6 | Beautiful soul

726 29 8
                                    

Evan's POV

Aku mengelap badan yang masih basah, kemudian memakai baju. Bunyi telefon berdering. Melihat nama si pemanggil membuatkan mood aku hilang serta-merta.

Dengan perasaan terpaksa, aku menjawab panggilan tersebut.

"Nak apa?" Soalku datar.

"Kau jawab baik-baik boleh tak? Fikir aku nak sangat call kau ke? Buang masa aku je," suara di hujung talian merengus kasar.

"Aku sibuk ni, cakap dengan nenek aku baik-baik je." Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi belajar.

"Bodoh, mak suruh kau balik. Nak tengok kau dah mati ke be-" aku terus mematikan talian. Kalau dipanjangkan pun hanya pergaduhan yang berlaku, bukan boleh buat apa-apa pun.

Aku tak faham kenapa dia boleh jadi bapak aku. Kedua ibu bapa aku orang senang. Tapi mereka dah bercerai beberapa tahun yang lalu. Aku tinggal dengan nenek sebelah bapa aku sekarang. Mak aku taknak aku dah, bapa aku pun taknak tapi nenek yang still ada kasihan dengan aku so aku tak merempat tepi jalan sekarang ni.

Bapa aku tak macam orang lain, kadang aku rasa lagi bagus hidup sendiri daripada mempunyai bapa seperti itu. Aku ada adik lelaki seorang tapi dia dah meninggal sebab accident.

Aku melepaskan keluhan kecil dan membaringkan diri ke atas katil. Melepaskan lelah selepas bermain futsal petang tadi. Aku membuka aplikasi whatsapp lalu mencari nama 'slave' dimana nombor Troy yang aku save.

Aku tahu, aku dah keterlaluan dengan dia selama ini tapi aku still tak puas nak sakitkan dan ganggu hidup dia.

Aku membesarkan gambar profile Troy iaitu seekor kucing. Haish, comel je budak ni. Geram pula. Sesaat saja aku mampu mengusir segala rasa sakit hati terhadap bapa aku diganti dengan senyuman setiap kali teringat Troy yang tersakiti namun selalu saja mengalah itu.

He is so precious and I can see the sparkles around him. His soul must be beautiful.

Mungkin salah satu sebab aku suka menyakiti Troy kerana dia tidak macam orang lain, dia tidak pernah menyimpan dendam dan wajahnya juga sedikit sebanyak mengingatkan aku terhadap adik aku yang meninggal kerana kemalangan motor.

Selebihnya, Troy tiada apa-apa salah selain lelaki tu bagi aku macam budak kecil yang perlu dijaga oleh abangnya.

Aku cuba melelapkan mata. Bayangan lelaki itu semakin kuat. Tak mungkin aku suka dia. Dia kan mengingatkan aku dengan peritnya kehilangan adik aku. Aku cuba mengusir segala perasaan yang timbul dalam hati.

Entah bila aku terlelap, bangun-bangun saja sudah subuh.

•••

Troy's POV

Aku ralit membaca nota biokimia ketika itu sebelum ianya dirampas oleh makhluk bumi yang ada kekacauan jiwa ini.

"Rajinnya."

"Evan, please. Aku penat ni.." kataku perlahan. Tambahan pula kepala aku sedikit pening ketika itu, sebab tu aku takde selera nak makan tengah hari. Tinggal kami berdua dalam kelas saat itu. Semua dah keluar.

Namun Evan tidak mengendahkan rayuanku. Kepalaku semakin berdenyut. Terus aku meletakkan kepala di atas meja cuba untuk meredakan sakit. Ni mesti sebab terkena hujan masa nak jogging semalam.

"Tu pun nak nangis ke?" Aku tidak menjawab, oleh kerana rasa berdenyut yang semakin kuat air mata hangat mula mengalir.

Aku mengangkat wajah, dapat kulihat wajah Evan yang terkejut melihat ada air mata yang keluar.

"Evan, kenapa kau selalu sakitkan hati aku? Salah apa aku itu je aku nak tau," bukan niat nak dramatic tapi alang-alang air mata dah keluar biar aku kenakan dia pula kali ini.

"T- Troy?" Evan duduk di sebelahku, dia meletakkan notaku di atas meja.

"Aku, aku dah tak sanggup nak hidup. Kenapa ini semua terjadi kat aku. Bukan aku yang nak hidup, kenapa semua orang tak suka aku.." aku mengesat mata. Ah, makin sakit pula kepala ni.

"A..." suaraku hilang begitu saja saat ada sesuatu yang menyentuh bibirku. Aku membuka mata, terbeliak mataku apabila menangkap wajah Evan yang terlalu dekat denganku. Badanku membatu.

Evan menciumku?? Tangannya cuba memegang leherku namun pantas dilepaskannya.

"Kenapa badan kau panas?" Dia menyentuh dahiku.

"Kau demam ke?" Soal Evan, terlihat riak risau di wajahnya. Dah kenapa dengan mamat ni. Dia ada split personality ke apa?

"Jom gi pusat kesihatan," dia menarik aku agar bangun dan menurutinya.

_____

I like John and Evan in real person but both of them will never like me back.

SKY WITHOUT CLOUD (BL)Where stories live. Discover now