Aina mencelikkan matanya sedikit. Ruang di tempatnya tidur diamati. Dia berkerut hairan.
'Bukan aku kat ofis Kyle ke tadi?' Duganya dalam hati.
Aina meraba kepalanya. Nampaknya Kyle dah tanggalkan tudung dia.
Kedengaran sayup-sayup bunyi orang berbual dari bawah.Dia menjenguk ke ruang tamu. Kelihatan Kyle,Jack, Mike, dan Aidil sedang berbincang dengan serius.
"Okay sekarang ni, aku nak Aidil hack CCTV kat area Black. Korang dua ikut aku ke gudang kita." Suara Kyle didengar Aina dengan jelas.
Mereka kemudia keluar dari villa Kyle dan masuk ke dalam kereta masing-masing.
Aina bersembunyi di sebalik dinding sambil memasang telinga.
Aina masuk semula ke dalam biliknya. Aina berkira mahu mengikuti Kyle senyap-senyap. Siapa Black?
Puas berperang dengan diri sendiri, Aina terus mencapai kunci kereta Range Rover Kyle. Dia mengikuti kereta Jack senyap-senyap. Kyle berada jauh di hadapan kereta Jack. Mereka masuk ke dalam.
Tak lama lepas tu, kereta mereka berhenti di hadapan gudang lama. Aina menelan air liur bila terdapat dua orang menjaga pintu gudang itu. Bodyguard Kyle.
Aina keluar dari kereta yang diparkingnya jauh dari gudang itu. Agak tersorok kedudukannya.
Dia perlahan-lahan ke belakang bodyguard itu. Kayu yang tersandar di dinding itu diambilnya. Kayu diangkat tinggi dan dihayunkan ke arah kepala seorang bodyguard itu sehingga pengsan. Sorang lagi terkejut dengan kehadiran Aina. Dia mengeluarkan pistol dari belakang pinggangnya.
Aina menelan kesat air liurnya dan mengangkat tangan ke udara tanda surrender.
***🍕***
"Aku nak ambik yang ni lah. Baru power." Ujar Jack teruja sambil membelek sniper M24. Terdaat banyak jenis rifles, AR, SMG dan HG weapon tersusun di sana.
"Aku ambil eagle je." Mike acah-acah menujukan pistol itu kehadapan dengan bergaya.
Kyle pula membelek pistol anaconda bewarna emas kesayangannya.
Leka mereka membelek senjata, bodyguard Kyle datang menyampuk.
"Bos, aku jumpa perempuan ni serang kitorang kat luar." Kyle mengangkatkan sebelah keningnya dan berpaling.
Dia menarik dalam nafasnya menahan sabar. Jack dan Mike pula melopong.
"Serious lah? Bini Kyle ni nakal betul." kata Mike sambil mengerling ke arah Kyle yang bercekak pinggang sambil memandang geram ke arah isterinya.
"Lepaskan dia, Ben." Arah Kyle pada Ben.
Aina dilepaskan. Kyle berjalan ke arah Aina yang menunduk sambil menguis-nguiskan kakinya di lantai. Mulut dimuncungkan.
Kyle mengangkatkan dagu Aina dengan nari telunjuknya.
"What should I do to you, babygirl?" Ujar Kyle sambil mendekatkan mukanya kearah Aina. Matanya tajam menatap mata Aina.
"Sorry. Saya just nak tahu awak buat apa." Kata Aina perlahan.
Mike dan Jack sudah cair melihat wajah comel Aina.
"Huh..kau ni nakal sangatlah. Kalau apa-apa jadi kat kau, sapa susah? Ben. Hantar wife aku pulang." Arah Kyle kepada bodyguardnya.
"Taknak! Saya nak ikut. Please..." Mata sengaja dikerdipkan. Kyle memejamkan matanya dan menarik nafas. Sabar Kyle sabar.
"Jack. Korang berdua pergilah teruskan plan kita tanpa aku. Makcik ni degil pulak." Sempat mata Kyle menjeling ke arah Aina.
"Okay. Nanti apa-aa aku info kau." Kata Jack dan keliar sambil membawa senjata pilihannya keluar. Mereka harus bergerak ke kawasan Black.
Black sudah salah langkah kerana bermain api dengan kumpulan Heinous.
"Jom balik." Kyle menyulam tangannya dan Aina dan mula menarik Aina ke arah kereta.
"Emm..Kyle, kereta Range Rover tu macam mana? Saya guna tu tadi." Ujar Aina tanpa rasa bersalah.
"Kau curi kereta aku pulak ehh? Naughty girl!" Kyle menarik hidung Aina. Kemudian Kyle mengarahkan anak buahnya menghantar kereta yang digunakan Aina tadi.
Aina menggosok hidungnya yang sudah merah akibat ditarik Kyle sambil memuncungkan mulutnya. Jahat!
"Tak payah nak muncung sangat. Kang aku cium baru tahu." Seloroh Kyle sambil membuka pintu kereta dan menolak Aina ke dalam perlahan.
"Blablabla." Ejek Aina sakit hati.
Kyle yang geram dengan kecomelan Aina terus menonjol dahi Aina.
Ohaiyokk! Done .
Dun forget to vote bebeh.Harap hengkorang sukalah dgn chap ni.
Idea saya masih tak sampai lagi.Btw, terima kasih kerana sudi baca cerita yang merepek ni. Saya takde bakat dalam penulisan sebenarnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mafia's Babygirl [Hiatus]
RomanceHIATUS/CUTI/POSTPONE Dia digeruni. Beku dan baran. Dengan saja namanya, pasti ramai yang akan takut. Sesiapa sahaja yang melawan kehendaknya, ibarat menggali kubur sendiri. Tapi yang tidak adil, wajahnya sangat tampan mampu mencairkan hati para wan...