KAKI mereka melangkah perlahan-lahan menuju ke rumah agam yang kelihatan usang itu. Masing-masing berjalan mengelilingi rumah tersebut untuk melihat persekitarannya. Tingkap, dinding juga mereka periksa mana tahu sudah reput.
Kalau reput dan tiba-tiba roboh tak ke sia-sia je hidup selama dua puluh tahun?
" aku rasa rumah ni sesuai untuk kita berteduh " Ujar Millicent sambil melangkah mendekati Nalysha dan Claudie.
" seram je " Kata Nalysha. Matanya bergerak-gerak memandang sekeliling.
" nak tak nak kena juga duduk sini sementara nak tunggu esok pagi. Duduk sini atau mati kena makan bintang buas " Pesanan Millicent itu mengundang rasa takut pada diri Nalysha dan Claudie. Claudie tak habis-habis mendengus daripada tadi akibat tidak puas hati dengan cadangan Millicent.
" Dee, chill la. Kita dapat luang masa sama-sama kan? " Millicent melangkah mendekati Claudie. Baru sahaja Millicent ingin memegang bahu Claudie, Claudie sudah mengelak.
" dah jom masuk " Claudie bersuara dingin sebelum tangannya menolak daun pintu rumah tersebut. Bunyi 'krekk' kedengaran di segenap hutan tersebut.
" biar dia tenang dulu " Nalysha tepuk bahu Millicent. Mereka memandang sesama sendiri sebelum mengeluh perlahan.
Millicent mengaku itu adalah kesalahan dia kerana membuat perkara tanpa memikirkan baik dan buruk.
Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah tersebut, hidung mereka terbau sesuatu yang kurang enak. Mungkin kerana rumah tersebut ditinggalkan terlampau lama. Apabila mereka berjalan, rumah itu berbunyi 'krekk' 'krekk' kerana rumah tersebut diperbuat daripada kayu.
Mereka bertiga meletakkan backpack di atas lantai sebelum melabuhkan punggung di atas lantai tersebut. Badan mereka disandarkan di dinding kerana kepenatan. Kepenatan kerana berjalan terlampau lama tadi.
" cukup ke bekalan kita nanti? " Soal Nalysha.
Millicent buka backpack miliknya dan menyelongkar segala barang yang ada di dalam beg tersebut. Makanan ringan dan beberapa biskut di keluarkan termasuk air mineral." air ada tiga botol lagi. Cukuplah untuk kita bertiga. Minum bila perlu je " Terang Millicent. Claudie yang memandang, menjeling sekilas.
" kalau kita terkandas lagi lama? " Soal Claudie, masih dingin.
" aku yakin esok pagi kita akan jumpa jalan keluar dari hutan ni " Jawab Millicent panjang lebar sebelum dia menghulurkan sebotol air mineral dan biskut kepada Claudie.
Claudie memandang lama pemberian Millicent sebelum dia mengambilnya.
" thanks "
" don't worry okay? Kitaorang ada. Aku ada boleh protect kau " Perlahan-lahan Millicent menepuk bahu Claudie. Claudie senyum tipis.
" weh, Mill bagi aku air " Arah Nalysha yang berada jauh sedikit dengan tempat Millicent. Millicent pandang Nalysha.
" sini la ambil sendiri "
" amboi kau. Dee kau bagi, aku tak bagi " Balasan dari Nalysha itu mendapat sambutan tawa dari mereka berdua.
" meh la sini, makan biskut sama-sama " Claudie memanggil mereka untuk duduk bersama dengannya. Tanpa membuang masa, Nalysha dan Millicent segera mendapatkan Claudie.
Mereka makan biskut bersama-sama sambil berbual rancak. Tawa mereka pecah sebelum mereka tersentak.
" kau dengar apa aku dengar? " Soal Millicent, separuh berbisik. Tidak mahu orang lain selain mereka mendengarnya.
YOU ARE READING
MIKE
Mystery / ThrillerTiga sekawan yang bercadang untuk bercuti ke sebuah resort bertukar kepada tragedi apabila mereka tersesat di hutan simpan yang berdekatan dengan resort tersebut. Tanpa mereka sedar, rupanya bukan mereka sahaja yang tersesat malah ada lagi tiga oran...