4

7K 342 23
                                    

Heathrow, London.

Aina dan Kyle masing-masing mengheret luggage milik mereka. Aina berasa lega apabila tiada apa-apa terjadi semasa mereka di pesawat.

Kyle mengeluarkan telefonnya dan menghubungi seseorang.

"Dil, ambik aku kat airport sini. Cepat sikit." Kata Kyle di dalam talian. Aina hanya mendengar saja.

"Jom. Nanti kawan aku ambik kita." Kata Kyle. Mereka berjalan keluar dari airport itu.

Setelah beberapa minit, kelihatan kereta Range Rover warna hitam berhenti di hadapan mereka.

Seorang lelaki berwajah putih menghampiri Kyle.

"Lama gila kau ni nak sampai." Ujar Kyle. Kemudian, Aidil mengangkat beg Kyle dan diletaknya di bonet kereta. Tapi dia pelik, sapa perempuan sebelah Kyle tu?

***🍕***

Kereta Range Rover itu masuk ke dalam kawasan Villa yang sangat besar. Aina hampir terlopong melihat Villa mewah itu. Berkali-kali ganda besar dari banglo dia.

Kedatangan mereka disambut oleh bodyguards Kyle. Dah macam raja dan permaisuri pulak bila orang berdiri tepi-tepi kita.

Aina hanya mengikuti langkah Kyle masuk ke dalam Villa itu.

"Ni bilik kau. Depan tu bilik aku. Kau jangan pepndai nak alri dari rumah ni sebab rumah aku ni dalam hutan." Kata Kyle dengan nada yang dingin bak ais kutub utara.

Aina menelan air liur. Entah kenapa dia tetiba takut. Nak terkucil je rasa.

Dia menilik seluruh biliknya. Besar dowh. Bilik yang bertemakan warna biru laut dan putih. Tenang je bilik dia. Tapi hati dia tenang ke?

Tak lama selepas itu, dia memberanikan diri untuk turun ke arah suara yang kecoh di tingkat bawah. Kelihatan empat orang berada di sofa sambil bermain game.

Yang Kyle tu, dia kenal. Yang sorang tu...yang ambik mereka di Heathrow tadi. Yang dua orang tu, unfamiliar.

Mereka berempat tidak perasan akan kehadiran Aina.

"Ehemm.." Aina berdehem untuk menyedarkan mereka.

Mata mereka tertumpu ke arah Aina.

"Woihhhhhh!!! Bidadari mana sesat dalam Villa ni?" Pekik Jack dengan teruja. Cam bebudak.

"A'ah lah! Cantik siot!" Muka Aina memerah bila dipuji Mike. Dua kali lima je perangai Jack dan Mike. Manakala Aidil hanya senyap.

"Owh, lupa nak kenalkan. Ni, Aina. Aku culik dia masa aku kat Malaysia semalam." Mereka memandang pelik dengan pernyataan Kyle.

"Culik? Tak macam kena culik pun. Elok je dia tak meroyan." Jawab Jack disokong dengan anggukan Mike.

"Dia yang rela nak gantikan pak cik sial tu masa aku nak bunuh pakcik tu. Orang nak berlagak jadi heroin lah katakan." Aina menjeling tajam ke arah Kyle sebab kutuk dia depan-depan.

"Owh. Hai, Aina. Nama aku Jack." Kata Jack. Dia siap buat peace lagi.

"Hai, aku Mike dan yang pendiam tu, Aidil. Dia tu memang macam tu. Ada emas dalam mulut dia." Sempat lagi Mike memerli Aidil. Aidil hanya beriak kosong. Tak terkesan. Dah biasa.

"Hai. Kat dalam rumah ni, takde perempuan ke?" Tanya Aina takut-takut.

"Ade. Pembantu. Dalam lapan orang macam tu. Yang lain semua bodyguard." Aina hanya meng'O'kan saja.

"Err..awak yang culik saya, nama awak apa?" Mereka tergelak mendengar Aina memanggil Kyle sebegitu. Kyle menjeling mereka termasuk bodyguard yang sentiasa mengikut mereka.

Melihat jelingan berbisa Kyle, semua terus menutup mulut. Tau takut?

"Kyle Mayorga. Panggil Kyle je." Jawab Kyle beriak dingin. Memang beku habis.

"Ok, Kyle. Awak semua dah makan? Saya nak masak. Dapur mana?" Mendengr akan itu, Jack terus teruja.

"Really? Dapur kat sana. Wow, mesti sedap kan kau masak. Dahlah cantik." Ujar Jack.

"Hehe..takdelah. Biasa-biasa je." Kata Aina dengan wajah yang berbahang. Djskhagns$+-%& dia puji lah pulak.

Aina berjalan ke arah dapur meninggalkan mereka di sana.

Jack dan Mike terus menerpa je arah Kyle.

"Kyle! Parent dia tak marah ke kau culik dia?" Tanya Mike.

"Tak. Parent dia dah takda. Yang ada pembantu rumah dia je." Kata Kyle.

"Dalam sejarah oww ada orang kena culik dengan rela macam tu." Ujar Jack dengan hairan.

Kyle hanya menjongketkan bahu tanda malas nak dengar tentang Aina.

To be continue

Mafia's Babygirl [Hiatus]Where stories live. Discover now