5

7K 406 28
                                        

Aina sedang mengelap rambutnya di hadapan cermin. Kadang-kadang dia terfikir. Betul ke apa yang dia buat ni? Dia pasti ada hikmah disebalik semua ini.

"Kau menungkan ape tu?" Tegur satu suara.

Aina terkejut. Cepat-cepat dia mengambil tuala untuk menutup kepalanya.

"Awak ni memang tak pandai ketuk pintu ehh?" Tegur Aina pakej wajah cemberut. Dahlah dia tengah keringkan rambut. Tak pasal-pasal Kyle nampak Aurat dia.

"Sarah." Panggil Kyle tanpa menjawab pertanyaan Aina.

"Hmm." Aina mengangkatkan wajahnya memandang Kyle.

"Nothing. Esok jelah aku bagitahu. Kau tidurlah. Night." Kyle terus keluar dari bilik Aina. Esok jelah dia tanya.

"Ish pelik lah dia ni." Omel Aina perlahan. Baginya, Kyle seorang yang caring walaupun dia kejam. Tapi dia layan Aina elok je. Bab membunuh, memang dia kejam habis.

***🌙***

Selesai sahaja menunaikan solat subuh tadi, Aina tidak sambung tidur.

Dia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan untuk yang lain. Walaupun dah ada pembantu, Aina lebih selesa menyediakan semuanya sendiri. Lagipun, dia pandai masak.

Hari ini, dia menyediakan makanan Malaysia. Iaitu...jeg jeng jeng.

Nasi goreng dan mi goreng. Air, dia buat air hot chocolate.

"Wahh! Sedapnya bau." Jack yang lebih awal turun terus duduk di kerusi.

"Mana yang lain, Jack?" Tanya Aina sambil matanya tertinjau tinjau keberadaan yang lain.

"Awak berdua, jemputlah makan." Panggil Aina pada bodyguard yang berada di pintu. Riak mereka serious. Memang adat bodyguard pun. Tapi, Aina tak kesah.

"Takpe cik Aina. Nanti bos marah pulak." Kata bodyguard itu.

"Alahhh...takyah sibuk dengan bos awak tu. Nanti saya sekeh kepala dia. Meh duduk sebelah Jack." Arah Aina dengan lagak ma'am besar rumah tu.

Mereka berdua pun akur. Jack hanya diam melantak nasi goreng buatan Aina.

"Ehemm..sape nak sekeh kepala aku tadi?" Kyle yang tiba-tiba muncul terus mengambil tempat di sebelah Aina. Mana Mike dan Aidil?

"Korang buat apa sini? Curi tulang?" Tanya Kyle pada dua orang bodyguard nya yang berada di meja makan.

"Awak jangan halau mereka. Saya betul-betul akan sekeh kepala awak." Aina sudah menunjukkan tangannya yang sedia menyekeh kepala Kyle sekiranya Kyle menghalau bodyguard nya.

"Berani ke?" Kyle sengaja main tarik tali.

"Ishh! Biarlah diorang sini. Saya nak juga ada kawan." Rajuk Aina. Bodyguard dua orang itu sudah senyum senyum melihat telatah manja Aina dengan bos beku mereka.

"Kau kawan jelah dengan aku. Takpun, kau kawan dengan beruk sana." Seloroh Kyle. Aina menayangkan wajah geram.

Ish takut kita.

"Malaslah cakap dengan awak ni. Dah! Korang cepat makan kalau taknak basuh pinggan." Swing pulak mood dia melayan Kyle.

Kyle masih lagi beriak selamba. Terhibur kejap dia dengan Aina ni.

Mafia's Babygirl [Hiatus]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang