BAB 10

62 6 0
                                    

CLAUDIE POV

   MATAHARI yang sudah memancar tinggi membuatkan Claudie tersedar dengan sendiri. Terpisat-pisat dia bangun sambil menggosok matanya beberapa kali. Nasib baik sahaja hutan ini dikelilingi dengan pokok-pokok yang tinggi. Kalau tidak mesti dia berpanas dengan cahaya matahari yang memancar.

   Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya, mencari di mana Ivan. Ya, lelaki yang telah menyelamatkannya semalam. Tanpa sengaja, senyuman terukir nipis di wajahnya. Kemudian dia berpaling ke kanannya.

   Cis! Tadi lelaki itu kata nak jaga mereka berdua kalau apa-apa terjadi, tapi tengoklah sekarang lelaki ini tidur siap berdengkur! Daripada senyum, terus Claudie mencebik. Tak guna punya mamat.

   Malas dia mahu memandang lelaki itu lama-lama, kakinya yang terseliuh semalam, terus dipegangnya. Dia mengadu sakit lalu mendengus perlahan. Masih sakit lagi. Tak guna punya cannibal! Sebab lelaki berbadan besar itulah kakinya terseliuh.

   Claudie pandang Ivan lagi sekali yang sedang berdengkur itu. Dia hendak membuang air kecil, tetapi bagaimana kalau kakinya begini dan tidak boleh berjalan dengan sendiri? Jacket Ivan yang masih terletak ditubuhnya terus diambil lalu melibaskan ke badan Ivan. Ivan tersentak dan Claudie tergelak kecil apabila melihat reaksi Ivan.

   Mula-mula Ivan nak marah, tetapi sebaik sahaja kejadian semalam menerjah minda, terus dia tidak jadi hendak marah. Claudie yang sedang tertawa itu dipandangnya.

   " kaki tu dah okay ke? " soal Ivan sambil matanya memerhati kaki Claudie yang berbalut tersebut.

   " tak okay lagi. Sebab tu aku kejut kau. Aku nak erm-- " ayatnya tergantung. Malu Claudie hendak menyebutnya.

   " hm? Nak apa? " Ivan jongket kening sebelum dia berdiri, membersihkan habuk-habuk yang melekat pada bajunya.

   Claudie membisu.

   " kau nak air ke? " soalan Ivan dibalas dengan gelengan.

   " nak makan? " Claudie menggeleng lagi.

   " habistu kau nak apa? " Ivan pandang Claudie sambil menggaru kening. Pening dia dengan gadis itu. Semalam bukan main kuat membebel, hari ini diam membisu pula.

   " nak buang air kecil " perlahan suara Claudie. Dengar tak dengar sahaja. Nasib baik Ivan cepat menangkap ayat Claudie.

   " oh.. cakaplah. Pergi la belakang pokok sana tu " jari telunjuk Ivan naik menunjuk pada satu batang pokok yang tidak berapa jauh daripada tempat mereka. Claudie memandang dengan wajah cemberut.

   " kalau aku boleh jalan, tak adanya aku nak cakap dekat kau la "

   " habistu kau nak aku papah ke sana? " Ivan pandang Claudie. Claudie pandang Ivan. Perlahan-lahan Claudie mengangguk.

   " ha cepat " Ivan hulurkan tangannya kepada Claudie. Claudie menyambut dan perlahan-lahan dia berdiri. Tangannya diletakkan di atas bahu Ivan.

   " aku dah boleh berdiri la! " ucap Claudie dengan riang. Kalau semalam, nak berdiri pun susah. Ivan tersenyum nipis.

   " hati-hati. Kaki tu tak berapa nak sihat lagi " pesan Ivan apabila dia melihat Claudie sedikit melonjak keriangan. Claudie terus diam. Risau jika kakinya akan kembali sakit.

   " ha, kau buang la hajat kau dekat sini. Aku tunggu dekat sana " ujar Ivan sebaik sahaja mereka berdua sampai di sebalik pokok besar. Claudie memandang sekeliling. " tak payah risau, tempat ni dah secured " ujar Ivan lagi apabila dia perasan akan wajah curiga Claudie.

   " eleh, mana kau tahu tempat ni dah secured? Dah pergi sana, jangan mengintai pula " halau Claudie. Ivan mencebik sebelum dia melangkah pergi jauh sedikit daripada Claudie.

MIKEWhere stories live. Discover now