Sampai saja di rumah, Aina masuk ke dalam tanpa mempelawa Kyle. Untung Mak Nab tak nampak. Kalau Mak Nab nampak, konfem kena bebel sebab biarkan bakal suami duk luar je.
Aina masuk ke dalam biliknya tanpa mencari Mak Nab. Malas ganggu kerja Mak Nab.
Aina membuka tudung bawalnya dan berbaring di atas katil. Huh! Keluhan dilepaskan. Penat aih.
***🍕***
Tit tit!
Aina mencapai phone nya dan membuka aplikasi wassap.
Sayang💋
Be ready for tomorrow, babygirl.
Aina mengerutkan dahi. Sayang? Sejak bila dia ada pakwe ni? Ahh! Lantaklah. Malas layan.
Aina melemparkan phonenya ke tepi. Novel berjudul After dicapai. Baru je dia nak selak kulit buku itu, telefonnya berdering.
Sayang💋
-asal kau tak reply chat aku hah?!
Aina menjauhkan sedikit phonenya dari lubang telinga. Kurang asam punya manusia! Dahlah takda salam apa semua.
+Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamagfiratuh, wahai hamba Allah.
Orang di sebelah sana automatik senyap lepas diperli oleh Aina.
-ehem. Asalamualaikum. Hah! Asal kau tak reply chat aku tadi. Aku tahulah watna biru tu indah, tapi ia menyakitkan tau tak bila kau bagi bluetick.
+Ehh! Hello?! Awak ni sapa, hah!? Sukahati nak suruh saya reply chat awak. Awak ingat awak suami saya ke?
-Memanglah aku bukan suami kau, tapi aku ni bakal laki engkau!
Aina terkedu. Terdiam sekejap Aina dicorong telefon.
+ E..errr a-awak ni Kyle ke? Sorry.
-Okaylah. Aku off dulu. Tidur awal. Esok first night kita. Sweet dream tau.
Aina segera meng'off phonenya. Ni mesti Kyle save nombor dia sendiri masa Aina fitting baju kawin tadi. Siap save sayang lagi. Ni Mafia ke, Matcha? Dei tambi!
***🍕***
Mak Andam yang bernama Huda menggeleng kepala melihat Aina dari tadi menggigit jarinya."Tenang lah Aina. Stress lah saya tengok awak macam ni." Mak Andam mengurut pelipisnya bila melihat costumernya dari tadi mundar mandir. Nak makeup kan Aina pun tak dapat. Kalau dia tahu macam ni lah pelanggan dia punya gelabah, memang dia tarik diri dari ambik job ni.
"Saya yang patut stress tau tak. Saya nak lari huwarghh!!" Aina berura-ura membuka pintu balkoninya.
Huda pantas menangkap lengan Aina. "Awak jangan main-main eh. Kang nanti awak dengan makcik awak dapat malu. Saya takpa, sebab duit masyuk." Bebel Huda. Aina ni memang suka bertindak terburu-buru betullah!
Pintu bilik Aina dikuak dari luar dan menampakkan Mak Nab.
"Aina, pengantin lelaki dah sampai. Jom, turun." Ajak Mak Nab. Aina sekarang ni rasa nak buang air besar pun ada.
Aina mendekati Mak Nab lalu mereka turun tangga beriringan. Ramai pulak keluarga terdekat dia. Ada yang senyum ikhlas, tak kurang juga yang rupa macam OnionGeneration. Tercebik sana, tercebik sini. Lesing kang mulut tebal tu!
Dilihatnya Kyle yang sudah duduk berhadapan dengan tok kadi sambil memandangnya. Pandangan mereka bertaut. Aina hanya menghadiahkan senyuman nipis.
Manakala Kyle pula, rasa nak terlompat dari rusuk, jantung.
Aina duduk bersimpul di sebelah Mak Nab.
"Kyle Mayorga bin Karl Mayorga." Ucap tok kadi sambil menyalam tangan Kyle.
"Ye saya." Jawab Kyle dengan tenang.
"Aku nikahkan dan kawinkan dikau dengan Aina Maisarah binti Khalid dengan bermaskawin sepuluh dulang hari nyamuk dan setangki air mata naga." Kata Tok kadi.
(BAHAHHAAHA !! Terkena! Mana ada mas kawin macam tu. Ingat ni cerita dongeng ke?!😂)
"Aku nikahkan dikau dengan Aina Maisarah binti Khalid dengan mas kawin sebanyak tiga ribu ringgit tunai." Ujar tok kadi sambil menjabat tangan Kyle.
"Aku twrima nikahnya Aina Maisarah binti Khalid dengan mas kawin sebanyak tiga ribu ringgit tunai." Lafaz Kyle sekali nafas.
"Sah?"
"Sah."
"Sah?"
"Sah.""Alhamdulillah." Mereka membaca doa.
Dengan itu, secara rasminya Aina sudah bergelar Mrs.Kyle. Air matanya diseka.
Kyle datang melutut dihadapan Aina sambil memegang kotak baldu. Cincin diambil. Aina menghulurkan tangannya terketar-ketar. Tatkala Kyle menyentuh kulitnya, terasa ada renjatan elektrik mengalir.
Giliran Aina pula menyarungkan cincin pada jari Kyle.
Upacara pembatalan wudhu dilakukan. Kyle menarik kepala Aina supaya dekat dengannya. Dahi Aina dikucup penuh syahdu. Aina memejamkan mata.
Klik✨klik✨
Bunyi kamera jurukamera tak henti-henti berbunyi. Rasa nak menari pun ada.
"Welcome to my world, babygirl." Bisik Kyle di telinga Aina. Aina pula rasa tertelan halkum. Padahal dia mana ada halkum. Lainlah puan sajatdiah kitewrr.
______________________________✆
Jangan lupa subscribe. Ehh! Tak tak. Jangan lupa vote ekk?! Takut nanti author majuk dengan korang.
YOU ARE READING
Mafia's Babygirl [Hiatus]
Roman d'amourHIATUS/CUTI/POSTPONE Dia digeruni. Beku dan baran. Dengan saja namanya, pasti ramai yang akan takut. Sesiapa sahaja yang melawan kehendaknya, ibarat menggali kubur sendiri. Tapi yang tidak adil, wajahnya sangat tampan mampu mencairkan hati para wan...