POV MILLICENT
Baru seminit yang lepas aku ada bersama dengan Nalysha, Claudie dan lagi tiga orang lelaki tu semua. Aku masih ingat jeritan Claudie apabila kelibat manusia cannibal itu muncul di balik tingkap. Aku tak tahu nak panggil manusia atau apa tapi yang pasti dia makan orang. Basement tadi yang kami semua pergi memang jadi bukti bukti sahih yang lelaki tu bukan orang biasa.
Semua gelap.
Aku pada mulanya tidak dapat melihat persekitaran aku dengan jelas, mulanya aku ingin mencari Claudie yang menjerit sebentar tadi sampai lah niat aku mati apabila sepasang tangan yang hangat menarik aku dari belakang. Sepasang tangan yang hangat memeluk aku dari pinggang dan satu tangan dia lagi menekup mulut aku.
Jujur pada mulanya aku terkejut. Fikiran aku hanya tertumpu pada bagaimana hendak melepaskan diri daripada tangan asing yang kuat melekat pada badan aku. Aku meronta untuk melepaskan diri, jeritan aku hanya menjadi bisikan bila tekupan di mulut semakin kuat menahan aku daripada menghasilkan bunyi.
Nafas aku semakin hangat apabila ruang udara untuk aku amat nipis.
"shhh, diam kejap" satu suara garau lelaki menerpa telinga kanan aku, hangat, ia seperti satu hembusan halus. "aku rasa dia dah pergi" katanya lagi "aku buka-"
Semakin banyak ayat yang keluar dari mulutnya semakin longgar pegangan lelaki itu pada mulut aku. Tanpa banyak bicara aku menyiku perutnya dengan siku kiri aku.
"arghh!"
Aku pusing ke belakang dan mengambil jarak di antara lelaki tersebut sebagai keselamatan dan hanya berwaspada. Dalam kegelpan malam aku dapat lihat bayang lelaki tersebut yang sedang tertunduk di atas lantai. "a-ku aku, auch, sakitnya ya Allah" bisik lelaki itu.
Aku menghembus nafas lega buat seketika. "lah kau ke. Aku fikir kan cannibal mana pergi sergah aku dari belakang tadi" aku berkata dengan nada yang lega. Risau mungkin cannibal bukan seorang je.
Biarpun kegelapan malam itu menyukarkan mata aku untuk melihat keadaan sekeliling. Tapi aku dapat lihat lelaki itu pasti salah seorang dari kumpulan lelaki yang pukul cannibal tu pakai parang. Semakin lama aku berada di bilik asing ini semakin jelas apa yang ada di dalam ruang ini.
"woi, tolong ah aku" ujar lelaki itu yang sedang menahan kesakitan.
Aku cangkung disisi lelaki itu, "sakit sangat ke?" dengan nada yang paling baik aku pernah tanya orang sambil aku menghulurkan tangan dan dia menyambut tangan aku. Ingatkan nak buat baik yelah sebab aku dah siku anak orang. Tapi niat aku hendak menolong dia bangun terbantut bila dia berkata.
"dah macam anak jantan dah pergi siku perut orang"
Dengan penuh kejantanan aku even aku seorang perempuan tulen, tolong jangan keliru perangai aku memang kasar tapi aku ialah contoh pilihan bakal menantu yang limited edition. Aku menolak bidang lelaki itu yang sedang cuba untuk bangun.
"adoi" kata lelaki itu apabila belakang badanya bertemu muka lantai. "wei, aku gurau lahh" katanya lagi.
"ayah lo gurau" kataku ku dan berjalan ke arah bertentangan dengan lelaki itu.
Langkah aku mula meliar. Tidak perlu aku tanya kenapa lelaki itu menarik aku masuk ke bilik ini, kalau bukan sebab tindakan dia pasti aku dah menjerit sambil mencari jalan keluar.
YOU ARE READING
MIKE
Mystery / ThrillerTiga sekawan yang bercadang untuk bercuti ke sebuah resort bertukar kepada tragedi apabila mereka tersesat di hutan simpan yang berdekatan dengan resort tersebut. Tanpa mereka sedar, rupanya bukan mereka sahaja yang tersesat malah ada lagi tiga oran...