2 | Friends, classmates

1K 34 2
                                    

First day masuk kelas, semua acah senyap. Kitorang ada 18 je masa tu. Laki pula ada empat orang je. Subjek pertama pagi tu adalah subjek immunology.

Aku mengambil tempat duduk di sebuah kerusi dan terus scroll telefon. Malas mahu berinteraksi. Lecturer tak sampai lagi. Yang lain sibuk dah nak cari siapa nak jadi ketua kelas dan penolong.

Terasa kerusi di sebelahku diduduki oleh seseorang. Aku memandang kejap. Dari pandangan sisi aku dapat melihat wajahnya yang putih bersih dan terserlah kekacakkannya.

Tiba-tiba dia memandang ke arahku dengan tajam. Dah kenapa pula dia macam marah ni? Tengok pun salah..

Pantas aku menunduk memandang ke arah skrin telefon semula.

"Hello, any problem with my face?" Soalnya. Aku terkejut, lalu memandang ke arahnya semula. Aku menggeleng kecil dan kembali menunduk. Tajam pandangannya buat aku seram sejuk pula.

"Sombongnya kau ni," walaupun perlahan tapi aku masih mendengar ayat tersebut dituturkan. Aku menghiraukannya. Nasib baik seorang pensyarah wanita pun masuk.

"Good morning guys," pensyarah tersebut memberi salam. Kami menjawab perlahan.

"So you all boleh panggil saya, Madam Ayuni. Saya akan ajar you all subjek immunology with 2 other lecturers. Nanti you all boleh jumpa mereke during next class. So, hari ni saya taknak cakap berat-berat just kita berkenalan dulu, boleh?" Kami hanya mengiyakan, macamlah boleh kata tak.

Subjek selepas itu adalah pathology. Subjek ni tentang penyakit-penyakit. Study of diseases lah gitu.

Habis kelas pathology, adalah masa rehat sejam. Pukul 2 petang nanti kelas human anatomy pulak. Subjek yang agak menarik. Fuh, tough juga schedule ni.

Semua pun bergerak meninggalkan kelas untuk membeli makanan tengah hari. Aku malas nak keluar jadi aku tidur sekejap.

"Nama kau apa tadi, Troy ek?" Satu suara berkata. Aku mengangkat wajah, ingatkan lelaki itu dah keluar juga tadi. Kalau tak silap nama dia Evan Clause.

"Kenapa?" Soalku dengan wajah yang mengantuk.

"Belikan aku makanan, aku nak tidur jap." Arahnya terus. Aku ternganga. Dia tak nampak ke aku nak tidur tadi. Atau dia ni memang saja-saja sebab dia typical pembuli yang annoying.

Aku memandangnya tajam. "Pergilah beli sendiri.."

Pak!

Aku terkejut. Evan memukul belakang kepalaku. Taklah kuat mana tapi sakit hati jugaklah sebab ibu dengan ayah aku tak pernah pun sentuh aku macamtu. Apa hak mamat ni nak pukul aku?

"Kau ni sekelas pun nak berkira." Ucapnya tanpa rasa bersalah dan terus meletakkan sejumlah duit di atas meja kerusiku lalu meletakkan kepalanya ke atas meja untuk tidur.

Aku bangun dengan hati yang membaran. Pikir dia siapa nak arah-arah orang macam ni.

Selepas membeli makanan untuk Evan, aku kembali ke kelas semula. Kelas itu juga yang akan digunakan untuk kelas seterusnya jadi tak perlu pindah.

Aku meletakkan makanan yang dibeli di tempat Evan. Evan sudah nyenyak tidur ketika itu. Tanpa mengejutkannya, aku berlalu dan menuju ke arah perpustakaan. Malas nak berdua-duaan dengan laki tu.

•••

Malamnya, aku membuka aplikasi wattpad di laptop untuk sambung menulis cerita. Banyak draf yang aku buat (lebih kurang 18 jugak lah) tapi semua cerita tak best dan merepek. Fed up pula rasa.

Tuk!Tuk!

Bunyi ketukan pintu dan kemudian dibuka. Wajah John terserlah di situ.

"Troy, jom turun makan. Aku teman." Ajaknya, aku mengeluh kecil.

"Kau teman aku ke aku teman kau?" Aku menjelingnya. John hanya tersengih. Namun. aku tetap menutup laptop dan memakai sweater sebelum mengikuti John ke kafe. Dalam beberapa minit saja sampai.

"Kenapa tak minta teman dengan kawan-kawan kau? Kan banyak tu," saja aku bertanya lagipun aku pun belum makan malam lagi.

"Tak best lah asyik dengan diorang."

"Apa-apa je lah," malas aku menyoal lanjut. Juadah di hadapan lebih menarik perhatian. Aku mula mengisi pinggan dengan nasi dan lauk.

Tiba-tiba seseorang melanggar aku dari belakang menyebabkan pinggan yang aku pegang jatuh terhempas ke atas lantai.

Bammm!!!

Semua yang ada di kafe tersebut terus memandang tepat ke arahku. Aku terkejut rasa macam nak sorok muka saat itu juga. Malunya ya ampun.

Seorang pekerja kafe terus mendekatiku.

"Maaf," ucapku dengan segan. Aku menunduk.

"Takpe.." balas pekerja tersebut sambil membersihkan makanan yang aku tumpahkan. Nasib baik pinggan tak sampai pecah.

"Kau kan yang langgar dia tadi?" Suara John kedengaran. Aku segera berpaling. John sudah menarik baju Evan.

"Dah salah dia yang jatuhkan pinggan yang kau nak salahkan aku kenapa pula?" Balas Evan marah. John baru ingin melepaskan penumbuk namun cepat-cepat aku halang dan menariknya untuk pergi dari situ. Sempat aku menangkap pandangan tajam daripada Evan.

"Sorry.." ucapku.

"Kenapa pula?" Aku menunduk. Serba salah dengan John. Selama ni aku layan dia nak tak nak je padahal dia ikhlas nak berkawan dengan aku. Bukan apa, bila melihat dia bela aku tadi dekat kafe rasa terharu pula.

"Sebabkan aku, kau tak dapat makan."

"Takpelah, kita order grab food je nak?" Aku hanya mengangguk.

Aku masih tak faham, aku rasa Evan benci kat aku. Tapi kenapa eh?

"Dahlah, lupakan je pasal tadi tu." John memegang tanganku yang sedikit menggeletar. Bukan sebab takut tapi perasaan anxiety dengan rasa malu yang bertimpa-timpa.

"Evan tu bad boy sikit, kitorang dari sekolah yang sama dulu. Biasalah tu.." aku hanya mendiamkan diri. John membuka telefonnya.

"Kau nak makan apa?"

_____

Mohon maaf kalau tak best dan agak membosankan.

SKY WITHOUT CLOUD (BL)Where stories live. Discover now