Selepas makan malam, kami berkumpul mengelilingi sebuah unggun api yang dimarakkan sambil mendengar perkongsian daripada sesiapa yang ingin berkongsi cerita.
Telefon aku bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Aku memeriksa si penghantar, Evan.
Ada mana?
Kat sini lah.
Gelaplah.
Later jumpa aku before
masuk tidur.
OK😙Haha, OK!
Setelah dibenarkan untuk balik ke bilik masing-masing. Aku bergegas mencari kelibat Evan. Aku memasukkan tangan ke dalam kocek sweater, agak dingin suasana di situ boleh sampai ke tulang.
"Kenapa?" Soalku sebaik menemui Evan. Sekarang masa untuk semua pelajar masuk tidur dan tidak dibenarkan untuk berkeliaran di luar. Akan ada pengawas yang berkawal sepanjang malam.
"Jom, ikut jap." Evan menarik lengan aku.
"Kenapa nak masuk hutan?"
"Tak, aku tahu satu tempat yang strategik nak lepak jap sambil tengok langit." Kami memanjat sedikit sebelum sampai di tempat yang dikatakan oleh Evan. Kami hanya menggunakan cahaya daripada skrin telefon, takut ada pengawas yang perasan.
Ada satu kayu mati yang menjadi tempat labuhan punggung kami, kami duduk bersama di situ.
Evan terus memeluk aku dan merebahkan kepalanya ke atas bahu kiriku. Aku membalas pelukkannya sambil mengusap rambutnya yang lembut.
"Do you love me?" Soalnya. Aku mengumpul kata-kata sebelum bersuara.
"Urm, yeah. You are my favorite person and my feeling is getting deeper for you. I'll never be able to unlove you. I don't want you to disappear like the nightfalls when the new day comes. I want you to stay beside me for a long time," kataku sedikit sayu. Evan menggerakkan kepalanya untuk memandang aku.
"I will never leave you, trust me ok?" Aku tidak tahu untuk menjawab soalan Evan yang satu itu. Kami memandang ke arah langit yang ditaburkan bintang-bintang malam.
"Langit tanpa bintang, mesti langit sunyi. Begitu juga langit tanpa awan," Evan mencari tangan aku dan dikucupnya beberapa kali. Perasaan aku usah dikata ketika itu. Kalau boleh aku ingin membekukan setiap momen kami bersama dan tidak mahu ia berakhir.
"Dah, jomlah balik khemah. Nanti diorang datang check perasan pula yang kita menghilang." Kami berdiri dan bergerak menuju ke tapak perkhemahan semula.
Tiba-tiba satu cahaya lampu menyuluh ke arah kami.
"Syafi?" Panggilku. Syafi mendekati kami.
"Kau pergilah balik tempat kau, aku boleh balik sendiri." Suruhku kepada Evan. Evan hanya mengangguk, matanya tajam memandang ke arah Syafi.
"Syafi nak gi mana?" Soalku kepada Syafi, kami beriringan ke tempat khemah kami.
"Aku nak cari kau tadi sebab tak balik-balik. Takut kena check pula nanti," kami masuk ke dalam khemah. Dua lagi ahli khemah kami sudah terlena. Aku terus membaringkan diri di hujung sekali manakala Syafi baring di sebelahku.
"Good night," ucap Syafi. Aku membalasnya ringkas sebelum melelapkan mata.
•••
Esoknya, banyak juga aktiviti yang diadakan. Mendaki bukit, flying fox, memanjat batu semua itu.
"Masuk tak apa-apa aktiviti lasak hari ni?" Soal Syafi di sebalahku.
"Entahlah, rasa macam nak try flying fox. Aku pernah buat sekali masa sekolah menengah haritu." Balasku.
"Hah jomlah join sekali," kami pun bergerak sama ke tempat pendaftaran.
Petangnya, ada game jadi semua kena main. Penatlah juga tapi boleh nak release tension jap. Sukar untuk bersama dengan Evan sebab selalu kumpulan lain-lain.
Malam terakhir, ada persembahan dan penyampaian hadiah bagi yang menang game.
"Sayang.." suara yang meleret tiba-tiba kedengaran di belakangku. Aku pantas berpaling dan memandang tajam ke arahnya.
"Penat ke?" Evan membelek aku sekejap, aku menepis tangannya.
"Janganlah, ramai orang kat sini." Evan kemudian meminta bantuan seorang pelajar untuk mengambil gambar Evan dengan aku.
"Thanks," ucapku kepada pelajar lelaki itu. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Aku memandang ke arah skrin telefon Evan yang memaparkan gambar aku dan dia tadi. Haha jauhnya beza, lelaki hensem berdiri sebelah aku yang terlalu kentang ini.
"Comelnya," Evan mengusap gambarku.
"Comel apanya, buruk kot."
"Mana ada buruk," Evan membuka whatsapp dan menukar gambar profilnya yang kosong dengan gambar kami berdua tadi.
"Sweet tak?" Dia memandang aku.
"Apa-apa je lah."
"Kau pun patut letak gambar yang sama. Jealous ni dengan kucing tu sebab jadi gambar profil kau. Hmm..."
"Kucing pun nak jealous ke? Takpe kau lagi hensem dari kucing tu," aku mengusiknnya.
"Amboi.." Dia tersenyum menyerlahkan lagi kekacakkannya. Haha! Aku dah balik-balik cair dengan senyumannya yang manis itu.
Masa seperti bergerak terlalu pantas setiap kali aku bersamanya. Esoknya, kami kembali ke kolej. Minggu depan pula dah midterm break.
YOU ARE READING
SKY WITHOUT CLOUD (BL)
Historia Corta[Completed] Started: 19052020;0100am Ended: 24052020;0228am