18 | For you, from me

912 44 21
                                    

FINAL

Emosi aku dah teruk kerana sampai ke saat itu, tiada langsung khabar daripada Evan. Rasa nak terbang ke Terengganu saat itu juga. Aku hanya termenung sepanjang hari.

Ibu dengan ayah yang perasan dengan perubahan aku, menyewa doktor peribadi untuk mengenal pasti masalah aku.

"Troy, nak share something with me? It will be between us," Doktor itu bersuara. Aku menggelengkan kepala.

"Aku tak sakit, so takde apa nak cakap." Balasku lalu masuk ke bilikku dan menguncinya. Aku duduk memeluk lutut di atas lantai sambil menyandar pada sisi katil.

Kenapa dia off telefon lama sangat? Adakah dia sudah bosan melayan aku setiap hari? Apa salah aku sampai dia tinggalkan aku macam ni?

Aku tidak dapat membendung air mata aku dan terus menangis teresak-esak. Pintu bilik diketuk.

Aku mencapai telefon dan cuba menghubungi John.

"John.." kataku dengan serak sebaik talian bersambung.

"Troy, kenapa ni? Are you okay?" Soal John penuh kerisauan.

"Boleh tak kau hubungi Evan. Aku tak dapat hubungi dia. Dah lebih 10 hari dia hilang macam tu je. Dia dah tinggalkan aku John," kataku dalam tangis.

"Okay, okay. Sekarang kau calm down dulu. Jangan fikir bukan-bukan. Nanti aku bagitau kau kalau aku dah dapat hubungi dia, okay?" Selepas itu, talian dimatikan.

"Troy?" Satu suara dari belakang kedengaran. Doktor itu sudah memasuki bilik aku dengan kunci pendua.

"Hang in there, I know it is hard for you during this time but I don't want you to lose yourself." Dia memberikan aku segelas air minuman. Aku menyambut dan meneguknya sampai habis. Aku mengesat muka.

Yes, aku kena kawal perasaan aku. Aku berasa terlalu lelah, lalu aku baring di atas katil. Tidak sedar bila aku terlelap dan masuk ke alam mimpi.

Mimpi itu seperti rakaman flashback semua memori aku bersama Evan. Aku cukup bahagia ketika itu namun tiba-tiba dia menghilang. Segalanya menghilang. Aku mencarinya sepuas hati namun tidak menjumpai di mana-mana.

Where are you? Why have you left me all of sudden, making me fall so deeply only to leave me in pain with your absence? You're the reason I've become so vulnerable like this, Evan.

Esoknya, aku bangun cuba untuk mencari semangat yang hilang. Ayah membawa aku ke Kundasang yang terkenal dengan suhu yang sejuk itu dan melawat tempat-tempat yang menarik.

Malamnya, aku mendapat panggilan daripada orang yang sudah lama menghilangkan diri. Dengan perasaan teruja dan marah, aku menjawab panggilan itu.

"Evan! How dare you did this to me?" Marahku tanpa tertahan-tahan.

"Troy?" Suara di hujung talian membuatkan aku tidak jadi melepaskan semua amarah yang terkumpul selama ini.

"Who are you?" Soalku sebaik mendengar suara wanita di hujung talian.

"Saya nenek Evan. Saya nak Troy menguatkan diri dan jangan berputus asa. Berita ni mungkin menyayat hati tapi.." aku menggenggam telefonku erat sehingga sakit tanganku.

"Evan dah takde.."

"Ouh, dia pergi mana? Bagitau je dia ada kat mana sekarang. Ataupun ni prank korang je hahaha not funny lah Evan ni," aku tergelak paksa.

"Evan dah takde kat dunia ni. Dia dah meninggal.." aku terduduk di atas sofa.

"Ah.. apa?" Suaraku mula bergetar. Seluruh badanku terasa disedut segala tenaga yang tersisa.

"Nenek mohon Troy tabah dengan semua ni.." aku tidak mendengar apa-apa lagi selepas itu. Aku jatuh ke atas lantai.

Dunia aku gelap. Suara Evan kembali terngiang-ngiang di telingaku. Usapannya, pelukkannya, ciumannya, aku tidak mampu melupakannya malah semakin kuat di ingatan.

I hate you so much, Evan. Aku tak mampu nak pegang janjiku untuk tidak menyimpan dendam terhadap kau. But you gave me so much pain. You hurt my feeling thousand times. How can you expect me to collect the pieces of my heart and glue it back together?

Aku hilang kesedaran. Dunia menjadi gelap gelita tanpa sedikitpun cahaya.

•••

3 tahun kemudian

Aku berdiri di tengah-tengah antara ibu dengan ayah dengan memakai jubah graduasi. Klik! Bunyi kamera ditekan kedengaran. Finally, I'm graduated.

Selepas mengambil beberapa gambar, ayah membawa kami ke kedai McDonald. Kami makan-makan sebelum ke rumah sewa. Esok baru kami balik ke Sabah.

Kemudian, ayah membawa kami jalan-jalan di pantai. Setelah menghabiskan 2 tahun di situ dan setahun practical di hospital, akhirnya aku dapat diploma. Sepatutnya aku graduate sama-sama dengan Evan.

Evan? Aku membelek telefonku, terlihat satu-satunya gambar aku dan Evan semasa camping sem 1 dulu. Aku tersenyum. Kita dah graduate, my husband to be!

Kenangan bersamanya sejak hari pertama masuk kelas, saat dia meluahkan rasa benci kepadaku, sehingga ke saat personality dia berubah menjadi seorang yang caring and sweet talker, setiap momen yang sudi diluangkan bersama lelaki yang tak sempurna ini, setiap sentuhannya, kata-katanya, masih segar dalam ingatanku. Aku tak akan pernah lupa.

I remember everything.

Wherever you are, please bring clouds to my sky because you know how lonely the sky without any clouds.

I missed you yesterday, today, and will miss you tomorrow. No matter how much you may dislike me, I will never stop loving you. You've shown me how to endure pain. Thank you for teaching me this strength—I will survive, and I will continue to do so for you. P/s: please remember me.

For you, from me.

SKY WITHOUT CLOUD (BL)Where stories live. Discover now