BAB 1

143 11 5
                                    

   KELIHATAN tiga orang gadis sedang turun dari kereta sewa grab car. Luggage yang berada di bonet kereta di turunkan oleh pemandu kereta tersebut. Angin sepoi bahasa menghempas wajah mereka dan menyebabkan rambut mereka berterbangan indah.

   Nalysha menyelitkan rambutnya di tepi telinga supaya rambutnya tidak mengacau muka. Millicent tersenyum memandang sebuah resort yang tersergam indah di hadapan mata. Akhirnya, selepas berbulan-bulan mereka bercadang untuk bercuti di sini tercapai. Banyak rintangan mereka perlu lalui antaranya ialah, mengumpul duit. Bukan mudah untuk mereka sampai ke sini.

   " kauorang jom la masuk cepat. Feeling macam dekat dalam movie pula kauorang ni " Rungut Claudie. Hatinya melonjak-lonjak ingin menjejakkan kaki ke dalam resort itu. Dua orang rakannya pula seperti berlakon tengah-tengah orang ramai itu.

   Sakit hati tahu tak?!

   " ha, jom-jom " Nalysha menarik luggagenya sebelum melangkah mendahului mereka. Mereka berdua ikut langkah Nalysha sambil menarik luggage masing-masing.

   " Dee ni orang nak feeling pun tak boleh. Bukan selalu kita dapat macam ni " Millicent bersuara lalu melorek senyuman.

   " aku tak sabar nak mandi pantai ni kau tahu tak? " Balas Claudie.

   Mereka bertiga tertawa serentak.

   " okay, now kita register dulu " Kata Millicent sebelum melangkah menuju ke kaunter.

   " kau dah booking awal kan? " Soal Nalysha.

   " yes " Jawab Millicent sepatah.

   " aku harap kita dapat bilik yang view dia lawa " Kata Claudie pula. Masing-masing kelihatan sungguh teruja.

   " of course view lawa. Aku booking yang perfect punya! " Mereka tersenyum riang.

   Mereka bertiga adalah kawan sejak sekolah menengah lagi. Dari dulu mereka memang bercadang untuk pergi bercuti bersama-sama tetapi keadaan tidak mengizinkan. Selepas tamat belajar dan sudah bekerja sendiri, mereka mula mengumpul duit sendiri.

   Pengakhirannya sangat berbaloi. Harapan mereka selama berada di sini sudah semestinya ingin mendapatkan kenangan yang tidak boleh di lupakan. Semoga semuanya berjalan lancar.

   " hai, saya dah booking room from trivago apps " suara Millicent menyentakkan Claudie yang sedang berangan. Mana tak berangan kalau dekorasi resort ini sangat mewah dan menarik hati sesiapa yang melancong di sini.

   Tempatnya juga damai dan sejuk kerana di kelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan yang tumbuh meliar. Di tambah pula dengan bunyi deruan ombak yang mampu menenangkan sesiapa sahaja.

   Kalau sesiapa yang stress, tempat ini sangat disyorkan untuk menenangkan fikiran.

   " may I see the barcode? " Soal penyambut tetamu tersebut. Telefon pintar Millicent di berikan kepada wanita tersebut.

   Selepas memeriksa barcode, wanita itu memberikan kad bilik sambil tersenyum manis, " your room is number 604. It's at level six "

   Mereka bertiga mengangguk sambil melorek senyuman manis buat si penyambut tetamu. Senyum kan satu sedekah. Tanpa menunggu lama, mereka bertiga segera mendapatkan lif yang berdekatan.

   " nak saya bawakan luggage ke bilik? " Tawaran seorang pelayan hotel tersebut menghentikan langkah mereka.

   Mereka bertiga berpandangan sebelum berkata, " no, thanks " dan mereka terus berlalu masuk ke dalam lif. Sebelum pintu lif tertutup rapat, sempat Claudie melambai gedik kepasa si pelayan hotel yang terpinga-pinga itu tadi.

MIKEWhere stories live. Discover now