7 | Get well soon

737 31 5
                                    

"Okay sikit dah tak tu?" Soal Evan. Dalam sekelip mata dia berubah menjadi seseorang yang baru aku kenal. Apa yang ada dalam head-brain dia sebenarnya.

"Aku okay lah, kau baliklah."

"No, aku jaga kau kat sini!" Aku mengerutkan dahi.

"Kau dah kenapa?" Soalku betul-betul ingin tahu. Aku teringat saat dia mencium aku menggunakan bibirnya sendiri... argh! Pantas aku menghapuskan segala bayangan itu.

"Aku kenapa? Kau yang kenapa? Aku usik sikit pun kau dah jatuh sakit."

"Tak semalam kena hujan sebab tu demam sikit hari ni," agak janggal dengan suasana ketika itu kerana aku dan Evan berbual in such a good condition. Tak ada lagi Evan yang menyakitkan hati.

"Lain kali bawa lah payung, sediakan-"

"Kau benci aku kan?" Aku mematikan katanya dengan sebuah soalan. Itu membuatkan dia terdiam. "Kenapa kau.. cium aku?"

"Ouh ya, kepala kau makin sakit ke? Nak ubat lagi?" Evan cuba mencapai ubat-ubatan yang terletak di atas meja belajarku. Tadi petang, kami berdua skip kelas untuk pergi ke klinik universiti. Aku taknak Evan terlepas kelas sekali tapi dia berdegil nak temankan. Pastu suka hati dia lah.

"Tak, sekarang ni boleh tak kau jawab soalan aku dan jangan nak ubah topik." Aku memandang matanya. Sumpah, mata itu cantik secantik ciptaan yang sempurna di depan mata aku ni. Untungnya ada rupa, mesti jadi kesukaan ramai orang haha!

"Aku tak suka kau.."

"Habistu kau cium aku sebab nak sakitkan hati aku juga ke?"

"Aku tak suka tengok orang nangis or sakit depan mata aku."

"Kau benci aku?" Dia menganggukkan kepalanya.

"Kau cium ke semua orang yang nangis depan kau?"

"Boleh tak kau jangan banyak tanya, demam kau tak kebah lagi ni. Buat susah orang je nak jaga tapi tak reti nak tolong diri sendiri." Aik, aku pulak yang kena. Dia yang berkeras nak jaga aku, aku balik-balik dah halau dia pergi tapi taknak juga.

Aku mendiamkan diri lama. Kedengaran dia mengeluh kecil.

"Aku tak benci kau pun, tak pernah pun benci kau." Ucapnya perlahan, dia duduk di tepi katilku. Aku memandang siling dimana kipas sedang ligat berpusing.

"Get well soon, kalau ada apa-apa call aku okay. Selamat malam," kemudian dia pun berdiri dan balik ke biliknya. Macam tu je? Fikir dia nak stay up jaga aku malam ni.

Aku memejamkan mata cuba untuk tidur, Tak sangka Evan datang dalam mimpi, senyumannya sungguh indah. Dia tak menyakitkan hati. Namun, tiba-tiba dia hilang membuatkan hati aku pedih.

I don't want this feeling but can't do anything about it.

Aku terjaga, perasaan sedih kembali menerjah entah dari mana. Aku menangis semahu-mahunya sehingga aku kelelahan dan kembali tertidur.

Beberapa hari kemudian, aku kembali pulih seperti sediakala. Meneruskan rutin harian seperti biasa. Pergi kelas, pergi makmal, buat assignment, dan test for continuous assessment.

Tiada apa-apa yang menarik. Cuma aku rindu Evan yang selalu menyakitkan hati kerana sekarang dia agak kurang melayan aku. Tapi takpelah, hidup kena diteruskan.

•••

John's POV

Aku menatap gambar yang aku tangkap bersama Troy dekat cinema minggu lepas. Aku tersenyum.

"Tengok apa tu?" Soal Fakhrul. Cepat-cepat aku menutup gambar tersebut.

"Wuu, dah ada pakwe taknak share ke?"

"Bodoh, ni Troy lah. Tang mana pakwe," Fakhrul hanya tergelak.

"Rapat juga kau dengan Troy, dia tu dahlah pendiam mesti susah nak cari kawan. Kalau suka bagitahu lah, jangan simpan lama-lama." Kata Fakhrul lagi, aku hanya terdiam.

"Kitorang kawan je Fakh," balasku. Aku kawan Troy bukan sebab aku suka dia at first sight. Aku just suka berkawan dengan dia. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri.

"Yelah. Ada kelas tak esok?"

"Ada lah, dari pagi ke petang. Jarang nak cancell class ni. Oh, aku nak keluar jap ni." Fakhrul hanya mengangguk. Aku memakai baju dan keluar dari bilik.

Sampai di bawah blok, aku ternampak kelibat seseorang yang sedang membawa sekotak mineral besar. Ada beberapa kotak lagi terletak di atas lantai dan dia mengangkatnya seorang diri.

"Yow, nak minta tolong tak?" Soalku. Aku nak gi k-shop je tadi. Kesian pulak tengok budak ni angkat kotak-kotak ni seorang diri. Dah macam aku ni hantaran buat manusia-manusia lonely ke apa? Aku hanya tergelak dalam hati.

"Takpe," ucapnya dalam kelelahan.

"Takpe saya tolong, banyak ni nak angkat." Kataku lalu mengangkat satu dan mengikuti langkahnya.

"Bilik kau aras mana?" Soalku. Jangan-janganlah tingkat 5 haha.

"Tingkat 5 bang, dah kata tadi takpe." Dah agak ni.

"Tua sangat ke muka aku ni, aku pun student baru kot."

"Oh yeke sorry, ni tak menyusahkan ke ni?"

"Tak pun." Kami pun mengangkat kesemua kotak mineral ke biliknya. Fuh, semput juga.

"By the way, nama aku John." Aku memperkenalkan diri dan memandang wajah lelaki itu. Boleh tahan hensem juga budak ni.

"Harith," balasnga ringkas.

"Orait, jumpa lagi. Aku gerak lu," aku mengangkat kaki pergi dari situ.

"Jap, taknak minum ke?" Harith menahan.

"Takpe, aku memang nak gi k-shop ni." Aku sedikit terkejut apabila melihat dia mengelap peluh yang memercik di dahiku.

"Thank you tau tolong angkat mineral-mineral ni," dia memberikan sebuah senyuman. "No hal lah bro," aku menepuk bahunya lalu pergi dari situ.

SKY WITHOUT CLOUD (BL)Where stories live. Discover now