3 | I hate you!

895 36 3
                                    

"Find your partner and do the assignment with your partner. Submit it by next week," kata Madam Hani yang mengajar subjek pathology. Kami hanya mengiyakan.

"Din partner dengan Fikri, aku partner dengan Troy." Tanpa sebarang amaran, Evan terus memutuskan kata. Aku memandangnya tak puas hati. Asal dia nak partner dengan aku pulak?

"Why? Ada bantahan?" Evan mengesan pandanganku. Cepat-cepat aku menggelengkan kepala.

"Din dengan Fikri bukan nak partner dengan kau pun. Kalau taknak partner dengan aku habis kau nak partner dengan perempuan?"

"Aku tak kata apa pun," ujarku. Evan terdiam.

"Dah jom pergi pustaka nak cari buku rujukan," dia terus berdiri dan berlalu keluar daripada kelas. Aku hanya mengeluh kecil sebelum turut berlalu.

"Din, Fik, aku gerak dengan Evan dulu." Aku meminta diri, mereka hanya menganggukkan kepala.

Aku bergerak ke arah perpustakaan, tapi tak nampak kelibat Evan langsung. Laju gila jalan ke dia teleport. Aku tercari-cari gerangan Evan di setiap sudut rak.

"Here, idiot!" Terasa baju aku ditarik oleh seseorang.

"Lepaslah," kataku geram. Aku membetulkan pakaikanku selepas ditarik kuat oleh lelaki mental ni.

"Nah, ni semua textbook pathology. Aku dah tolong kau cari. Then, do your work properly." Evan terus menyumbatkan earphone wireless ke dalam telinganya sebelum meletak kepala di atas meja. Aku hanya mampu melepaskan nafas kasar.

Bukan apa, aku taknak cari gaduh. Dah biasa mengalah. Takpe, aku OK je.

Tepat pukul 6 petang, aku mengejutkan Evan untuk balik ke blok. Sebelum itu aku meminjam buku-buku yang penting untuk rujukan. Kami pun berjalan balik ke blok kediaman.

"Kau nak pergi mana?" Soal Evan apabila melihat aku ingin menuju ke arah blok J.

"Nak balik bilik aku lah. Tak kan nak ke bilik kau pula." Aku menjawab sarkastik.

"Yes, ikut aku balik bilik. Kau kena siapkan assignment tu hari ni juga. Aku tau kau nak tidur je kerja kalau balik bilik kau." Aku kehilangan kata. Aku rasa aku boleh patahkan leher mamat ni memandangkan aku pernah ikut latihan taekwondo masa sekolah rendah.

"Hello.."

"Jangan banyak songeh." Dia terus menarik lengan aku kasar ke arah bangunan blok K.

"Kau ni dah kenapa?" Marahku namun tidak diendahkan. Sampai di bilik Evan, Evan terus menyuruh aku menyambung tugasan manakala dia sedap-sedap mendarat atas katilnya bermain game.

Aku tarik nafas, lepas tu hembus. Cuba bersabar memandangkan akulah manusia yang paling sabar dalam dunia ni.

Aku memasang lagu dengan volume yang kecil sebelum kembali membuka buku pathology yang dipinjam daripada perpustakaan. Entah berapa lama aku menelaah sehingga tak sedar jam bergerak.

Tak sedar bila aku terlentok atas meja belajar Evan dan tertidur.

Aku membuka mata, terasa sengal di bahagian leher kerana tidur terlentok di atas meja. Jam di pergelangan menunjukkan pukul 3 pagi. Aku memandang ke atas katil Evan. Entah mana manusia itu pergi? Roommate dia pun takde.

Kenapalah budak mental tu tak kejutkan aku? Aku mengemas barang-barangku sebelum kembali ke bilik.

•••

Minggu kedua, second intake pula masuk. 6 orang pelajar baru second intake dalam kelas aku dan hanya seorang lelaki tertambah. Lelaki kan suka bersosial, mana ada yang suka kerja dalam makmal. Overall, kelas aku ada 24 pelajar tak macam kelas lain yang sampai 40 pelajar. Pelajar fakulti kitorang je sikit.

Malam itu kelas ganti untuk subjek human anatomy. Sir Carl busy katanya di siang hari tadi kerana dia ada kerja bedah siasat juga untuk post-mortem dekat hospital.

"Weh, assignment patho dah siap kan esok nak submit." Entah dari mana Evan muncul ketika aku dalam perjalanan ke kelas seorang diri.

"Ye. Jangan bercakap dengan aku." Kataku dan terus berjalan meninggalkan Evan. Perasaan geram masih berbekas dalam hati. Selama seminggu tu, Evan je boleh tidur aku pula kena cari segala maklumat nak siapkan assignment tu.

"Wow, kau makin sombong eh."

"Suka hati aku lah." Baju aku ditarik dari belakang membuatkan langkahku terhenti.

"Apa masalah kau ni?" Marahku.

"Masalah aku?" Evan mengangkat kening tajam. Bahu aku disentuh.

"Aku tak suka kau, tau tak aku benci setiap kali tengok muka kau?" Aku terdiam. Bahu aku digenggamnya lebih erat membuatkan bahu kiriku terasa sedikit pedih. Aku mengerutkan dahi namun tidak berbuat apa-apa.

"Ingat tu."

Evan menolak aku kuat sebelum meninggalkan aku. Apa masalah dia ni?

_____

Aku pernah ada crush dengan sorang laki satu asrama dengan aku. Aku pergi mesej dia, pastu dia block. Straight people straight to the point.

SKY WITHOUT CLOUD (BL)Where stories live. Discover now