Tok tok tok!
Pintu bilik Aina diketuk dari luar. Aina yang baru habis melipat sejadahnya berlalu ke pintu untuk membuka pintu biliknya.
Sapelah awal sangat ketuk pintu dia ni. Pagi-pagi lagi tu.
Pintu bilik dibukanya perlahan-lahan.
"Kenapa?" Tanya dia pada Kyle yang berdiri di depan pintunya sambil mengusap dada. Terkejut mungkin melihat Aina memakai telekung.
"Pack semua barang kau. Kita kena ke Malaysia hari ni. Tak jadi nak pergi esok. Aku ada hal kat sana." Belum sempat Aina menanyakan dengan detail, Kyle terus masuk ke dalam biliknya sendiri yang berada di hadapan bilik Aina.
"Huh! Tak reti menyabar betullah mamat beku tu. Aku tak habis tanya lagi." Omel Aina.
"Aku dengar tu! Tak baik ngumpat bakal suami! Dosa!" Sahut Kyle dari dalam biliknya. Macamlah dia tak tahu perangai Aina.
"Annoying! Destroying!" Aina menutup pintunya kuat. Kyle sudah tertawa mendengar Aina marah akannya. Comel.
Aina mengeluarkan luggagenya. Dia menyusun pakaiannya sambil menyanyi. Tak sabar dia nak balik jumpa Mak Nab dan Mina. Dia bergerak ke arah walk closet. Segala stuff nya dicapai. Dengar kata, mereka akan menetap disana selepas nikah.
Apa agaknya reaksi Mak Nab dan Mina bila dia kata dia nak kawin nanti?
Selesai mengemaskan barangnya, dia meletakkan luggagenya di tepi pintu.
"Huh...siao oun. Tak sabar nak balik Malaysia!!! Nasi lemak, rendang ayam, roti canai, wahhhhhh!! Balik nanti aku nak makan semua tu terus. Nak peluk Mak Nab!!!" Aina berpusing-pusing lagak sedang menari.
Selepas habis adegan menarinya, dia mencapai tuala dan meloloskan diri ke dalam bilik mandi.
Setelah habis mandi, dia mwncapai shawl yang bewarna nude dan digayakan dengan sweater bewarna cream. Trousers, dia memilih warna khaki.
Dia turun ke bawah untuk membuat sarapan. Senyuman tidak mati dari bibir kecilnya.
Sampai saja di dapur, matanya tertancap pada beberapa figura.
"Yaww, Aina! Awal bangun." Sapa Jack ceria.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh." Perli Aina sedass!
"Auch. Assalamu'alaikum." Jack.
"Hahhaha..setepek Aina bagi kat kau!" Ejek Mike sambil ketawa berdekah. Aidil hanya memandang sahaja. Tiada keninginan nak masuk air bersama kawan-kawannya.
Tak lama lepas tu, Kyle pula turun ke bawah. Dia mengambil tempat di sebelah Aidil. Matanya ligat memerhati pergerakan Aina yang sedang memasak.
"Sarah." Panggil Kyle.
"Hmm?" Gumam Sarah tanpa emmandang ke arah Kyle. Jarinya sibuk mengacau makanan dalam kuali.
"Dah kemas barang?" Tanya Kyle lagi.
"Dah. Flight kita bila? Mereka semua ikut sekali?" Tanya Aina sambil jarinya ditunjukkan kearah Jack, Mike dan Aidil.
"Flight kita pukul 9 pagi. Mereka ikut sekali." Kata Kyle.
"Dah siap! Makanlah." Aina meletakkan chicken butter ke dalam mangkuk. Selepas itu, dia menyusun pinggan di atas meja.
Dia mengambil tempat bersebelahan Mike. Bertentangan dengan Kyle.
"Bro, aku nak tanya ni. Asal kau bawa kitorag pindah Malaysia tiba-tiba?" Tanya Mike.
"Nanti kau tahulah." Mereka pun makan air tangan Aina selepas mengaminkan doa yang dibaca oleh Kyle. Selama Aina disini, dia dah biasakan dori membaca doa sebelum makan. Kang kena marah dengan Aina.
***🍕***
Kini mereka sudah berada di Airport. Keadaan Aina sama macam mula-mula dia naik pesawat dulu. Gementar. Wajahnya juga pucat macam tiada darah.
"Don't be scare. I'll always be by your side." Kyle cuba menenangkan Aina. Aina mengngguk sedikit dan melemparlan senyuman hambar.
"Dah jom. Pengungumand ah diumumkan." Panggil Jack yang verada di hdapan mereka bersama yang lain.
Mereka masuk ke dalam vip plane.
Aina mengambil tempat di sebelah Kyle yang berada di tepi tingkap. Dia memejamkan matanya rapat.
Kyle yang berada disbelahnya terus menyandarkan kepala Aina kebahunya.
"Aduuuu...tahyah lah acah sweet bro." Perli Jack membuat muka toyanya.
"A'ah weh. Nak muntah aku." Sahut Mike pulak.
"Kau orang nak menyebok ni kenapa? Bakal bini aku. Biarlah." Jawabnya selamba.
Muka Aina serta merta merah. Walaupun dia pejam mata, tapi dia tetap dengar apa yang mereka cakap sebab dia tak tidur.
"Seriouslah bro?!" Kali ni dengan Aidil sekali yang melopong.
"Alhamdulillah. Kawin jugak kawan aku yang hati batu ni." Jack menepuk-nepuk tangannya sambil menggelengkan kepala. Thumbs up diberikan kepada Kyle.
"Kata aku, korang pun sama." Perli Kyle setepek.
Aina hanya memekakkan telinga. Pura-pura tidur.
Tbc.
Jangan lupa vote ea?
YOU ARE READING
Mafia's Babygirl [Hiatus]
RomanceHIATUS/CUTI/POSTPONE Dia digeruni. Beku dan baran. Dengan saja namanya, pasti ramai yang akan takut. Sesiapa sahaja yang melawan kehendaknya, ibarat menggali kubur sendiri. Tapi yang tidak adil, wajahnya sangat tampan mampu mencairkan hati para wan...