Matahari terang menyinari resort yang didiami oleh tiga sahabat itu, alunan ombak lembut menghembus persisiran pantai yang cantik tak terkata. Tambahan pula keindahan hutan hijau yang meliputi hampir kawasan resort itu.
Resort yang berdiri megah itu kelihatan mewah seperti biasa. Di antara balkoni resort itu terdapat, seorang gadis bertubuh langsing yang sedang bercekak pinggang dengan wajah yang risau jelas di wajahnya yang mulus. Gadis yang berbajukan jubah mandian itu kelihatan tidak begitu senang.
"Dee, are you spacing out?" bagaikan ditepuk di belakangnya. Claudie memusingkan badanya menghadapi dengan sahabatnya yang bagaikan keluarga baginya, Nalysha. Nalysha mengenakan dress merah darah dan rambutnya diikat tocang.
"nope, aku cuma-" Claudie mahu berkata sesuatu tetapi hasratnya terhenti apabila sahabatnya yang lain menjejakkan kaki keluar dari bilik mandi. Mata Claudie memerhatikan bayang Millicent yang sedang sibuk mengeringkan rambutnya. "aku okay, nervous maybe" balas Claudie.
Nalysha menghembus nafas perlahan, memalingkan wajahnya pada Millicent yang sedang sibuk berada di depan cermin. Nalysha sudah lali dengan perangai temanya dia tahu Claudie berasa berdebar-debar, "baru ada feeling hiker sikit kan?" kata Nalysha ceria. "Takdelah kita terperuk dalam resort, at least"
Claudie tersenyum malas, sedikit sebanyak Claudie tahu bahawa Nalysha cuma mahu menceriakan keadaan. Kemudian, Claudie dan Millicent sudah siap menukar pakaian casual bersedia untuk mengisi perut mereka dengan sarapan yang disediakan di dining room resort itu.
"weh sedap gila, nasi lemak dia" kata Millicent sambil menguyah nasi lemak ayam dengan selera. Nalysha dan Claudie hanya tergelak sakan melihat perangai Millicent.
Mereka bertiga mengahabiskan makanan yang disediakan oleh pihak resort itu, Nalysha memesan ham sandwich diikuti dengan cappuccino panas. Manakala, Claudie memesan sepinggan mi goreng udang special dan kopi panas. Meskipun makanan yang disediakan adalah percuma dan termasuk dalam harga bayaran, kelibat pelancong jarang kelihatan pada pagi itu hanya beberapa orang dan keluarga sedang menikmati hidangan masing-masing.
"excited lah, nak hiking" Millicent kata sambil menyadarkan badanya ke kerusi. Claudie yang tadi ceria, mukanya berubah keruh. Nalysha perasan akan keadaan itu dan bertanya, "lepas makan kita gerak eh?"
Millicent anggukkan kepalanya tanda setuju, "tapi kau orang rehat dulu, nanti kita bergerak" kata Millicent lagi. Millicent memandang sekitarnya untuk memastikan tiada sesipa yang akan mendengar perbualan mereka, "jangan sampai kantoi dengan pihak resort, keluar senyap-senyap je" katanya selamba.
"ada pagar yang jaga hutan simpanan tu, right?" tanya Nalysha, matanya inginkan kepastian.
"yup, but the good news is ada hole dekat pagar hujung kawasan sana. Aku terdengar pak guard membebel tadi. For sure, kita boleh ambil kesempatan ni sebab diaorang akan betulkah pagar tu next week sebab ada problem. Pagar yang ada lubang tu rasanya tak jauh, diaorang kata dekat area sini je" jelas Millicent dengan nada berjaga-jaga.
"tapi macam mana kalau kantoi?" Claudie yang tadi berdiam diri akhirnya bersuara. Millicent dan Nalysha memandang Claudie serentak. Kemudian, Nalysha memandang Millicent, "hah macam mana kalau kantoi?"
"kalau kantoi pun pihak resort tak boleh buat apa-apa" Millicent member senyuman meleret. "receptionist tak ada pesan atau warning kita apa-apa kan?"
"haah. Tidak" kata Claudie dan Nalysha serentak.
"so cakap lah mereka tak bagi warning" kata Millicent lagi. Millicent perasan air muka Claudie berubah, "come on Claudie kali ni je, aku janji" Millicent kata dengan nada yang manis.
"janji?" Claudie berkata, matanya bundar melihat Millicent dengan kepercayaan sebagai seorang sahabat.
"janji" kata Millicent.
