Terkocoh-kocoh Kyle bersiap untuk ke pejabat. Dia sudah terlebih lewat. Jam hampir menunjukkan 8:30 pagi.
Aina pulak buat rilek je kat hadapan televisyen. Padan muka suaminya. Sapa suruh taknak bangun semasa dia kejutkan. Kan dah terlambat.
Meskipun dia CEO, dia amat berpegang kepada prinsip. Begitu juga bila dia membuat 'kerja' yang satu itu. Tiada belas kasihan diantara jantina dan umur.
"Haih...tulah, sapa suruh taknak bangun time orang kejutkan? Hang pikiaq lah sendiri." Ejek Aina selamba.
Kyle mencebikkan bibir mendengar ejekan berbaur sindiran itu. Bukan selalu dia lambat. Lagipun, siapa berani marah dia? Nak kena pancung?
Selesai bersiap, Kyle mencapai briefcase nya. Aina mengekori Kyle ke arah pintu. Tangan Kyle disalam dan dicium. Kyle pula mencium ubun-ubun isterinya.
"Jaga rumah elok-elok. Jangan keluar rumah tanpa izin aku. Kalau ade apa-apa, cepat-cepat inform kat aku." Pesanan daripada Kyle dibalas dengan anggukan.
"Aku gerak dulu." Kyle menggosok keoala isterinya sebelum kaki dibawa kearah kereta Range Rover.
"Waalaikummusalam." Ujarnya setelah kelibat suaminya hilang dari pandangan.
Sudah berapa bulan mereka kahwin namun Kyle masih kurang dalam bab keagamaan. Dia tidak tahu apa yang membuatkan Kyle jadi macam tu. Meskipun dia tidak berapa mengenali Kyle, tapi dia yakin yang Kyle bukan macam tu sebelum ini. Pasti ada sesuatu yang telah menimpa lelaki itu di masa lampaunya. Dan dia akan mencari jawapan kepada soalan yang berada di benak fikirannya.
PELIPIS diurut perlahan. Rambut diraup kasar. Sekarang, biliknya sudah rupa macam tongkang pecah. Nasib je meja tak terbalik. Kertas-kertas habis bersepah di atas lantai.
Butang telekom ditekan.
"Betty! Datang ofis aku sekarang!" Amarahnya tidak dapat dibendung lagi.
Pintu pejabatnya diketuk dan kelibat Betty menyapa setelah mendapat keizinan untuk masuk.
"A...ada apa, bos?" Tanya Betty dengan takut.
"Sape ketua menjaga bahagian akaun? Panggil dia sekarang!" Bahu Betty terhinjut mendenagr jerkahan bosnya. Dia menunduk dan keluar dari pejabat bosnya lalu berlalu ke mejanya.
Tak lama seleps itu Ikram, selaku ketua akauntan datang ke ofis Kyle dengan perasaan yang berdebar. Ini kali pertama dia dipanggil oleh bosnya. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku.
"Aku nak tanya kau. Mana pergi duit 20juta syarikat ni?!" Jerkah Kyle. Sungguh dia tak berdaya mengawal barannya tika ini.
"Sa..saya ta..tak tahu, bos." Ujar Ikram takut-takut.
Kyle memandang tajam wajah Ikram untuk mencari kejujuran di wajah kacak itu. Seperti yang dia sedia maklum, pasti ada seseorang yang mengkhianatinya.
"Okay. Kau boleh keluar."
WAJAH kusut Kyle dipandang dengan perasan yang bercampur baur. Rak tahu sama ada nak tegur atau biarkan saja. Dari tadi Kyle sibuk dengan laptopnya. Langsung tak menegur Aina seperti biasa. Wajahnya juga tiada secalit senyuman.
Aina keluar dari bilik kerja Kyle dan menapak ke arah dapur. Dia membancuh hot chocolate untuk suaminya. Dia cuba fahami keadaan Kyle yang sibuk dengan kerjanya.
Hot chocolate dibawa ke arah bilik kerja Kyle.
"Awak...nah." Huluran Aina disambut.
"Thanks." Ujar Kyle pendek. Wajah Aina langsung tak dipandangnya.
"Kalau kau nak tidur, pergilah tidur dulu. Jangan tunggu aku. Aku busy sangat hari ni." Ujar Kyle lembut. Jam sudah menunjukkan pukul 1.38 pagi.
"Sokay. Saya tunggu awak sana." Jarinya menunjuk ke arah sofa bed di hujung dinding.
MATA digosok. Dia menghelakan nafas kasar. Dia masih siasat siapa dalang bagi kehilangan duit syarikat sebanyak 20juta itu. Sungguh membuatkan fikirannya serabut. Dia menyandarkan kepalanya di penyandar kerusi. Mata dipejam sekejap.
"Ma...ma..papa! No..." Kedengaran sayup-sayup esakan perempuan di bilik kerjanya. Dia cuba abaikan.
Tapi makin lama makin kuat esakan itu.
"Mama! Papa! Please don't leave me! No!! Tsk..tsk.."
Kyle terkejut bila mendapati bahawa itu ialah suara isterinya. Macam mana dia boleh kupa bahawa Aina tidur kat sofa bed itu? Haihh... sengalah Kyle ni.
Dia menapak perlahan ke arah Aina. Peluh jelas merinik dari dahi gadis itu.
"Mama papa...kenapa tinggalkan Mai? Mai takut..." Aina menangis teresak-esak.
"Shhhh...jangan takut. Aku asa kat sini." Kyle bertindak memeluk tubuh isterinya. Dia turut berbaring di sofa bed itu. Tak apa semoit asalkan isterinya tenang.
Aina masih teresak-esak memanggik mama dan papanya.
"Shh..sayang, jangan nangis. I'm always here be with you." Pujuk Kyle.
Aina mula mencelikkan mata. Dia melihat Kyle yang baring di sebelahnya sambil memeluknya. Tubuh kekar lelaki itu dipeluknya dengan ketat. Dia melwpaskan tangisan di dasa bidang Kyle.
"Awak....jan..ji ja..jangan tinggalkan saya macam mana papa dan ma...ma tinggalkan saya ya?" Ujar Aina sambil menggenggam belakang baju Kyle erat.
"Aku janji yang aku takkan tinggalkan kau. Dah...jangan nangis ek? Jom masuk bilik." Aina mengangguk.
Tubuhnya dicempung oleh Kyle. Dia masih menyembamkan wajahnya di dada bidang Kyle.
Tada..terimalah idea hambar dari carol.
Hahahax!Aku tak pandai cenna wat scene sendu. Kira sendu lah tu walau korang sedu je baca scene ni BAHAHAH. Ok tu je.,
YOU ARE READING
Mafia's Babygirl [Hiatus]
Roman d'amourHIATUS/CUTI/POSTPONE Dia digeruni. Beku dan baran. Dengan saja namanya, pasti ramai yang akan takut. Sesiapa sahaja yang melawan kehendaknya, ibarat menggali kubur sendiri. Tapi yang tidak adil, wajahnya sangat tampan mampu mencairkan hati para wan...