5 | Tell me what am I

761 31 2
                                    

Akhirnya lab coat kitorang siap juga. Jadi, setiap hari isnin dan selasa kitorang akan masuk makmal untuk buat hands-on.

Awal pagi lagi seawal pukul 7 dah turun dekat foyer untuk tunggu bas yang membawa kami ke Kampus Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang terletak 30 minit dari kolej utama.

Sementara menunggu bas, aku mendengar lagu melalui earphone sambil scroll twitter. Tiba-tiba Evan melintas di hadapan. Cepat-cepat aku menunduk agar kami tidak bertentang mata. Dah beberapa hari sejak kejadian 'itu' berlaku dan aku tak layan dia sangat. Lagipun busy dengan kelas jadi kami kurang bertegur walaupun sapaan kami dalam versi kasar.

Sampai saja bas, aku terus naik dan mengambil tempat duduk tepi tingkap barisan kedua dari depan. Mata aku pejam rapat dan tidak mengendahkan siapa yang duduk di sebelahku.

"Din, nak swap tempat duduk tak?" Kedengaran sayup-sayup suara Evan kerana bunyi daripada corong earphone yang aku pakai.

Aku mengelipkan mata. Din yang duduk sebelah aku tadi sudah pindah tempat duduk diganti dengan Evan yang berwajah bersahaja. Aku kembali mengatupkan mata.

"Jangan perasaan aku suka duduk dengan kau. Aku tak suka duduk seat paling belakang." Katanya namun aku tidak membalas.

Tiba-tiba earphone di sebelah kanan aku dicabutnya dan terus dicucuk ke dalam telinga kirinya. Aku memandangnya kejap.

"Kau takde earphone sendiri ke?" Soalku. Dia ni kalau tak sakitkan hati aku memang tak valid. Entah apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku.

Evan tidak membalas dan terus memejamkan matanya rapat. Aku mengeluh kecil.

Sepanjang perjalanan aku tidak mampu terlelap sedikitpun. Kepala Evan asyik terlentok ke atas bahuku, dan setiap kali itu juga aku menolak kepalanya jauh. Ambil masa setengah jam juga nak sampai.

Evan tiba-tiba mencapai tanganku. "Jangan tinggalkan aku.. jangan.."

Aku memandangnya, dia bercakap dalam tidur. Dapat mimpi apalah gitu. Kena tinggal kekasih ke apa? Dahi Evan berkerut-kerut. Mataku ralit memandang Evan yang seperti gusar itu. Wajahnya bersih, kening, mata, hidung semua cantik terbentuk, bibirnya... aku mengetap bibir sendiri.

Ahh, aku dah kenapa ni? Kenapa aku perlu rasa macam ni? Tiba-tiba aku jadi tak keruan.

"Evan.." aku mengejutkannya. Evan membuka matanya, dia terpandang akan tangan kami yang masih berpegangan.

"Apasal kau pegang tangan aku?" Lantas ditariknya kuat. "Kau saja nak ambik kesempatan kan?" Evan memandangku tajam.

"Kita dah sampai, cepatlah turun." Aku memberitahunya. Evan merengus dan terus berdiri untuk keluar dari bas.

Wah dia yang pegang tangan aku merayu jangan tinggalkan dia bagai, kenapa aku pulak yang dipersalahkan. Aku memandang tanganku yang dipegangnya tadi sebelum bangkit berdiri. Apa-apa je lah mamat mental ni.

•••

Malam khamis, John mengajak aku pergi tengok wayang. Aku nak kata malas tapi dia dah beli tiket untuk aku sekali. Tapi bukan kami berdua saja, ada 3 lagi kawan dia yang lain bersama. Nasib baik esok weekend.

"Nah," John menyerahkan aku bekas berisi popcorn dan minuman. Aku menyambutnya dengan ucapan terima kasih.

Kami pun masuk ke panggung wayang lepas scan barcode di gate masuk. Entah kenapa diorang nak sangat tengok cerita horror malam-malam ni.

"Kalau kau takut, aku ada." John mengenyitkan matanya. Aku menumbuk bahunya.

"Mampus aku tak boleh tidur malam ni."

John mengeluarkan telefonnya dan mengambil selfie bersama, tak sempat aku nak elak.

"Kalau tak dapat gambar sama dengan kau secara halus, gini pun boleh."

"Apa-apalah.."

3 orang lagi kawan John duduk di seat depan kami.

"Tak sangka pulak kat sini pun jumpa kau juga," suara di sebelah kiri tempat dudukku kedengaran. Aku pantas berpaling cuba mengesahkan suara yang aku kenali itu. Lelaki itu melabuhkan duduknya bersama rakannya yang lain.

"Eh, kau stalk aku ke apa?" Psycho juga mamat ni, dia memang dah rancang nak hantui hidup aku ke apa ni? Evan memandang aku seketika.

"Takde masa aku. Entah-entah kau yang stalk aku sebab kau dah start suka aku? I know someone like you will never enough with one person," ucapnya sinis. Dia mengarahkan matanya ke arah John dan aku silih beranti. Aku terpana, ini dah melampau ni.

"Troy, jom tukar tempat duduk." John mencelah melihat suasana di situ yang semakin menghangat. Aku menunduk sikit malu dengan orang-orang yang mendengar perkataan Evan tadi.

Perlu ke dia cakap macam tu depan kawan-kawan dia?

"Takpe," aku menggelengkan kepala kepada John. Risau pula mereka bergaduh dekat situ. Aku kembali memandang ke depan, cuba membayangkan manusia yang duduk di sebelah adalah bukan Evan yang suka menyakitkan hati orang.

There is someone who cares me unconditional, like John. But for sure, I don't have any such feeling toward him. He is just like a good friend to me.

SKY WITHOUT CLOUD (BL)Where stories live. Discover now