Hembusan nafas yang berat membuatkan dada mereka naik turun. Sepohon pokok tua yang besar menjadi pelindung sementara buat mereka daripada dilihat oleh pak guard tersebut.
Setelah mereka bertiga berjaya menyorok disebalik sepohon pokok tua itu, mereka bergegas masuk ke dalam hutan simpan itu untuk hiking.
"Wei kau tak rasa seram sejuk ke?" Bisik Claudie. Nalysha memandang kearah nya.
"Takut lah gila" Nalysha memegang erat beg talinya. Mereka berdua sudah mula berasa seram sejuk manakala Millicent dengan gembiranya dia dapat hiking bersama kawan-kawannya.
"Wei Mill kau tak rasa seram sejuk ke? " Tanya Nalysha. Millicent memandang Nalysha dan memberikan gelengan.
" chill je. Tak payah hiraukan perasaan takut tu. Aku ada, don't worry lah " Millicent mendekati Nalysha lalu bahu rakannya itu di peluk.
" kalau apa-apa jadi kau tak tinggalkan kitaorang kan? "
Millicent hamburkan tawanya.
" memang tak la aku tinggalkan. Kauorang ni aku dah anggap macam family tau " Ujar Millicent dengan sisa tawa yang masih ada.
"Penatlah!" Rungut Claudie. Nalysha terkejut kerana Claudie merungut sebegitu.
"Ye wei aku pon penat" Nalysha cuba menenangkan keadaan Claudie. Millicent keluarkan botol air mineral daripada dalam beg lalu memberikannya kepada Claudie.
"Nah" Hulur Millicent.
"Thanks" ucap Claudie lalu memberikan senyuman nipis. Nalysha hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya itu.
Setelah beberapa jam mereka berjalan untuk sampai ke puncak gunung, mereka bertiga menjerit dengan sekuat hati untuk menghilangkan stress. Mereka teruja apabila di atas sini sangat cantik pemandangannya. Ada juga yang ambil gambar dan share di media sosial. Ada juga yang rakam pemandangan.
Setelah penat bergambar, mereka hanya duduk di atas batu sambil memerhatikan suasana nyaman kehijuan itu.
" cantikkan? " Soal Millicent kepada mereka berdua. Nalysha dan Claudie mengangguk laju bersama senyuman kepuasan.
" cantik sangat! " Tutur Claudie teruja. Sumpah, cantik gila pemandangan dekat atas ini. Dari atas nampak bawah, pantai yang berombak. Syoknya!
" tak sia-sia hiking, kan? " Soal Millicent lagi.
" yes! Tak sia-sia aku rasa takut tadi " Tuturan Claudie itu mengundang tawa mereka. Kelakar la rakan mereka yang satu itu.
" Sha?"
Nalysha memandang Millicent. " feeling good? " Soal Millicent.
" good " Senyuman terukir di wajah Nalysha.
" okay, guys! Jom kita mula turun. Takut nanti dah gelap, tak nampak jalan. Haiwan buas pun takut dah keluar malam nanti " Millicent bangun dari atas batu dan menepuk punggungnya beberapa kali, begitu juga dengan Nalysha dan Claudie. Masing-masing membuat perkara yang sama.
" air ada lagi ke Mill? " Soal Claudie.
" ada tiga botol lagi. Jangan risau, cukup " Senyuman manis Millicent tayangkan. Claudie mengangguk.
" dah jom " Nalysha yang menjadi memerhati daripada tadi mula mengajak mereka untuk pulang.
" jom! Till we meet again! " Sebelum mereka bergerak, sempat lagi Claudie menjerit riang sambil melambaikan tangan.
Sementelah itu, mereka bertiga turun dari puncak gunung untuk pulang ke resort. Mereka akan melalui jalan yang mereka lalu tadi mengikut tanda yang telah dibuat oleh Nalysha semasa hiking tadi. Malang tidak berbau apabila penanda yang ditanda oleh Nalysha telah hilang dari tempatnya.
"Oh shit" carut Millicent sambil matanya memandang jam tangan yang berada di pergelangan tangannya. Nalysha dan Claudie memandang ke arah Millicent serentak.
"Eh ape ni main carut-carut" tegur Nalysha. Millicent membuat tanda meminta maaf.
" jam sekarang pukul lima empat puluh lima. Kalau kita cari jalan memang tak akan dapat hari ini " Jelas Millicent yang lebih mahir dalam hiking kerana dia sudah biasa hiking sedari di sekolah menengah lagi.
