12 | Home with devil

647 29 7
                                    

Aku memandang sayu ke arah Evan yang sudah bersiap-siap untuk balik. Aku stay dekat sini je sebab cuti midterm ni seminggu je. Tapi seminggu pun mesti lama juga tanpa Evan ;(

"Sorry baby, aku nak bawa kau balik sama tapi keadaan aku tak mengizinkan." Evan mendekati aku dan duduk di sebelahku. Tanganku disentuh.

"Takpe lah, aku ok je." Tipulah, aku tak ok sebenarnya. Aku nak ikut dia balik, huwa! Rasa nak nangis je. Tapi takpelah.

Dia menarik aku ke dalam pelukannya, kepala aku diletakkan di atas bahunya.

"I'm sorry for leaving you alone here." Dia mengusap rambutku perlahan lalu mengucup dahiku.

"Jaga diri baik-baik, jangan jumpa laki lain." Aku memgangkat wajahku, bibirnya aku cium sesaat sebelum membalas pelukannya erat.

"Alah, manja betullah dia ni." Dia memegang daguku dan membelainya.

Beberapa minit kemudian, aku pun menghantar Evan ke keretanya. Aku melambai sampai keretanya hilang dari pandangan. Aku kembali ke bilik dengan longlai. Baru berpisah seminggu aku dah tak boleh terima, inikan pula berpisah dengannya lebih lama. Oh, no! Tak boleh nak bayang seksa rindu nanti.

Aku masuk ke bilik dan terus naik ke atas katil, mahu melelapkan mata seketika. Berat sungguh rasa hati ketika itu. Lama aku terlelap. Aku terjaga apabila John datang ke bilik itu dan mengejutkan aku untuk makan.

•••

Evan's POV

Sedih aku meninggalkan Troy seorang diri di kolej. Baru beberapa minit berpisah sudah rasa rindu yang memukul.

Aku memarkirkan kereta di perkarangan sebuah rumah agam. Aku turun dan terus memasuki rumah tersebut.

"Nek?" Aku memanggil nenek yang berada di ruang tamu ketika itu. Nenek mendekati aku dengan wajah yang teruja. Aku memeluknya kejap. Aku ada mesej nenek semalam yang aku akan balik hari ni.

"Nenek sihat?" Soalku.

"Sihat je, pergilah simpan barang kamu lepas tu turun makan nenek dah masakkan tadi." Kata nenek.

"Nek.." panggilku perlahan. Kami duduk di atas sofa.

"Evan nak balik kolej awal sikit tau."

"Kenapa pula?"

"Evan rindu dengan buah hati Evan."

"Lah, dah ada makwe kamu Evan."

"Dia laki," nenek terdiam.

"Nenek boleh terima tak? Evan nak bawa dia balik sini tapi takut 'lelaki' tu serang dia pulak. Evan taknak sesiapa sakitkan dia. Evan harap nenek dapat terima semua ni. Evan tak boleh hidup tanpa dia," aku mencapai tangan nenek. Nenek mengusap kepalaku perlahan.

"Nenek ok je, jangan risaulah. Ikut Evanlah asalkan Evan gembira tu dah cukup buat nenek senang hati juga. Nenek tahu dah banyak penderitaan yang Evan rasakan," balas nenek membuatkan aku merasa lega. Nenek je yang masih memahami aku sampai sekarang.

"Thank you nek," aku memeluknya sekali lagi. Kemudian aku meminta diri untuk naik ke bilikku.

Aku merenung gambar kami sekeluarga yang terletak di atas meja tepi katil. Kedua ibu bapa aku dengan aku dan adik aku yang masih kecil. Gambar itu aku masih simpan sebagai tanda yang aku pernah ada family kat dunia ni. Aku merebahkan diri ke atas katilku.

Aku mendail nombor Troy beberapa kali tapi tidak berjawab. Apalah budak ni buat. Lalu, aku menghantar mesej.

Buat apa ni?
Dah makan?
Jaga diri tau😙

Aku perasan gambar profil Troy juga dah berubah. Aku tersenyum apabila Troy juga meletakkan gambar kami berdua di situ. Aku meletakkan telefon itu ke dada.

Aku berpusing dan memeluk bantal peluk di situ membayangkan itu adalah Troy. Tak sedar bila aku terlelap.

Apabila aku terjaga, tekak aku terasa kering. Aku turun ke tingkat bawah menuju ke dapur. Aku melihat seorang wanita tidak dikenali yang masih muda berada di situ. Malas aku melayan kerana itu pasti pasangan tidur 'lelaki' yang menyebabkan aku lahir ke dunia ni.

"Kau Evan?" Wanita itu mengisi secawan gelas dengan jus, lalu menghirupnya dengan penuh bergaya. Aku hanya mengangguk dan berlalu ke peti ais mencari minuman untuk melegakan tekak. Setelah itu, aku berlalu dari situ.

"Sayang.." suara seorang lelaki kedengaran. Aku bertembung dengan lelaki itu. Aku memandangnya tajam.

"Boleh tak kau nak puaskan nafsu pergilah dekat hotel. Ni rumah nenek, bukan rumah kau." Kata aku tanpa sedikitpun rasa takut. Lelaki itu membalas pandanganku dan terus mencekak leherku.

"Kau jangan nak sibuk boleh tak. Kau boleh pergi mampus sana!" Badan aku ditolak kuat. Aku merengus.

"Kau tu bukan muda juga, entah-entah esok lusa mati dah." Satu tumbukan menerjah pipiku membuatkan aku jatuh ke atas lantai. Lelaki itu naik di atasku dan menumbuk mukaku beberapa kali.

"ZASH!!APA KAU BUAT NI?" Nenek menolak lelaki itu menjauhi aku. Nenek memapah aku pergi dari situ dan mengubati bibir aku yang pecah dan lebam-lebam di muka aku.

Aku dah biasa kena pukul dengan lelaki itu. Aku semakin membesar dulu semakin benci dengan lelaki itu. Aku tau lelaki itu juga panas baran dan selalu memukul ibu sebab itu juga mereka berpisah. Luka-luka di badan aku juga semua lelaki itu yang buat.

"Ok tak ni?" Nenek menyentuh wajahku penuh kasihan, aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.

"Ok je, dah biasa." Nenek mengeluh kecil.

Sometimes having a good family is the one reason what makes us the luckiest and richest person in this world, kan?

SKY WITHOUT CLOUD (BL)Where stories live. Discover now