Bab 17

12.4K 685 21
                                    

Steven menuju ke kolam renang sambil membawa aiskrim di tangannya . Kelihatan ian dan yang lain juga berada di kolam renang dengan kaki yang berada di dalam air sambil memerhati walter, kelvin ,zender dan zandra di dalam kolam renang itu . Chris kelihatan membetulkan topinya . Dah macam kat pantai .

"Hey guys! Nak aiskrim?" soal steven

Mereka mengeleng . Steven mengambil tempat duduk di sebelah ian , turut memerhati kanak-kanak riang yang berada di dalam kolam renang itu .

"Korang bila nak balik ?" soal steven tanpa memandang ke arah ian dan yang lain

"nape ? Kau dah muak tengok muka kitorang eh ?"

"Eh tak lah , tapi nanti bila korang dah balik mesti banglo ni sunyi lagi kan" ujar steven dengan nada yang semakin lama semakin perlahan

"hmm kesian nye dia , alone " usik ian

Steven menjeling ke arah ian .

"tak sanggup lah duduk kat sini tanpa korang" ujar steven

Ian menepuk bahu steven

"Alah, hujung minggu kau balik je UK ." kata ian

Steven memandang ke arah ian , dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah Chris yang tak kesah dengan diorang .

"Aku okay je , abang kesayangan kau tu okay ke kalau aku tinggal kan syarikat lepas ape yang jadi?" soalnya sambil meletakkan aiskrimnya di tepi .

" ah lantak dia lah , dia tak faham kau , dia tak faham erti rindu dan alone tu ape " balas ian selamba

Pak! Chris membaling topinya ke arah muka ian .

"sakitlah bangang!" ian mengusap wajahnya  .

"Tu lah , memandai je kau kan kata aku tak faham steven "
Kata chris

"Betul ape , kalau kau faham dia , kau tak hantar dia balik malaysia , pisahkan kitorang , abang oi" balas ian .

"kalau macam tu kau je lah urus syarikat kat sini"

"Kau nak kita berpisah ke ?" soal ian dengan nada yang sedih. Sedih lah sangat.

"Tak kesah pun , aku dah muak tengok muka kau dari kau baru lahir sampai sekarang " balas chris selamba

"Tak pe lah , aku tinggal kat hutan je lah" ujar ian masih lagi meneruskan lakonannya

"Hah lagi bagus!" kata chris

"Tak guna punya abang!" ujar ian , dia menolak steven sehingga steven selamat mendarat ke dalam kolam renang .

"Woi! Asal kau tolak aku?!" steven memandang ke arah ian dengan geram

"ye lah nanti kalau aku tolak abang aku, tak pasal-pasal aku kena tinggal kat sini" balas ian selamba . Chris mencebik . Tak logik langsung alasan dia tu .

Steven meluru ke arah ian lalu menarik kaki ian untuk masuk ke dalam kolam renang itu .

"Wei! Ape ni!" jerit ian sambil cuba melepaskan kakinya dari cengkaman steven

"Kids tolong uncle masukkan dugong ni kat dalam air!" jerit steven

Zender dan zandra dengan riangnya menuju ke arah steven lalu menolong steven menarik ian . Ian pula tak habis-habis menjerit , tak rela masuk ke dalam air .

Dush! Akhirnya ian selamat  masuk ke dalam air .

"Yeah!!" jerit zender dan zandra .

Ian merengus geram . Dia memandang tajam ke arah steven . Steven tersengih.

"Lari!!!" jerit steven . Serta merta zender dan zandra juga turut ikut berlari di dalam air itu .

"Sini kau steven!!!" ian juga turut berlari mengejar steven . Maka terjadilah kejar mengejar di dalam kolam renang itu . Yang lain hanya mampu mengeleng melihat perangai mereka .

***

Steven melangkah masuk ke dalam ruang bawah tanah yang menempatkan seorang lelaki yang menjadi anak buah kepada dato carl itu sambil membawa sebotol air dan makanan.

Dia pergi ke bilik itu tanpa memberitahu kepada ian dan yang lain memandangkan mereka semua dah tidur akibat kepanatan tadi . Steven masuk kedalam bilik yang agak gelap itu . Suasana bilik itu sama seperti di dalam penjara .

" Bangun" arah steven kepada lelaki itu . Lelaki itu kelihatan agak lemah akibat semalaman tak makan .

Lelaki itu membuka matanya perlahan-lahan . Dia sedikit terkejut apabila terlihat steven yang berada di depannya .

"Bangunlah , tak yah takut , aku tak bunuh kau pun" kata steven dengan nada dingin

"Nah makan" steven meletakkan makanan dan air di hadapan lelaki itu . Lelaki itu tunduk lalu mengambil makanan tersebut .

"Sape nama kau ?" soal steven

Lelaki itu hanya diam . Dia hanya fokus kepada makanannya .

"Aku tanya ni" kata steven

Lelaki itu berhenti makan . Dia memandang ke arah steven . Air tadi diambil lalu diteguk rakus .

"Gabriel Daniel" ujar lelaki itu lalu menyambung makan

Steven terdiam seketika . Dia hanya memerhati lelaki itu makan sehingga dia selesai . Lelaki itu menyandarkan badannya sebaik sahaja selasai makan .

"Thanks" ujar lelaki itu lagi

Steven mengangguk .

"Muka kau.."

Lelaki itu memandang ke arah steven .

"...serupa Gabriella . Gabriella Dylan" ujar steven

Lelaki itu agak terkejut .

"Dylan?"

Steven menagangguk .

"Aku nak panggil kau ape ?" soal steven

"Daniel" balasnya

Steven mengangguk lagi.

"Kau kenal Gabriella ?" soal steven

Daniel mengangguk namun lantas mengeleng .

"aku tanya kau sekali lagi , kau kenal Gabriella ?"

"Err.." Daniel dengan teragak-agak menjawab pertanyaan steven.

"Kenal ke tak?!" jerkah Steven

"Ke...kenal" balas daniel

"Gabriella tu sape ?"

"Adik aku"

Steven mengerut dahi .

"Adik kau ?"

Daniel mengangguk lalu menundukkan wajahnya .

"Asal kau tinggalkan dia ?"

"Aku terpaksa"  ujar daniel . Steven mendiamkan diri . Dia memandang sekilas ke arah jam tangannya lalu bangun .

"Dengar sini , aku tak boleh lepaskan kau sebab kau ni dah bersubahat dengan orang tua tak guna tu , tapi aku boleh pindahkan kau kat tempat yang lagi selesa ." ujar steven lalu melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Daniel di situ . Pintu bilik itu kembali tertutup rapat .





Done bab 17!
Vote and comment ya! ♥

My Boss MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang