de niat nak susahkan bos" kata dylan perlahan
"Yang kau ni asal tetiba hilang ?" soal Walter
"Saya jumpa abang saya , tapi dia lari lepastu saya cuba ikut abang saya tapi saya terjatuh dan abang saya pun dah lesap . Saya tak sedar saya dah pergi jauh" terang dylan
Walter mengangguk faham .
"Hoi nak balik ke tak?!" jerit steven
Walter dan dylan berlari anak menujubke arah kereta yang menunggu mereka .
"Lain kali jangan nak susahkan aku" ujar steven . Nada suaranya tidak tinggi seperti tadi .
"Sorry bos" ujar dylan
Steven mengangguk . Mereka kemudian beredar menuju ke hotel semula. Dylan membuang pandangan ke luar . Otaknya ligat berfikir tentang abangnya yang tiba-tiba muncul . Namun dalam masa yang sama , rasa bersalah terhadap bos-bosnya menyelubungi dirinya .
'abang...'
Done bab 11!
Vote and comment ya!♥
![](https://img.wattpad.com/cover/221724867-288-k218666.jpg)
YOU ARE READING
My Boss Mafia
De TodoSTEVEN LEE! Annoying guy!but cool! Steven Lee merupakan seorang mafia yang mempunyai perangai yang sangat selamba. Tak kesah pasal ape pun yang dia rasa tak penting. Termasuklah perasaan yang dinamakan CINTA. GABRIELLA DYLAN! Seorang perempuan ya...