Sekejap saja, 14 minggu kelas berakhir. Kini, masuk fasa study week bagi semua student Fakulti Sains Kesihatan. Lepas tu kitorang akan ada final exam bertulis.
Aku memeluk John buat kali yang terakhir untuk sem itu kerana mereka pula yang akan bercuti. Dan John dah nak balik rumah hari itu.
"Hati-hati tau, safe journey semoga selamat sampai ke rumah. Sampaikan salam dengan family." Ucapku sambil memberikannya senyuman.
"Haha, ye ye okay Troy." Aku membantu membawa barangnya turun ke foyer tempat menunggu bas. Dia akan balik malam itu.
"Mana Harith ni?" John mencari-cari kelibat Harith. John sudah memberitahu aku yang mereka pun dah start hubungan. Aku gembira sebab satu-satunya kawan aku ni pun dah boleh bahagia. Diorang akan balik ke tempat yang sama iaitu Kedah.
"Tu Harith," kami menangkap kelibat batang tubuh Harith yang sedang bergerak ke arah kami.
"Harith, selamat jalan. Jaga kawan aku ni baik-baik eh," kataku kepada Harith. Dia hanya tersengih dan kami bersalaman sebelum mereka mula menaiki bas mereka yang telah tiba.
Aku melambaikan tangan kepada mereka buat kali yang terakhir. Lalu kembali naik ke bilikku. Sunyi kawasan kolej ni beberapa minggu tinggal budak fakulti kesihatan dan perubatan saja di situ.
Esoknya, aku pergi ke perpustakaan bersama Evan mengulangkaji pelajaran di sana.
•••
"Jom makan." Ajak Evan. Dia meletakkan makanan yang dibelinya di kafe di tengah bilik. Aku segera mendapatkannya kerana perut aku juga sudah berkeroncong lapar.
Kami makan dengan senyap, sesekali kami bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan exam nanti.
Lepas makan, kami sambung study sehingga lewat malam. Tanpa sedar aku tertidur atas meja belajar. Evan mengejutkan aku untuk pindah tidur ke atas katil. Dia menyelimutkan aku dan baring di sebelahku sambil memeluk aku sehingga dia pun tertidur sama.
Peperiksaan akhir kami pun tiba, selama dua minggu. Ada lima subjek bertulis dengan satu OSPE untuk anatomy di mana kami diberi stesen-stesen dan kami perlu mengenal pasti organ yang diberi.
"Fuh, akhirnya habis juga semester 1 ni." Aku melepaskan nafas kelegaan setelah habis peperiksaan untuk subjek terakhir. Next is the time to rest our body and soul. Setelah penat lelah menghadam semua fakta.
Petang itu, Evan membawa aku jalan-jalan di tepi pantai. Menghirup udara yang segar katanya.
"So apa plan kau masa cuti sebulan ni?" Soalku kepadanya.
"I want to live with you," aku terdiam. Baru aku sedar yang cuti ini bermakna kami akan berpisah lagi. Aku tak boleh terus tinggal di situ kerana ibu bapa aku juga sedang menunggu kepulangan aku.
"Tapi, aku kena balik Sabah." Balasku perlahan. "My parent mesti tengah tunggu kepulangan aku. Aku nak kau ikut aku pula but my parent will not okay with this." Kami melabuhkan duduk di atas lantai pasir. Diam sejenak.
Mendengar suara ombak yang menghempas pantai. Lautan yang luas, sungguh indah pemandangan itu tak terkira. Angin sejuk menampar-nampar pipi dengan manja.
"Aku nak kau tinggal dengan aku. Nenek aku dah belikan apartment for us." Ucapnya sayu.
"Boleh tak.." dia tidak meneruskan kata. "Kita tak ada pilihan," dia hanya tersenyum. Senyuman yang selalu membuat aku angau.
"Boleh tak Troy tinggal dengan aku sehari atau dua. Janji lepas tu aku lepaskan kau balik," dia memberi cadangan.
"Janganlah sedih, kita akan jumpa lagi nanti sem depan. Setuju tak dengan cadangan aku tadi?" Aku membalas senyumannya dan menganggukkan kepala tanda setuju.
"Sekarang kita enjoy dulu masa yang kita ada. I want to make you happy till the fullest with me. Can you be happy for me?"
"It's not fair kalau aku je happy, you must be happy too. You are the first reason I want to be happy." Mata kami bertentangan untuk seketika, hati aku pedih sehingga mata aku berkaca.
Kami pun balik ke kolej untuk mengemas barang sebelum mengikuti Evan ke tempatnya.
YOU ARE READING
SKY WITHOUT CLOUD (BL)
Short Story[Completed] Started: 19052020;0100am Ended: 24052020;0228am