Bau asap rokok memenuhi bilik yang hanya mempunyai ruang yang kecil itu, di balik tingkap Millicent, Nalysha dan Claudie sedang bersembunyi di balik dinding bilik pengawal itu. Jam menunjukkan hampir sembila setengah pagi, seusai menikmati sarapan mereka. Rakan bertiga itu bergegas je bilik mereka untuk menyiapkan diri.
Millicent mengenakan seluar tracksuit hitam dan t-shirt sukan bewarna merah pekat bersama dengan peralatan hiking. Manakala, Claudie memakai tracksuit dark blue dan t-shirt jenama Adidas diikuti dengan begnya yang diperbuat dari kulit haiwan. Nalysha memakai tracksuit hitam dan baju lengan panjang bewarna grey bersama dengan beg hitamnya.
"apa plan kau?" Nalysha tanya Millicent dengan muka mereka sudah bermandikan peluh. Nervous dengan situasi yang mereka berada.
"sumpah kalau kena kantoi, kena saman. Aku bunuh kauorang semua" Claudie kata sambil memegang begnya erat. Millicent tidak menghiraukan Claudie kerana dia sibuk mencari barang dalam beg dia. Manakala, Nalysha Cuba untuk menahan gelak melihat muka takut Claudie.
"weh dah jumpa" kata Millicent gembira. Di tangan Millicent terdapat mercun bola dan lighter bewarna kuning. "okay sebelum kauorang tanya, lubang yang ada dekat pagar tu arah kanan dari bilik pengawal, so-"
"so kau nak baling mercun ni arah kiri, so pak guard boleh pergi sana?" Nalysha sambung.
"brilliant" Millicent memuji. "get ready ladies, ikut belakang aku" Millicent kata, dalam kiraan tiga dia membakar dan membalingkan mercun bola yang dibelinya sebelum ini, Millicent tahu bahawa terdapat hutan simpanan di resort ini dan pasti mercun ini berguna.
Langkah mereka diikuti tanpa sebarang perkataan yang dikeluarkan apabila pak guard yang sedang syok merokok terkejut dengan bunyi letupan itu, "eh bini aku tambah dua!" latah pak guard itu sambil berlari ke arah bunyi tersebut.
Langkah mereka bertambah laju tetapi tidak menghasilkan bunyi. Berhati-hati itu mesti. Hutan meliputi pemandangan mereka yang ada cuma pagar besi yang panjang dan tinggi di bahagian kanan mereka. Mereka berjalan tanpa bunyi sepanjang pagar itu.
"aku nak balik, umi" Claudie mengadu perlahan.
"relax lah, Dee" Nalysha memujuk rakannya itu. "tak masuk lagi kot dah takut panggil mak"
"aku ada mak, memang ah. Kau tu macam tak ada mak je, at least aku hargai mak aku" Claudie membalas tidak puas hati.
"kau kena tahu, kau tu anak pungut je hahaha" ayat Nalysha diakhiri dengan ketawanya.
"kau anak kutip, tak sembang pulak?" balas Claudie.
"guys"
Langkah Claudie dan Nalysha terhenti apabila melihat Millicent yang sedang cangkung di atas tanah. Dihadapannya terdapat pagar besi yang sudah besar berlubang mungkin memuatkan seorang lelaki dewasa.
"weh betul lah ada lubang" kata Nalysha tidak percaya.
"what the-" Claudie kata tidak percaya.
"aku nervous tapi rasa nak masuk" kata Millicent tiba-tiba.
"eh okay lah tu, jom balik resort" kata Claudie dengan laju. Adegannya terhenti apabila suara lelaki kedengaran di hujung hutan tersebut.
"woi! Siapa tu?!" mereka bertiga positif bahawa itu suara park guard tadi.
"what the heck, semua masuk cepat!" kata Millicent sambil memasukkan dirinya dalam lubang itu.
"kau biar betik?!" Nalysha balas tidak percaya, jin mana dah hasut badan Millicent.
"dengar sini, hujung pagar lepasni ialah jalan mati, kau orang kalau lari jumpa laut je. Masuk sini atau kantoi tu je" kata Millicent di balik pagar itu. Mukanya merah menahan amarah, Claudie dan Nalysha berkongsi pandangan. Mereka angguk serentak.
Claudie masuk dahulu diikuti dengan Nalysha.
YOU ARE READING
MIKE
Mystery / ThrillerTiga sekawan yang bercadang untuk bercuti ke sebuah resort bertukar kepada tragedi apabila mereka tersesat di hutan simpan yang berdekatan dengan resort tersebut. Tanpa mereka sedar, rupanya bukan mereka sahaja yang tersesat malah ada lagi tiga oran...