2 1

5.8K 350 15
                                    

Dia mencari kalibat isterinya disetiap pelusuk rumah.

"Mana Sarah ni?" Dia naik ke tingkat dua. Bilik bacaan ditujunya. Kebetulan disitu sahaja yang belum diperiksanya.

Pintu dibuka perlahan-lahan. Dia menghembus nafas lega bila susuk yang dicarinya sedang meniarap membelakangi pintu sambil mendengar lagu menggunakan headphone. Novel di tangan dibelek. Memang pencinta novel lah isteri dia ni.

Dia perlahan-lahan menapak kearah isterinya agar Aina tidak perasan.

Kyle pantas merangkul pinggang Aina dari belakang dan meletakkan dagunya di atas bahu Aina yang sedang meniarap.

"Arghhh!" Aina terjerit akibat terkejut dengan kehadiran Kyle yang tiba-tiba.

Kyle pulak buat muka selamba meniarap atas badan Aina.

"Awak! Bangunlah. Berat tau tak? Dahlah badan awak tu besar, saya ni kecik." Rungut Aina cuba menghalang Kyle daripada terus menirap di atas belakangnya. Berat siot bapak gajah ni.

"Kalau macam tu, ape kata kau yang meniarap atas aku?" Usik Kyle. Dapat dia lihat wajah Aina berubah merah.

"Ish! Tepi. Nak pengsan je kena hempap dengan bapak gajah ni." Rengus Aina cuba bangun.

Kyle mengalah. Dia bangun dari badan Aina. Aina menarik nafas dalam lalu dihembusnya perlahan. Lega!

"Hmm! Awak nak apa datang sini?" Tanya Aina sambil menanggalkan headphone dari kepalanya. Dia duduk menghadap Kyle sepenuhnya. Wajah kacak suaminya ditatap dengan penuh rasa cinta.

"Takde ape. Just bosan. Jom keluar? Pergi rumah kau. Kau pun rindu kan dengan Mak Nab?" Ajak Kyle.

Mata Aina seakan bersinar. Dah sebulan dia tak jumpa Mak Nab. Rindu tak dapat dibendung lagi.

"Nak! Bila?" Aina senyum memaparkan barisan gigi putihnya.

"Sekarang. Cepat siap." Ujar Kyle.lalu ubun-ubun istering dikucup perlahan. Entah mengapa dia ketagih dengan bau Aina. Asyik nak cium je.

"Okay! Yahuuuuu!!" Aina berlalu ke bilik mereka persis kanak-kanak riang.

KERETA Range Rover Kyle parking betul-betul di hadapan rumah agam milik Aina. Tanpa menunggu enjin dimatikan, Aina pantas keluar berlari ke pintu lalu memberi salam.

"Assalamualaikum!" Salam diberi.

Tak lama lepas itu, pintu dibuka dari dalam dan terpancullah wajah yang dirindui Aina.

"Aina! Ya Allah. Lama nya tak jenguk Mak Nab sini." Mak Nab terus menarik Aona ke dalam pelukan.

"Alaa..sorrylah Mak Nab. Kyle busy uruskan syarikat. Tu yang takde amsa nak melawat Mak Nab sini." Pujuk Aina sambil memuncungkan bibirnya kononnya comel.

"Hmm yelah. Jomlah masuk. Panas kat luar ni." Ajak Mak Nab. Aina mengekori langkah Mak Nab manakala Kyle ditinggalkan di belakang.

Kyle menggelengkan kepala. Kalau dah dengan Mak Nab, confirm dia auto diabaikan. Taulah rindu, tapi janganlah abaikan kita. Kecik hati kita tau?

"Tunggu Mak Nab masak dulu ya? Korang duduklah kat ruang tamu. Dah siap nanti, Mak Nab panggil." Aina dan Kyle.hanya mengangguk lalu melabuhkan punggung di atas sofa mewah bercorak bunga-bungaan.

