4 | Are you okay?

793 31 7
                                    

"Troy, tolonglah..."

"Sekali je, janji!"

"Alaaah pweash ah..."

Aku menutup muka dengan selimut. Malas nak layan John yang tiba-tiba datang ke bilik malam tu dengan permintaan yang tak masuk dek akal.

John cuba menarik semula selimut itu. Aku memandang matanya dengan geram.

"John..." panggilku dengan suara dan pandangan yang sayu. "Aku taknak!"

"Alah sekali je, aku nak simpan sebagai kenangan je. Kita tak pernah lagi selfie sekali." Aku memandangnya tidak percaya buat kesekian kalinya.

"Lepas tu kau nak buat apa?" Soalku masih dengan pendirian yang sama. Oh no, aku tak suka selfie dahlah muka aku tak best sangat nak tengok. Nanti John post dekat mana-mana social media, hilang segala maruah diri. Uwah taknak!

"Aku simpan je, tak buat apa-apa pun."

"No!"

"Please.."

"NO JOHN!"

"Ok kalau kau taknak aku tidur kat sini.." John terus naik ke atas katilku dan baring di sebelahku. Tanpa disangka, John tiba-tiba memelukku.

"Hey lepaslah!" Aku menolaknya kuat namun makin ketat pelukannya.

Dalam masa pergelutan itu, tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. "Troy.." Saat seakan terhenti ketika itu.

Aku memandang wajah Evan dengan perasaan terkejut. Pantas aku menolak tubuh John sekali lagi dengan kuat sehingga dia terjatuh dari katil. Keluhannya tidak kuhiraukan kerana ada yang lebih parah ketika ini.

"Ev— Evan kau buat apa kat sini?"

"Oh, aku nak pinjam buku rujukan. Tak sangka pulak kau..." Evan memandangku dengan sinis. Aku terdiam sekejap. Evan memandang aku dan John silih berganti. John pun sudah kembali berdiri.

"Takpelah, aku gerak dulu.." sekejap saja Evan hilang dari situ. Belum sempat aku membuka mulut seterusnya. Ah, mesti dia dah salah faham.

Tapi pelik juga laki ni, boleh je kan dia pinjam buku dengan Din atau Fikri. Ah, mungkin dia dah jumpa Din dan Fikri dulu tadi. Aku cuba menghilangkan segala rasa yang timbul dalam hati. Tidak mahu menyimpan sedikitpun rasa sakit hati dalam lubuk hati.

"Troy, jangan risau nanti aku cakap dengan Evan." John mengusap kepalaku perlahan membuatkan aku sedikit tersentuh. Aku sebenarnya sedih, aku tak pernah cukup bagus untuk sesiapapun.

John duduk di sebelahku.

"John.." aku memanggilnya perlahan. Mata kami bertentangan seketika. Dia tersenyum manis.

Aku tidak dapat menahan perasaan lalu mendaratkan kepalaku ke atas bahunya. Aku rasa nak nangis tapi cuba menahannya sekuat mungkin. Nasib baik John tak kesah meminjamkam bahu. Dia sambung mengusap kepalaku dan memeluk bahuku.

"Are you okay? How your feeling?" Soalnya. Aku hanya menggeleng di atas bahunya.

"Aku cuma rasa tak semangat nak hidup tapi aku kena teruskan juga."

"Aku ada, kau ada nak share apa-apa ke?" Aku membaringkan diri dan memakai selimut sehingga ke dada. "Takpe, aku ok je." Aku mengukir senyuman palsu.

"Baliklah, dah nak pukul 12 ni." Kataku. John hanya mengangguk.

"Good night."

•••

Aku membaca lecturer note sementara menunggu pensyarah sampai kemudian meng-highlight perkara-perkara yang penting. Esok ada ujian pertama untuk subjek biokimia pula.

Terasa nak buang air kecil, aku bergegas menuju ke tandas. Ada beberapa minit lagi yang tinggal sebelum kelas bermula.

Baru nak masuk ke dalam tandas, tangan ku terasa ditarik oleh seseorang dan dibawa masuk ke tandas yang satu lagi. Terkejut aku apabila melihat gerangan si penarik.

"Evan?"

"Kenapa?" Senyumannya masih sinis, dia menyandarkan aku ke dinding dan dia menjadi tembok penghalang keluar. Aku memandangnya yang tinggi beberapa inci daripadaku.

"Apa kau nak?" Soalku cuba mengawal suara.

"Aku nak kau layan aku lah, semalam kau dah layan jantan lain tak kan aku yang lagi helok ni kau taknak layan." Aku kehilangan kata-kata. Apa masalah laki ni? Kenapa dia obses sangat nak sakitkan hati aku.

Tangan Evan sudah turun ke bawah seluarnya.

"Evan, stop!" Aku menutup mata menghentikan segala perlakuannya. "Ini bukan cara yang baik untuk kau sakitkan hati aku.."

"Hmm, kau memang selalu nak berlagak dengan aku." Evan mengalih perhatiannya ke arah baju kemejaku pula lalu mencapai butang baju tersebut. Aku memegang tanganya kuat agar dia tidak meneruskan tindakan selanjutnya.

"Lepaskan aku atau aku report kau buat gangguan seksual dengan kaum sejenis," aku cuba mengugutnya. Dia fikir dia boleh buat apa saja yang dia nak?

Tiba-tiba dia tergelak, membuatkan hati aku lebih panas. Dengan kuat aku menolaknya ke tepi dan berlalu pergi. Tidak jadi mahu menggunakan tandas. Kejadian tadi kembali bertayangan dalam kepala otak aku.

Bau perfume dari badan Evan seperti masih menyengat rongga nasal. Aku cuba membayangkan bentuk badan Evan jika aku yang membuka bajunya.

Satu arus seperti mengalir dalam setiap urat saraf kembali menyedarkan aku ke alam yang nyata. Gosh, apa yang aku fikirkan ni?

Cepat-cepat aku berlari menaiki tangga menuju ke kelas. Sudah lewat beberapa minit disebabkan kejadian tadi. Alright, bayangkan kejadian itu tidak pernah terjadi.

Ah, aku rasa sakit dengan diri sendiri!

SKY WITHOUT CLOUD (BL)Where stories live. Discover now