1 | New life, new beginning

2.5K 41 6
                                    

This story dedicated to the person who hate me so much but I can't unlove you.
-Troy

_____

Selepas mendaftarkan diri dan diberi kunci bilik, aku bergegas mencari bilik tersebut. Ibu dengan ayah dah balik lepas hantar aku tadi.

Aku melihat nombor bilik yang tertera pada kunci bilik. J4-2/2. Maksudnya blok J aras empat. Tinggi bai...

Sampai di bilik, aku terus mengemas barang-barang ke dalam almari yang disediakan. Sebilik kongsi dua orang je. Roommate aku belum sampai lagi.

Selesai mengemas, aku merehatkan diri di atas katil melepaskan lelah. Semalam naik flight dari Sabah ke Terengganu. Tak faham betul macam mana aku boleh sesat kat negeri orang ni. Ingat nak sambung IPT dekat Sabah je tapi rezeki kat negeri orang.

Hampir terlelap apabila aku mendengar pengumuman daripada pembesar suara.

"Semua pelajar baru diminta bersedia untuk turun berkumpul di depan blok masing-masing pada pukul 2 petang nanti."

Aku melihat jam di pergelangan. Ada beberapa minit lagi. Roommate aku takde ke? Soal aku sendiri apabila melihat katil sebelah masih kosong.

Aku keluar dari bilik menuju ke tandas.

"Hai, awak dari mana?" Seseorang menyapa aku ketika aku sedang mencuci muka.

"Sabah." Jawab aku ringkas. "Kau?" Soalku kembali. Aku bukanlah mesra alam sekitar tapi takdelah sombong juga.

"Oh. Aku Kedah." Balasnya. Selepas itu kami bertukar nama dan itulah pertanyaan yang paling kerap diterima setiap kali ada yang menyapa aku.

Petang itu, takde pun aktiviti yang menarik. Kebanyakkannya semua pelajar baru berkumpul dalam dewan dengar taklimat. Minggu MMS lah katakan. Minggu Mesra Siswa. Dahlah dewan tu sejuk nakmampus. Aku yang tak berlemak sangat ni habis menggeletar.

"Yow brother!" Aku berpaling ke arah gerangan yang menyapa. Semua pelajar sedang menikmati makan petang ketika itu. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Sombong bai..." wah, belum kenal lagi dah mengata. Aku meneruskan suapan ke mulut.

"Nama apa?" Soal lelaki itu lagi.

"Troy.."

"Troye Sivan! Nama aku John." Aku mengangguk lagi. Oleh kerana aku tak melayan sangat kata John. John pun kembali ke tempat kawan-kawannya. Untungnya first day dah ada kawan. Aku? Susah sangat nak buat kawan.

Malamnya mendengar taklimat juga. Aku yang kebosanan membuka aplikasi twitter.

"Dari mana?" Soal kawan yang duduk di sebelahku. Aku berpaling untuk memastikan sama ada dia bertanya kepadaku atau pelajar yang duduk di sebelahnya lagi. Apabila melihat mata lelaki itu memandang ke arahku, aku segera menjawab.

"Sabah. Kau?"

"Pahang. Kau duk blok mana?"

"J."

"Sama ah. Aras berapa?"

Kami senyap sebentar apabila seorang pengawas lalu di tepi kami. "Empat, rumah 2." Sambungku kemudian.

"Sama! Eh, nama kau apa?"

"Troy.."

"Aku Fath." Fath tersenyum sambil membetulkan kaca mata yang dipakainya. Tiba-tiba terasa bahuku diusik dari belakang. Aku berpaling. John sedang tersenyum sambil melambaikan tangannya sebagai tanda 'hai'. Aku hanya tersenyum kecil sebelum memandang ke hadapan semula.

"Troy!" Satu suara menyergah. Bersamaan dengan itu, satu tangan menyangkut di atas bahuku. Aku hanya meneruskan langkah untuk balik ke blok. Dah hampir pukul 12 malam, mata aku dah berat.

"Layanlah aku, aku ikhlas tau nak berkawan dengan kau. Kau dahlah lonely." Aku memandang ke arahnya tajam. Suka hati je panggil orang lonely. Salah ke jadi lone ranger?

"Lepastu ada aku buat papan tanda 'need someone' ke dekat dahi?" Soalku dengan nada sarkastik.

"Takpe, aku teman kau balik bilik." Malas aku bersoal-jawab jadi aku hanya membiarkannya mengikuti langkahku. Fath tadi keluar sama-sama daripada dewan tiba-tiba hilang entah di mana.

"Dah, kau boleh balik bilik kau." Halauku sebaik sampai di depan rumah nombor 2.

"Hmm, tak ajak masuk pun. Orang dah hantar sampai sini. By the way, bilik aku dekat aras bawah. Dekat je kalau nak lawat." John tersenyum lebar.

"Okay nanti aku lawat kau," balasku tanpa memaksudkannya.

"Alright, janji tau. Jumpa esok. Bye. Good night. Take care..." John mencubit pipiku, terkejut aku dibuatnya terasa ringan tangan untuk menampar mukanya yang tak berapa nak handsome tu. Hmm, boleh lah ada rupa.

Aku terus masuk ke bilik, memberus gigi dan tidur.

Bunyi siren memenuhi kolej kediaman. Aku mengesat mata dan cuba melihat jam. Baru pukul 5a.m. Pelajar muslim dikejutkan untuk menunaikan solat subuh. Aku non-muslim so aku sambung tidur.

Pukul 7 pagi kemudian baru aku turun sebab ada senaman pagi. Ahh, malas gila.

"Jom!" Ajak Fath, kami sama-sama menuruni tangga.

"Morning, Troy." Aku bertembung dengan John semasa dalam perjalanan ke dataran. "Morning.." jawab aku ringkas.

Dan begitulah kehidupan baru aku selama 3 hari orientasi.

Hari kedua pendaftaran fakulti dengan pembahagian baju korporat semua. Aku bahagian Fakulti Sains Kesihatan. Oh, aku ambil kursus medical lab. Tak pernah tau sebelum ni tapi lepas dapat keputusan UPU baru search benda tu. Huhu..

Hari ketiga petangnya, ada larian kecergasan pula. Aku paling malas berlari tapi terpaksa juga pusing satu kolej bersama-sama yang lain.

Malamnya pula ada persembahan kebudayaan, ramai gila pelajar baru yang berbakat. Rasa rendah diri pula di dunia ni. Sebab aku hanyalah seorang introvert yang suka mood swings. Kenapa? Nanti tau lah tu.

Akhir sekali perasmian penutupan dan akhirnya aku bebas dengan aktiviti pembelajaran pula.

Mahu tak mahu aku kena survive juga 2 tahun ni dengan last year practical dekat hospital nanti. Fuh, kedengaran agak membosankan. Sebelum tidur, aku mendengar lagu 'Falling,' lagu Harry Style, untuk melayan perasaan sebelum masuk ke alam mimpi.

_____

Aku cuba untuk comeback dalam bidang penulisan dekat wattpad ni setelah hampir 2 tahun berhenti di tengah jalan.

SKY WITHOUT CLOUD (BL)Where stories live. Discover now