"Sayang!!"
"Ye saya!" steven berlari anak mendapatkan dylan
"Ni dah jam berapa dah ni? Kata ade meeting , tak breakfast lagi , walter dah gerak tau, awak ni bila nak gerak ?" bebel dylan
"Sayang , meeting tu tengah hari ni lah , lek lah " steven duduk di sebelah dylan
"awak nak minum coffee ke tea ?" soal dylan
"awak pernah nampak saya minum tea ke ? Tak kan " balas steven
Dylan mencebik lalu menuang coffee ke dalam cawan steven . Steven kemudian menikmati breakfast sambil bermain dengan fonnya .
"Ni nak pergi kerja ke tak ni ?" soal dylan memandang ke arah steven
"Pergi leh. "
"Kalau nak pergi kerja. Habiskan breakfast tu cepat" dylan merampas fon steven .
"alah sayang ni!"
"Tak payah nak alah , alah sangat lah!"
Steven kemudian menghabiskan breakfastnya . Selesai menikmati sarapan dia mengambil semula fonnya dari dylan .
"Saya pergi kerja dulu ye" ujar steven lalu berdiri
"Ye , kerja bagus-bagus tau!" dylan membetulkan tali leher steven
"Okay " steven mengucup dahi dylan lalu berlari anak keluar .
Dylan kemudiannya mengemas meja makan itu . Dia memegang kepala. Pening!
Selesai mengemas , dia menuju ke ruang tamu untuk berehat.***
Walter memasuki pejabat steven sebaik sahaja selesai meeting . Dia kemudian duduk di hadapan steven.
"Kau ni , sejak dah kahwin selalu abaikan aku kan " kata walter dengan nada sedihnya .
"wei aku bukan abaikan kau lah , aku cuba tak ade masa lebih dengan kau je "
"Tu ah kau , layan dylan 24 je" balas walter
"Eh , takkan dengan Gabriella pun kau nak kecil hati . Gabriella tu kan isteri aku " kata steven
"Ye lah "
"Wei kau tak nak kahwin eh ? Best tau kahwin ni. Ade juga yang jaga makan pakai kau . Kau bangun je , baju dah gosok" ujar steven
"Entahlah , jodoh tak sampai lagi lah wei! "
"kau nak jodoh yang macam mana ? Yang jatuh dari langit eh ? Ke yang macam bidadari?" soal steven lalu ketawa kecil
"Hmm, kalau bidadari tu wujud memang dah lama aku cari . Tapi kan..."
"Tapi ape ?"
"Aku hairan lah , macam mana orang macam kau ni boleh ade perasaan dengan perempuan ?"
Steven membaling pen ke arah walter .
"Kau nak cakap aku gay ke ?"
"Eh tak lah! Alah kan dulu kau juga yang tak berapa nak okay dengan perempuan ni , tup tap kau kahwin dulu dari aku" ujar walter
"Well ini dinamakan takdir . Dah aku jumpa jodoh dulu "
Walter mencebik .
"Memandang kan aku dah lama tak keluar dengan kau. Ape kata aku belanja kau makan hari ni" ujar steven
Walter segera memandang ke arah steven dengan muka tak percaya .
"Betul ke ?" soal walter
"Betul lah , kau cakap je nak makan ape , kat mana, aku belanja semua!"
Walter mengukir senyum lalu mengangguk .
"Okay kalau macam tu , aku nak makan kat hotel 5 bintang . Jom gerak!" walter segera berdiri dan mula melangkah keluar .
"Wei tak aci lah!" jerit steven
"Aci kat india!"
"Mamak je lah!" ujar steven
"Tak nak!kau dah janji" balas walter lalu segera beredar
Steven mencebik . Dengan berat hati dia melangkah juga keluar dari pejabatnya .
***
"Dylan"
Dylan membuka matanya perlahan . Dia memegang kepalanya yang terasa berat .
"Kenape tidur kat sini ?" soal daniel
"Abang , dah jam berapa ni ?"
"Dah tengah hari , yang dylan tidur kat sini kenape ?"
Dylan bangun sambil memegang kepalanya .
"Kepala dylan sakit lah bang. Hmm , dah tengah hari ke ?"
Daniel mengangguk .
"Hmm , abang dah makan ?" soal dylan lagi
"Okay tak pe , dylan pergi masak sekarang eh" dylan cuba berdiri
"Tak pe lah , abang dah suruh denn belikan abang makanan" ujar daniel
Dylan mengangguk .
"Kalau dylan sakit kepala , rehat lah dulu" ujar daniel
"Dylan nak rehat kat atas" kata dylan lalu berdiri dan melangkah perlahan naik ke atas .
***
Steven merapati dylan yang sedang berbaring lemah di atas katil . Dia pulang awal hari itu sebaik sahaja diberitahu bahawa dylan sakit .
"Awak dah makan ke ?" soal steven
Dylan mengeleng
"Jom saya temankan awak makan" ajak steven
"Tak nak" ujar dylan
"Tak boleh lah macam ni , dah jom saya teman awak makan"
Dylan memgeleng .
"Haih , degil!" steven mengangkat dylan lalu membawa turun ke dapur . Dia kemudian meletakkan dylan di atas kerusi .
"Minum susu ni dulu" steven meletakkan segelas susu di hadapan dylan.
Dylan kemudiannya meminum susu tersebut sedikit .
"Habiskan" arah steven
Dengan terpaksa dylan menghabiskan susu tersebut .
"Good girl . Nak makan ape ?" soal steven
Dylan mengeleng.
"Tak nak makan!"
"Jangan lah biar kan perut tu kosong je" tegur steven
"Saya tak lalu nak makan "
"Okay lah , saya tak paksa , dah jom naik atas ." steven mengangkat dylan semula naik ke atas .
"Tidurlah" ujar steven
Dylan mengangguk lalu melelapkan matanya . Steven mengusap kepalanya isterinya . Sayang benar steven dengan isterinya itu!
Done bab 56!
Vote and comment!
YOU ARE READING
My Boss Mafia
RandomSTEVEN LEE! Annoying guy!but cool! Steven Lee merupakan seorang mafia yang mempunyai perangai yang sangat selamba. Tak kesah pasal ape pun yang dia rasa tak penting. Termasuklah perasaan yang dinamakan CINTA. GABRIELLA DYLAN! Seorang perempuan ya...