Setiap hentakan kaki yang bergema di atas kepala mereka membuatkan buku roma mereka berdiri tegak. Sudahlah melihat suatu pemandangan yang tidak menyenangkan bagi mata mereka. Susana bilik bawah itu bagaikan sebuah bilik khas tidak ubah seperti bilik mayat tetapi keadaan suasan bilik itu jauh lebih seram berbanding bilik mayat yang biasa.
Di dalam bilik itu terdapat sebuah simen berbentuk meja dan dihiasi dengan jubin kecil. Di setiap penjuru bilik tersebut terdapat dinding yang lusuh dan berbau, agak gila untuk mereka menerima hakikat di kanan dinding bilik itu terdapat badan manusia, lelaki dan perempuan. Mata kail yang sebesar talak tangan orang dewasa dicucuk ke dalam mulut mayat tersebut dan dibiarkan tergantung.
Tiada tingkap dapat dikesan. Millicent, Nalysha dan Claudie sudah bermandi peluh dengan situasi yang berdebar itu. Sudahlah tersesat dalam hutan tapi bagi tiga sekawan itu hal ini dapat diatasi kerana hutan simpanan tidak sebesar mana tapaknya kalau hendak diikutkan. Walaubagaimana pun, Millicent, Nalysha dan Claudie harus berteduh di bawah rumah agam yang tidak berpenghuni itu tidak memutuskan semangat mereka. Tetapi, apabila di hidangkan dengan pemandangan yang 'luar biasa' ini dan tiga lelaki yang tidak dikenali.
Tiga sekawan itu sudah mati akal, tetapi hidup mesti diteruskan. Sesiapa pun yang berada di luar pasti membahayakan.
Nalysha, Claudie dan Millicent berdiri setia di belakang tiga lelaki tersebut.
Lelaki berbadan tegap itu kemudian perasan sesuatu dan segera menutup suis lampu bilik tersebut. "semua diam, pergi nyorok dekat tepi pintu" bisiknya, cukup untuk semua dengar.
Gelap dan suram, bilik itu tidak ubah seperti suasan bilik mayat. Dalam kegelapan itu, Nalysha, Claudie dan Millicent bergerak serentak di tepi kanan pintu. Bilik tersebut disediakan tangga untuk menuju ke bawah tanah iaitu ke bilik itu seperti satu lorong tangga.
Manakala, lelaki-lelaki misteri tersebut pergi ke kiri pintu.
"aku takut setan, ya Allah, aku nak balik" bisik Claudie dalam bisikannya.
"shh" tepis suara lelaki dalam kegelapan tersebut.
Millicent berada di bahagian paling dekat dengan pintu manakala Claudie berada di tengah dan Nalysha berada di belakang.
Nafas Nalysha semakin kuat akibat berdebar. Nalysha tahu meskioun rumah ini kelihatan udang tetapi ia dijaga kalau nak diikutkan. Apa pun bilik yang mereka berada ini pun cukup untuk menjelaskan rumah ini berpenghuni dan tuan rumah pasti tidak berasa tenang dengan tetamu tak diundang.
Cahaya berbentuk pintu menyinari lantai kotor bilik itu, kemudian ia menunjukkan figura seorang dewasa berbadan besar. Figura orang itu semakin lama semakin besar menunjukkan dia sedang menurun ke bawah tanah.
Setiap hentakan kakinya bagaikan saat kematian. Empunya badan pastinya tidak mesra dengan kehadiran mereka. Itu sudah pasti. Ruang bilik itu masih diselumbungi kegelapan agak susah untuk melihat tetapi tubuh badan empunya rumah itu cukup besar untuk melihat pergerakkannya.
Nalysha, Claudie dan Millicent diam seribu bahasa. Salah cakap ataupun sedikit bunyi mungkin dapat menarik perhatian tuan rumah itu dan tiada sesiapa yang tahu apa yang akan jadi.
Kemudian dengan tidak sengaja, Nalysha terlanggar sebuah besi yang tergantung di sudut ruang mereka bersembunyi itu. "Mama" bisik Nalysha terkejut.
Jantung mereka berhenti berdegup buat seketika bila empunya badan besar itu terus menghadap ke arah tiga sekawan itu. Hembusan nafasnya yang pastu tidak menyenangkan hati bergema di bilik itu. Seketika bagaikan setahun, pandangan empunya badan besar itu menatap ke arah Millicent, Nalysha dan Claudie yang bersembunyi ke arah kegelapan. Kemudian, dia mula berlari ke arah tiga sekawan itu.
YOU ARE READING
MIKE
Mystery / ThrillerTiga sekawan yang bercadang untuk bercuti ke sebuah resort bertukar kepada tragedi apabila mereka tersesat di hutan simpan yang berdekatan dengan resort tersebut. Tanpa mereka sedar, rupanya bukan mereka sahaja yang tersesat malah ada lagi tiga oran...