Pov Nalysha
Malam yang gelap dan sunyi hanya mendengar pokok-pokok yang ditiup angin sedikit kencang membuatkan Nalysha berasa sedikit takut. Nalysha yang berada ditepi Ryan memandang sekeliling hutan. Rasa takut mula menguasai dirinya.
"Woi kau ok tak" Ryan memetik jarinya didepan muka wanita itu. Bahu Nalysha terhenjut sedikit kerana terkejut.
"Okay sikit jelah" tutur Nalysha.
"Kau kenapa? "Tanya Ryan."Takut lah, kau tak takut ke? "Ryan menggelengkan kepala. Ryan memandang Nalysha yang berpeluk tubuh kerana kesejukkan.
"Nak aku peluk tak? "Tanya Ryan dengan nada gurau.
"Kalau berani peluk lah"Nalysha memberi senyuman sinis. Lelaki itu baru sahaja mahu peluk Nalysha, dia terus tolak dada bidang milik Ryan."kau kata kau bukan lelaki jenis macam tu"Nalysha beralih tempat sedikit jauh dari Ryan. Ryan tergelak kecil.
"Ha takut"
"Diam la kau"Nalysha membuka telefon miliknya. Game wormszone.io ditekan. Ryan yang perasan Nalysha menyengetkan telefonnya terus berbunyi.
"Kau main game ke?"soal Ryan pelik.
"Haah, aku bosan lah"rengek Nalysha.
"Betullah cakap diaorang bukan perempuan biasa, dengan keadaan yang macam ni boleh pulak dia main game"bisik Ryan dalam hati. "Kau tak ngantuk ke? "Tanya Ryan.
"Tak"jawab Nalysha sepatah. "Kalau kau nak tidur, tidur lah malam ni aku jaga"tutur Nalysha. Matanya masih tertumpu pada skrin telefon. Ryan membetulkan kedudukan dirinya untuk tidur dalam keadaan yang tenang dan selesa. Lelaki itu berfikir sejenak.
"Kau tak takut ke? "Tanya Ryan lagi. Nalysha terus memandang Ryan.
"Tak kot"jawab Nalysha. Riak mukanya sedikit takut. "Ala tengok ni kan dah kalah"tutur Nalysha tetapi kedengaran marah. Matanya memandang tajam kearah Ryan.
"Apa? "
"Takde apa-apa"Dia menyimpan semula telefonnya kedalam poket seluar. Tangannya dimasukkan kedalam backpack lalu mencapai roti.
Beberapa minit sudah berlalu dan Nalysha juga sudah menghabiskan rotinya tiba-tiba anak tekaknya berasa haus. Dia mahu ambil air didalam backpacknya tapi bila difikirkan semula dia hanya bawa satu botol sahaja. Nalysha terpaksa untuk meminta air pada Ryan. Baru sahaja wanita itu mahu bangun untuk kejutkan Ryan tiba-tiba pergerakannya terhenti.
"Ya Allah handsomenya"jerit Nalysha dalam hati. Dengan wajahnya, rambut yang sedikit panjang dan masih boleh diikat tambah dengan pakaian yang dipakai oleh Ryan. Cukup sempurna bagi mata Nalysha.
Nalysha keluarkan semula telefon miliknya. Camera ditekan. Wanita itu perlahan-lahan berjalan menuju kearah Ryan tanpa bunyi apa-apa.
Butang camera ditekan banyak kali. Tidak lupa juga Nalysha yang setia menangkap gambar Ryan mukanya juga ada didalam camera. Butang camera ditekan lagi. Kalau nak diikutkan dekat tiga puluh gambar Ryan dalam masa satu hari.
Ryan tersedar sebaik sahaja mendengar ranting kayu dipijak oleh seseorang. Nalysha yang berdiri didepan Ryan dan memegang telefonnya. Wanita itu terlupa untuk mematikan telefonnya.
"Apa tu"tunjuk Ryan menggunakan bibir. Matanya tertumpu pada skrin telefon milik Nalysha. Laju sahaja wanita itu mematikan telefonnya.
"Mana ada apa-apa, ha wei kau ada air lagi tak"tanya Nalysha.
YOU ARE READING
MIKE
Mystery / ThrillerTiga sekawan yang bercadang untuk bercuti ke sebuah resort bertukar kepada tragedi apabila mereka tersesat di hutan simpan yang berdekatan dengan resort tersebut. Tanpa mereka sedar, rupanya bukan mereka sahaja yang tersesat malah ada lagi tiga oran...