7

6.5K 535 26
                                    

Aina menutup pintu biliknya dengan kelam kabut. Dadanya dipegang.
'Huh, asal aku berdebar ni? Malunya!!' Monolognya dalam hati. Mukanya serta merta merah.

Tak sangka Kyle sanggup suap dia makan. Asal jantung dia buat hal bila dekat dengan Kyle? There is no way dia dah jatuh suka dengan Kyle. Mafia tu oiii. Tapi yang peliknya, dia tak takut pun.

Aina mengambil angin di beranda biliknya. Dia duduk di sebuah gazebo yang tersedia disana. Pemandangan? Ceh! Rumah Kyle ni, tengah-tengah hutan. Memang taklah dia nak nampak Kota Manchester tu.

Hutan hijau terbentang luas di hadapannya. Dia masih belum jejak kaki keluar dari pintu utama.

Jam di dinding ditilik. Pukul 12 tengah hari waktu di UK. Kalau di Malaysia, sekarang pukul 7 malam. Alhamdulillah, dia sudah mula biasa dengan waktu di negara itu. Mula-mula memang dia jadi kelawar. Tidur waktu siang. I mean, ngantuk.

Dia keluar dari biliknya. Dalam masa yang sama, Kyle baru keluar dari biliknya. Mata mereka bertentang beberapa saat sebelum dua-dua melarikan pandangan ke arah lain.

"Ehem. Kau nak kemana?" Kyle sempat membetulkan kotak suaranya. Keadaan mereka terasa janggal selepas kantoi bersuap-suapan depan Jack.

"Errr..Nak pergi kat kolam depan sana." Aina swdaya upaya melarikan matanya dari tertancap pada Kyle.

"Owwh." Aina tersenyum kekok lalu menundukkan sedikit badannya untuk lalu depan Kyle untuk pergi ke kolam.(Brapa banyak untuk daaa)

Sampai saja di kolam, Aina merendamkan kakinya di dalam air. Dia mengambil udara segar. Kalau kat Malaysia, pukul 12 tengahari ni, jangan harap dia nak keluar. Memang hanguslah muka.

"Ehh! Hai Aina." Sapa seseorang. Dia menoleh ke belakang. Ternyata Mike, Zack dan Aidil yang sedang separa bogel. Tak pakai baju.

Aina automatik menutup mata dan terjerit sedikit. Mereka terkejut mendengar Aina menjerit.

"Sarah?! What's wrong?" Tanya Kyle sebaik sahaja dia sampai. Tersemput-seput dia berlari dari dapur ke kolam bila terdengar Aina menjerit.

Aina menunjukkan tiga orang malaun yang tidak memakai baju di hadapannya. Seorang tengah garu kepala, seorang lagi tengah menguiskan kaki ke lantai, manakala seorang hanya diam.

Kyle segera memandang Jack, Mike dan Aidil. Mereka tersengih tak bersalah termasuk Aidil. First time dowh.

"Tu je? Aku ingatkan ada pencuri mana tadi. Ish kau ni, Sarah. Buat kalut aku je." Kyle menghampiri Sarah dan menarik hujung baju Sarah yang sedang menutup mata.

"N..nak p..pergi mana?" Tanya Sarah tanpa membuka matanya.

"Ruang tamu. Buat hangus mata je tengok badan keding tiga ekor ni." Sindir Kyle pada Jack, Mike dan Aidil.

"Woii! Badan aku yang sado ni kau kata keding?! Kurang asam punya kawan." Marah Jack tak mahu mengalah.

"Mengaku jelah." Ujar Kyle lalu menarik Aina ke ruang tamu.

Aina didudukkan dia di sofa bersebelahan dengan dia.

"Dah. Buka mata." Arah Kyle.

Aina membuka matanya. Nafas lega dihembus.

"Aku ada benda sikit nak bincang dengan kau. Dan aku taknak dengar jawapan selain yes." Ujar Kyle dengan muka yang dingin.

"Ape dia?" Tanya Aina sambil membetulkan sedikit hujung tudungnya supaya tak seget.

"Aku nak kita kawin." Cukup untuk membuat Aina ternganga.

"T..tapi kenapa tiba-tiba?" Tanya dia tergagap-gagap. Tak, seriouslah Kyle ajak dia kawin?

"Aku taknak kita duduk serumah tanpa ada ikatan. Walaupun aku ni ketua mafia, tapi aku masih tau hukum hakam agama. Lagipun, lepas ni kita nak kena duduk Malaysia. Kerja aku kat sini dah selesai. Kalau kau setuju, aku nak jumpa penjaga kau lusa." Bersinar mata Aina tatkala mendengar perkataan Malaysia.

"Awak cakap, awak taknak denagr jwapan selain yes kan? So, okay. Saya setuju." Balas Aina perlahan sambil kepalanya tertunduk memandang jarinya yang dimainkan sesama sendiri.

"Good. Malam nanti, kau jangan keluar bilik. Aku ada urusan sikit kat rumah ni." Kyle memandang tajam anak mata Aina tanda warning.

"Hmm..." Tu je yang Aina balas. Taknak weh, dia melawan. Kang kena debik baru tahu.

"Baiklah...aku nak pergi berenang. Kau nak ikut tak? Body aku mantap tau." Usik Kyle. Dia suka melihat wajah merah Aina.

Aina menggelengkan kepala laju lalu bangun dari sofa. Dia berlari ke biliknya. Haihhh.. Dahlah takda kawan perempuan kat sini. Pembantu semua, ada kat kawasan mereka. Manalah dia tahu kat mana.

Kyle menarik senyuman sebaik saja Aina tiada di situ.

Siap! Jangan lupa vote tau.





Mafia's Babygirl [Hiatus]Where stories live. Discover now