"Tak apa, kita try cari penanda tadi" Nalysha cuba menenangkan keadaan yang tegang itu. Claudie yang berdiam diri daripada tadi hanya mengangguk.
"Jom" ajak Millicent. Mereka bertiga berpegangan tangan supaya tidak ada seorang pon yang sesat. Ya mereka bertiga sayang diantara satu sama lain seperti keluarga mereka sendiri.
" penanda tu macam ghaib dari tempat yang aku letak tadi " Ujar Nalysha sambil matanya memerhati di sebalik dahan pokok dan juga di tanah. Mustahil penanda itu tadi hilang dari radar.
" angin kot " Claudie membuat andaian sendiri. Nalysha pandang Claudie dengan pandangan tajam, " tali kalau ikat dekat pokok, angin tak akan dapat jatuhkan tali tu"
" macam ada yang cabut tali tu " Tutur Millicent sambil jarinya naik mengelus dagunya.
" you means, orang? " Soal Claudie takut-takut.
" maybe "
" aku nak balik! Umi.. " Rintih Claudie. Millicent letakkan jarinya ke mulutnya menyuruh Claudie senyap.
" senyap, kalau jerit macam tu buat hilang tenaga je. Keep tracking the penanda " Arah Millicent. Claudie berubah senyap. Dia juga turut mencari penanda tersebut.
Hari semakin gelap. Ini membuatkan tiga rakan menjadi semakin gelisah. Tidak mungkin mereka akan jumpa semula penanda itu kerana mereka baru pertama kali jejak kaki dihutan simpan ini.
Claudie berasa takut dan memegang erat tangan Nalysha manakala Millicent cuba mendapatkan signal untuk minta bantuan. Tanpa membuang masa, mereka bertiga meneruskan perjalanan untuk mencari tempat perlindungan kerana hari semakin gelap dan jam menunjukkan pukul enam lima puluh minit petang.
" nak tak nak, kita kena bermalam dekat dalam hutan ni. Kita kena cari tempat berteduh " Ujar Millicent. Itu membuatkan Claudie merasa geram.
" aku dah kata, jangan nak memandai-mandai. Lain kali fikirlah dulu baik buruk dia. Ini tak, main suka hati je. Orang pun tak tahu kita masuk dalam hutan ni " Claudie sudah mula membebel. Laju mulut kecil itu bergerak. Apabila dia berasa geram, automatik mulutnya juga laju membebel.
" Dee, stop membebel. Membazir air liur je " Pesan Millicent.
" benda ni takkan terjadi kalau bukan sebab kau Mill! " Claudie menunding jari ke arah Millicent. Matanya juga tajam menikam anak mata Millicent.
" aku minta maaf. Aku tak patut pentingkan diri. Puas? " Laju Millicent mengungkapkan ayatnya. Matanya juga tajam menikam anak mata Claudie.
" okay guys, chill. Kita datang sini nak bergembira kan? Kita senang sama-sama, susah sama-sama. Kita cari dulu tempat untuk berehat, esok awal-awal pagi kita gerak balik " Nalysha menenangkan rakan-rakannya walaupun dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.Claudie mendengus kasar. Laju kakinya melangkah mengikut mereka yang lain.
" ada rumah " Claudie berhenti, Nalysha dan Millicent juga berhenti.
"Serious lah? Rumah tu usang kot entah apa ada dalam tu." Kata Nalysha tak percaya. Sebuah rumah agam yang besar dan nampak seperti menakutkan.
"Yup serious, nak tak nak kita kena ada tempat perlindungan juga" sampuk Millicent dan mereka melangkah mendekati rumah itu.
"Tapi sebelum tu kau orang kena janji dengan aku, apa pun yang jadi kita tetap selamat " Millicent dan Claudie menganggukkan kepala. Nalysha menghulurkan tangan untuk janji dan dicapai oleh dua orang rakannya.
Nasib menyebelahi mereka apabila mereka membawa bekalan lebih seperti air dan makanan ringan. Peti kecemasan juga mereka tidak lupa untuk bawa. Semuanya sudah di rancang oleb Millicent. Segala barang untuk hiking dia sudah bawa lebih awal.
YOU ARE READING
MIKE
Mystery / ThrillerTiga sekawan yang bercadang untuk bercuti ke sebuah resort bertukar kepada tragedi apabila mereka tersesat di hutan simpan yang berdekatan dengan resort tersebut. Tanpa mereka sedar, rupanya bukan mereka sahaja yang tersesat malah ada lagi tiga oran...