Kedengaran barang dihempas dengan kuat diatas lantai. Lelaki berbadan besar itu mengamuk apabila kehilangan enam orang figura yang akan menjadi makanannya. Lelaki tersebut berusaha untuk mencari mereka disudut-sudut rumah agamnya. Tetapi apakan daya lelaki itu putus asa setelah beberapa jam mencari mereka.
Setelah beberapa jam sudah berlalu, lelaki berbadan besar itu kembali dibilik bawah tanah yang penuhi dengan mayat. Ada juga tengkorak-terngkorak pelbagai bentuk. Tidak lupa juga dengan bau-bau hanyir yang kuat menusuk hidung mereka yang berada didalam rumah agam itu.
Pov Nalysha
"woi-woi, kau siapa" laju sahaja Nalysha tutur. Dalam keadaan yang gelap didalam satu ruang hanya mereka berdua sahaja. Panik? Takut? Dah tentu ada rasa dalam dirinya.
"woi woi woi woi, aku ada namalah " tutur lelaki itu kedengaran sedikit dingin.
"ala tak payah lah marah" Nalysha buat muka. Lalu dia keluarkan telefon miliknya dan lampu dibuka.
"mana ada aku marah,dah suara aku memamg macam ni" kini giliran lelaki itu pula buka lampu ditelefon miliknya.
"dah tu nama kau siapa" tanya Nalysha. Dia duduk satu meter dengan lelaki itu. Sudah lah baru sahaja kenal boleh pulak kejadian ni berlaku secara tiba-tiba. Nalysha fikir lelaki itu boleh sahaja buat apa apa pada dirinya. "jangan nak fikir benda negatif Sha" tambah Nalysha. Kepala nya dipukul perlahan berkali-kali untuk tidak berfikiran negatif.
"nama aku Ryan" ujar Ryan. "ha lagi satu aku bukan jenis lelaki macam tu" Tembak Ryan. Lelaki itu seolah-olah tahu apa yang wanita itu fikirkan.
"aku tak kata apa-apa" tutur Nalysha laju. Dia menscroll skrin telefonnya untuk mesej rakannya. "ouh shit line tak ada "carut Nalysha perlahan. Tapi masih kedengaran Ryan.
"apa benda ni main carut-carut, dah tau ni hutan memang tak ada line lah" tutur Ryan. Dia keluarkan satu botol minuman untuk diminum.
"ouh, hehehe sorry-sorry " Dia menyandarkan badannya di dinding.
"nah" hulur Ryan. Nalysha mengambilnya kerana air didalam begnya sudah kehabisan. Ya,dia cuma bawa satu botol sahaja semasa hiking tadi. Tetapi dua orang rakannya bawa lebih.
"thanks" ucap Nalysha."jap jap, aku tertanya-tanya,kita ni dekat mana?" Nalysha pelik kerana dia tidak tahu yang dia berada dimana sekarang.
"dekat dalam bilik" jawab Ryan pendek.
"habis tu mana kawan-kawan aku?" tanya Nalysha lagi. Ryan merenungnya .
"eh banyak pula tanya dia ni" bisik Ryan.
" apa pandang-pandang ni, tahu lah aku cantik" ujar Nalysha selamba.
"tak payah nak angkat bakul sendiri" matanya kini memandang skrin telefon. Nalysha buat eyesroll .
"kawan-kawan kau ada dengan kawan-kawan aku kot" teka Ryan. Nalysha meng'ouh'kan sahaja.
"aku nak tanya boleh tak?" soal Nalysha. Dia masih jaga jaraknya.
"hurmm,,tanya lah"
"kau kenapa ada dekat tempat macam ni?" tanya Nalysha penasaran.
"dah kau pulak kenapa ada dekat sini" tanya Ryan semula.
"ha ni lah manusia,orang jawab apa yang orang tu tanya bukannya tanya balik pada orang tu" bebel Nalysha geram. Lelaki itu tergelak mendengar Nalysha membebel. Tiba-tiba mereka terdengar barang jatuh daripada meja yang ada dalam bilik itu.
"mak!" jerit Nalysha kerana terkejut. Laju sahaja Ryan menekup mulut Nalysha. Lelaki itu melangkah setapak demi setapak ke arah meja itu.
"lah tikus je" tutur Ryan. Mata Nalysha membuntang besar.
"besar tak?" tanya Nalysha.Ryan menggeleng. Nalysha mengeluh perlahan.
"kau dah kenapa" tanya Ryan. Dia duduk ditempatnya yang asal tadi. Nalysha menghampiri lelaki itu sedikit demi sedikit.