Sementara menunggu Mak Nab menyediakan makanan tengahari, Aina menoleh Kyle yang duduk sambil matanya menatap televisyen. Tanpa ragu-ragu, Aina merebahkan kepalanya di peha Kyle.

Kyle sedikit terkejut dengan tindakan tiba-tiba Aina. Dia tersenyum lalu mengelus pipi Aina.

Hujung jari Aina mula bermain di bulu kening Kyle. Handsome! Beruntung dia dapat mafia ni. Kyle mungkin kejam, tapi tidak bila bersamanya.

Mata mereka menatap satu sama lain. Menyalurkan perasaan cinta yang membuak-buak.

Mak Nab yang berada di belakang dinding tersenyum gembira. "Alhamdulillah." Dia mengucap syukur pada Ilahi. Dia tahu bahawa Aina berkawin dengan Kyle bukan secara rela melalui pandangan mata gadis itu pada mulanya. Lagipula, siapa yang tak kenal dengan jutawan muda itu. Sikapnya yang kejam juga membimbangkan Mak Nab untuk melepaskan Aina bersama Kyle.

Namun memikirkan usianya yang semakin meningkat, dia setuju untuk menerima lamaran Kyle terhadap Aina. Sekurang-kurangnya Aina akan ada tempat bergantung sekiranya dia sudah tiada.

"Haih...sudah-sudahlah tu menenung antara satu sama lain." Sergah Mak Nab yang dari tadi melihat aksi tenung-menenung antara mereka.

"Mak Nab! Sejak bila kat situ?" Aina pantas duduk semula dan membetulkan shawl nya yang terdenget sedikit.

Kyle tersenyum melihat gelagat isterinya.

"Cukup lama sampai dah tak tahan tengok drama staring eye-to-eye antara korang." Jawab Mak Nab selamba.

Aina menyembunyikan wajahnya dengan telapak tangannya. Malu barangkali dengan usikkan Mak Nab.

"Eii Mak Nab ni. Tak baik tau skodeng orang tengah dating." Ujar Aina sambil mulutnya memuncung.

"Hah..muncung lagi mulut tu. Nak kena kiss ke?" Bibir Aina ditarik Kyle.

"Dah! Jom makan. Kang sejuk makanan tu." Ujar Mak Nab terus berlalu ke dapur.

Aina menyuakan gelas berisi air yang baru dituangnya kepada Kyle dan Mak Nab.

Mereka makan dengan senyap. Menu? Biasa-biasa je. Nasi lemak dan sotong sambal. Air pula, Teh BOH. Simple kan?

"Ni. Bila Mak Nab nak menimang cucu?" Soal Mak Nab tiba-tiba.

Tersembur nasi yang dimakan oleh Aina. Pantas Kyle menyuakan segelas air kepada isterinya.

"Ape Mak Nab ni? Soalan merapu time macam ni. Kang tercekik Aina nanti." Rajuk Aina. Sengaja dia nak elakkan soalan padu dari Mak Nab.

"Ala...Mak Nab nak cucu~! Bolehlah ek? Mak Nab dahlah takde anak. Nak juga merasa amcam mana ada cucu." Ujar Mak Nab dengan nada sedih dibuat-buat.

"In sha Allah tahun ni Kyle bagi Mak Nab cucu." Jawab Kyle lku mendapat jelingan dari isterinya.

"Janji eh?"

"Janji, Mak Nab." Mak Nab mula berasa gembira. Mesti comel cucu dia nanti sebab mama papa dia cun melecun.

"Suka hati dia je." Omal Aina perlahan lalu meneruskan aktiviti makannya.


(Okay tak chap ni?)
(Kalau hambar, jngan marah ek?)
(Vote auu! Susah-susah author perah otak nak wat citer ni.?

Tekan jewr butang bintang bawah itcheww


Mafia's Babygirl [Hiatus]Where stories live. Discover now