Fakulti Sains Kesihatan telah mengadakan aktiviti camping di Hutan Lipur selama 2 hari dan 2 malam sebelum midterm break.
Seawal jam 7 pagi, semua pelejar yang menyertai aktiviti itu berkumpul di foyer termasuk aku dan Evan menanti bas yang akan bertolak ke Hutan Lipur.
"Takde lupa apa-apa ke?" Evan menyoal, aku menggeleng.
"Dah tengok balik-balik tadi, kalau ada pun harap Evan ada bawa lah hehe." Aku menayangkan sengih. Evan hanya memandang aku macam nak terkam.
Apabila tiba di tapak perkhemahan Hutan Lipur, kami diberikan sedikit taklimat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu khemah dalam empat orang begitu. Sedih jugak sebab tak satu kumpulan khemah dengan Evan. Evan dah paksa seorang ahli khemah aku bertukar tempat tapi dia taknak sebab dia dah sekhemah dengan seorang rakan dia.
Lama juga Evan membuat muka monyok depan aku, aku hanya memujuk 'takpelah takde rezeki'. Tapi makin marah pula dia haha.
"Jangan nak sentuh-sentuh eh dengan lelaki lain," Evan memberikan amaran. Kami dibenarkan ke khemah masing-masing untuk berehat sekejap sebelum diberikan makanan tengah hari.
"Hai, course apa?" Seorang lelaki bertanya ketika aku sedang sibuk mengemas barang-barangku.
"MLT," balasku ringkas. "Kau?"
"Fosioterapi. Nama aku Syafi," aku duduk bersila menghadapnya.
"Aku Troy."
"Napa kau cute?" Soal Syafi tanpa berlapik. Wajahnya putih bersih dan memakai kaca mata.
"Oh, biasa je haha.." aku menggaru leher belakangku. Dunno how to act when people compliment me.
Dua lagi ahli khemah itu masing-masing sibuk melakukan hal sendiri dan kadang-kadang je bertanya-tanya kosong.
"Kau dari Sabah kan?" Soal Syafi, memang mudah je nak cam, dari loghat saja sudah boleh dikenal pasti. Aku menganggukkan kepala. Tiba-tiba telefon aku berdering. Cepat-cepat aku menjawab.
"Ye?"
"Buat apa lama-lama kat dalam tu, keluarlah atau saya ceroboh masuk?" Aku memandang skrin telefon seperti memandang ke muka Evan. Budak ni memang tak reti nak menyabar sikit.
"Japlah, on my way." Aku menutup talian. Syafi masih ralit memandang aku membuatkan aku kurang selesa.
"Er.. aku keluar dulu eh?" Aku meminta diri, setelah melihat anggukkannya aku terus mencapai losyen penghalang nyamuk dan berlalu keluar. Sambil memakai losyen itu, aku melangkah ke arah Evan yang bepeluk tubuh menunggu di suatu sudut. Wajahnya usah dicakap.
"Kenapa diorang pisahkan kita?" Evan memprotes.
"Kena ah, nak kenal-kenal dengan students dari course lain pula tapi satu fakulti je." Aku memberikan jawapan yang positif.
"Tapi aku taknak kau kenal orang lain dah."
"Dahlah tu, tengok tangan kau kena gigit nyamuk. Nah pakai mosquitoes protection ni," aku menghulurkan bekas tu kepadanya. Melihat dia tidak memberi sebarang reaksi, aku memicit losyen ke tapak tangan sendiri sebelum disapukan di lengannya. Evan hanya memerhati.
"Baru sentuh macam ni pun dah sedap," aku menumbuk dada Evan kuat. Selepas itu terus meninggalkannya menuju ke tempat makanan tengah hari yang sudah disediakan.
"Tunggulah," Evan mengejar langkahku. Aku memerhati sekeliling, dan aku menangkap pandangan seseorang yang asyik terarah kepadaku.
•••
Petang itu aktiviti merentas hutan, bunyi hutan daripada gabungan flora dan fauna itu sungguh mendamaikan. Aku kehilangan jejak Evan lagi, mesti mamat tu sibuk nak cari keberadaan aku sekarang.
"Troy," bahu aku dipeluk oleh seseorang. Aku pantas memandang dan manangkap wajah Syafi di situ.
"Eh, Syafi." Kami hanya berbual-bual kosong sepanjang perjalanan. Banyak hidupan liar yang dapat diperhatikan dengan keindahan alam yang tidak terkata itu.
Aku masih memandang sekeliling tercari-cari di manakah gerangan Evan berada.
"Cari Evan ke?" Soal Syafi, aku terkejut sikit sebab Syafi mengenali Evan. Oh takdelah pelik sangat, Evan tak anti-sosial macam aku mestilah dia kenal ramai orang.
"Ah, haah. Ada nampak ke?" Soalnya.
"Untungnya Evan dapat pakwe macam kau," sekali lagi aku terkejut. Aku buat-buat tergelak.
"Haha, mana ada pakwe. Kitorang kawan je."
"Alah, kawan tak pakaikan kawan dia losyenlah." Syafi mengusik membuatkan aku tidak tahu untuk memberi reaksi yang bagaimana.
Kami berhenti di kawasan air terjun 3 tingkat dan dibenarkan untuk bermandi-manda sekejap. Aku duduk di tepi sambil menyelukkan kaki ke dalam air. Tercari-cari dimana Evan yang telah meninggalkan diri ini (insert sad face here).
Bush!!!
Tiba-tiba satu daya yang kuat menolak aku ke dalam air membuatkan aku yang belum bersedia terus tenggelam habis dalam air. Nasib baik aku pandai berenang, aku menolak badan ke permukaan air semula. Terpandang wajah Evan yang memaparkan muka tak bersalah itu.
Aku menepis air ke arah Evan kegeraman.
"Jomlah masuk air?" Aku berenang ke tepi untuk berpaut pada batu tebing. Evan terjun ke dalam air. Kami pun mandi sekejap sebelum naik ke daratan dan menuju ke tandas untuk menyalin pakaian.
"Nah," Evan menghulurkan tuala kepadaku. "Eh kejap biar aku buat," dia melilit tuala tersebut di tubuhku lalu memeluk aku sekali dari depan.
"Dapat warm tak?" Soalnya. Aku meletakkan kepala di atas dadanya. Tak perlu kata-kata, aku dah cukup jatuh hati dengannya.
"Lepaslah, nanti orang lain nampak." Kataku walaupun tidak memaksudkannya tapi dengan niat juga haha complicated sungguh.
"Biarlah," Evan mengeratkan pelukkannya. Aku dapat mendengar rentak jantungnya berdegup indah.
"I love you so much," tiba-tiba seseorang masuk ke tempat itu cepat-cepat Evan melepaskan aku dan kami kembali berkelakuan normal.
Rupanya Syafi yang muncul secara tiba-tiba itu. Aku hanya memberikan Syafi senyuman yang ringkas.
YOU ARE READING
SKY WITHOUT CLOUD (BL)
Short Story[Completed] Started: 19052020;0100am Ended: 24052020;0228am