CLAUDIE POV
DIA meronta-ronta ingin melepaskan diri daripada pegangan tangan kasar lelaki. Mulutnya yang ditekup menyukarkan untuk dia bersuara meminta tolong. Seketika kemudian, tubuhnya didudukkan di atas lantai. Keadaan yang gelap menyukarkan dia untuk melihat sekeliling. Tangisannya yang kuat tadi, kini kian reda.
" kau tak payah takut la " Suara lelaki menjamah cuping telinganya. Terbeliak mata Claudie apabila mendengar suara yang kedengaran garau dan sedikit serak itu.
" ka-- kau siapa? " Bergetar suara Claudie. Tangannya dilibaskan ke kanan dan ke kiri untuk memukul gerangan yang membuatkan dirinya takut.
Tiba-tiba keadaan yang gelap gelita itu terang dengan suluhan lampu daripada telefon pintar yang pasti bukan telefon pintar milik Claudie. Claudie terpinga-pinga sebelum dia menekup mulutnya.
" nasib baik! " Ucap Claudie sebelum dia merangkak mendekati lelaki itu tadi. Perlahan-lahan dia duduk di sebelah lelaki yang badannya kurus tetapi dadanya berbidang luas itu.
" kau ni kenapa? " Soal lelaki itu sambil lampunya di suluhkan pada gadis itu.
" aku takut.. nasib baik kau ada. Tadi kau ke yang tarik aku? "
" hm-- " Hanya itu balasan daripada lelaki tersebut. Claudie memandang sekeliling sebelum dia menyedari sesuatu.
" mana kawan-kawan aku? Kawan kau?! " Claudie masih lagi seperti tadi, bertindak agresif apabila melihat rakannya yang lain tiada.
Kedengaran lelaki tersebut menghela nafas berat.
" kawan aku dengan kawan kau kot. Kau jangan risau la " Ujar lelaki itu sambil menutup lampu di telefon pintarnya. Terkejut Claudie apabila kawasan itu menjadi gelap kembali.
" asal kau tutup lampu tu?! "
" shh-- Nanti cannibal tu nampak cahaya dalam bilik ni "
" kita still ada dalam rumah ni lagi ke? " Soal Claudie. Nampak jelas pada wajahnya yang kerisauan.
" ada " Jawab lelaki itu sepatah.
" kenapa kau suka jawab sepatah-sepatah? Ada emas ke dalam mulut kau tu? Lepastu kan apa nama kau? Aku tak tahu pun nama kau " Mulut kecil Claudie laju bertanya banyak soalan kepada lelaki itu. Walaupun gelap, bukan penghalang untuk dia berceloteh. Pot-pet dan dirinya sudah sebati bersama sejak dahulu lagi.
" panggil je aku Ivan. Kenapa aku jawab sepatah-sepatah? Sebab mulut kau tu banyak sangat berceloteh. Nanti kalau pot-pet bergabung dengan pot-pet, meletup kebaboom kena makan dengan cannibal tu. So lebih baik aku jawab sepatah je " Jawab lelaki itu lalu menjeling Claudie.
" dia tak perasan yang dia tu bebel jugak " Gumam Claudie perlahan.
" apa? " Dingin. Tiada nada.
Claudie tersengih sebelum, " tak ada apa-apa la. Aku bebel je tadi "
Ivan tidak mengendahkan gadis kecil itu lagi. Mulut kecil, tapi macam mulut murai! Ivan sibuk memeriksa backpacknya.
" nah " Ivan menghulurkan sebotol air kepada Claudie. Claudie mengambil dengan laju lalu membukanya dan meneguk air dengan rakus.
" gelojohnya " Tawa kecil Ivan membuatkan Claudie tersengih. Comel pula lelaki ini bila ketawa.
" haus sangat la. Air aku dah habis " Jawab Claudie sebelum botol air itu disumbatkan ke dalam backpacknya. Telefon pintar yang berada di dalam poker seluarnya dikeluarkan dan jarinya menggesek skrin itu namun telefonnya tidak menyala.
YOU ARE READING
MIKE
Mystery / ThrillerTiga sekawan yang bercadang untuk bercuti ke sebuah resort bertukar kepada tragedi apabila mereka tersesat di hutan simpan yang berdekatan dengan resort tersebut. Tanpa mereka sedar, rupanya bukan mereka sahaja yang tersesat malah ada lagi tiga oran...