"takut" jawab Nalysha pendek. Kini dia betul ii berada disebelah Ryan. Ryan tergelak kecil.
"gelak-gelak apa kau" Nalysha buat eyesroll.
Jam menunjukkan pukul dua setengah pagi. Ryan dan Nalysha perlu keluar dari rumah agam itu untuk menyelamatkan diri setelah beberapa jam didalam.
"jom" ajak Ryan. Nalysha memandangnya lama.
"nak pergi mana?" tanya Nalysha dengan muka mengantuk. Kepalanya juga terangguk-angguk menahan kantuk yang menguasai diri.
"Bla dari tempat ni lah" tutur Ryan.
"Habis macam mana dengan diaorang? " Tanya Nalysha.
"Eii cuba kau jangan banyak tanya" marah Ryan. Nalysha terdiam sejenak. "Yelah aku risau kot dengan diaorang" tutur Nalysha perlahan. Ryan merenungnya. Lelaki itu rasa seber salah.
"Sorry" ujar Ryan.
"Tak apa" tutur Nalysha. Nasib baik hati wanita itu lembut tetapi kasar diluar. Ryan melangkah setapak keluar dari bilik itu diikuti Nalysha. Wanita itu memegang hujung baju Ryan.
"Apa" soal Nalysha. Ryan memandang hujung bajunya yang dipegang Nalysha dan memandang wajah Nalysha. Cepat-cepat wanita itu lepaskan tangannya. Baru sahaja Ryan melangkah setapak lagi, Nalysha memegang hujung bajunya kali kedua. Tapi kali ini Ryan biarkan.
Mereka berdua jalan senyap-senyap kerana tak nak kedengaran oleh Cannibal yang masih ada dalam rumah agam itu. Ryan yang berada didepan turun melalui tangga diikuti Nalysha. Sebelum itu, mereka berlari dan menyorok dalam bilik tingkat dua di rumah agam itu.
Setelah sampai di muka pintu. Ryan menarik pintu besar utama rumah agam itu perlahan-lahan. Tetapi masih didengar"Krek.. Krek.. " Nalysha masih Setia memegang hujung baju lelaki itu.
"Kau nak pergi mana! "Jerit Cannibal. Mereka berdua terus lari kedalam hutan. Pada masa yang sama Cannibal itu mengejar mereka sambil memegang kapak.
"Wei penat" rungut Nalysha. Mereka berlari sekuat hati .
"Sabar, sikit lagi" tutur Ryan tercungap-cungap. Dia memegang tangan Nalysha. Wanita itu memandang sekilas tangannya dan Ryan. Senyuman nipis terukir dibibirnya.
Setelah beberapa minit berlari. Cannibal itu kehilangan jejak mereka berdua.
"Bodoh! " Carut Cannibal itu. Rasa geram dan marah mula menguasai dirinya."kawan-kawan kau masih ada dalam rumah aku" bisik Cannibal. Senyuman sinis diukir. Lelaki berbadan besar itu ambil keputusan untuk pulang ke rumah agamnya.
Ryan dan Nalysha kini berada dibawah pokok yang besar. Tiba-tiba Nalysha ternampak Ryan memegang lengannya dan berwarna merah. Nalysha tidak berfikir apa-apa lagi. Wanita itu terus keluarkan peti kecemasannya.
Nalysha capai tangan lelaki itu. Ryan memandang pelik. Tetapi rasa sakit itu masih ada dalam dirinya.
"Kau memang suka pandang orang ea" soal Nalysha. Dia sapu ubat antiseptik perlahan-lahan pada luka itu. Ryan meng'aduh' perlahan.
"Macam mana boleh kena ni? "Tanya Nalysha.
"Time nak lari daripada Cannibal tu kot, aku pon tak rasa apa-apa pon tadi" jawab Ryan. Tiba-tiba muncul satu senyuman dibibir lelaki itu.
Selesai sahaja Nalysha sapu ubat antiseptik pada luka itu lalu dibalut dengan kain pembalut kasa.
"Thanks" ucap Ryan ikhlas. Nalysha memberi senyuman.
YOU ARE READING
MIKE
Mystery / ThrillerTiga sekawan yang bercadang untuk bercuti ke sebuah resort bertukar kepada tragedi apabila mereka tersesat di hutan simpan yang berdekatan dengan resort tersebut. Tanpa mereka sedar, rupanya bukan mereka sahaja yang tersesat malah ada lagi tiga oran...