6

6.7K 483 14
                                    

Aina sedang mengelamun di hadapan television. Mata dia masih tak dapat tidur jadi dia mengambil keputusan untuk layan movie. Tapi alih-alih, dia termenung pula. Dia rindu akan Mak Nab dengan Mina. Dah dua minggu dia tak bertemu dua orang tu. Terutamanya Mak Nab. Wanita yang dia sudah anggap sebagai ibu.

Tanpa dia sedar, air matanya mengalir.

Kyle yang perasan ada cahaya di ruang tamu, terus menapak ke sana. Dia melihat Aina masih belum tidur. Kyle mengambil tempat di sebelah Aina. Aina masih tak perasa akan kehadiran Kyle sebab asyik melayan perasan.

Kyle berdehem.

"Ehh! Awak masih tak tidur?" Aina mengesat air matanya. Sejak bila dia nangis?

"Ehh..dah tidur dah. Sebab tu aku dekat sini." Ujar Kyle bersaskartik.

Aina tidak menyahut.

"Kau rindu pembantu kau?" Tanya Kyle. Aina mengangguk laju. Dia harap agar Kyle akan membawanya balik ke Malaysia.

"Bila kita nak balik Malaysia?" Tanya dia dengan penuh harapan.

"We're never back there." Ujar Kyle selamba. Takkan lah dia tak balik Malaysia? Banyak lagi urusan dia kat sana yang maish belum selesai. Syarikat dia di sana pun dia suruh Asyraf yang handle. Dia pergi UK pun hanya sebab dia nak jejak seseorang.

"Owh. Never mind. I go upstairs first. Good night." Aina bangun dan bergerak ke biliknya.

Sampai saja di bilik, dia mengunci pintu dan menghempaskan badannya ke atas katil. Akhirnya tangisannya pecah.

Kyle yang berada di depan pintu Aina hanya mampu mengeluh. Salah dia sebab tipu Aina. Dia nak main-main je fasal tak balik Malaysia tu tadi. Tak sangka pula Aina emo lebih.

***✨***

Keesokan paginya, Aina membuat sarapan seperti biasa cuma awal sikit. Dia taknak berada di dapur bila yang lain dah turun.

Selesai menyediakan sarapan, dia terus naik ke atas. Nampaknya hari ini, dia tak bersarapan bersama yang lain.

Semasa dia berada di tangga, dia berselisih dengan Kyle. Kyle pelik sebab tengok Aina hanya pandang ke depan tanpa menegur dia.

"Kau dah makan ke?" Tanya Kyle mendatar. Sekejam mana pun dia, dia takkan sakiti Aina. Dia pun pelik kenapa dia berlembut dengan Aina.

"Tak. Tak selera." Jawab Aina acuh tak acuh.

Aina terus naik ke atas masuk biliknya. Dia duduk di birai katil. Bosan gila! Dahlah phone dia Kyle rampas. Takut dia kantoi culik Aina lah tu.

Untung dalam bilik tu ada satu rak novel. Tapi bahasa inggeris semua. Dia memilih novel berjudul, Agreement with Mr Rich Boy by RapunzelsSavior.

Elok dia melayan perasaan, kedengaran bunyi ketukan dari luar beserta laungan namanya.

Kyle.

Malas dia nak buka pintu.

Kyle masih tak berputus asa mengetuk pintu. Tak lama selepas itu, bunyi ketukkan tak kedengaran. Heh! Quitter. Mudah sangat berputus asa.

Klak!

Pintu terbuka. Aina berpaling. Ceh! Dia ada kunci pendua, dude.

"Asal masuk sini? Tak elok lah. Awak lelaki, saya perempuan. Keluar." Halau Aina. Dia masih tahu hukum hakam agama walau dimanapun dia berada.

"Asal kau tak buka pintu masa aku ketuk tadi? Kau ni sengaja nak buat aku marah kan? Sekarang, aku nak kau ikut aku turun bawah, makan!" Arah Kyle dengan suara sengaja dikeraskan. Nafasnya turun naik.

"Awak sapa nak paksa saya? Awak pergilah makan." Aina masih lagi berdegil. Dia buat buat fokus dengan novel di tangannya.

"Sarah." Panggil Kyle serius.

"Ape lagi, Ya Allah awak ni." Sabar jelah dengan mamat ni.

"You know what? I hate to say the same thing twice." Kata Kyle dengan serious plus dingin.

"Huh, fine." Aina turun dari katil dan mendekati Kyle yang berada di pintu biliknya dengan wajah yang masam.

Mereka turun ke dapur. Nampaknya, dia hanya akan makan berdua dengan Kyke saja memandangkan yang lain dah makan.

"Tenung apa lagi? Makan aku cakap." Aina mengeluh kuat tanda protes. Makan pun nak paksa ke?

Baru beberapa suap, Aina sudah tiada selera. "Dah." Aina menjauhkan pinggannya ke depan. Seleranya mati.

"Haish..." Kyle mengambil pinggan Aina. Aina hanya meandang pelik ke arah Kyle. Dah kenapa ambik pinggan aku?

"Bukak mulut." Ujar Kyle mendatar.

Aina masih berdegil. Gila nak suap menyuap kat sini. Memanglah takde orang, tapi dia malu tau tak.

"Cepat sebelum aku kiss kau." Ugut Kyle sambil menyuakan sudu si hadapan Aina.

"Eee.. aaaaa" Aina ngangakan jugak mulut dia. Kang dapat dosa free bila kena kiss dengan lelaki bukan muhrim.

"Kau merajuk dengan aku ke?" Tanya Kyle sambil tangannya ligat menyuap Aina makan.

"Watpe nak majok dengan awak? Takde faedah." Ujarnya setelah makanan di dalam mulutnya habis ditelan. Kyle menahan senyum. Comel pulak Aina ni dia rasa.

"Eleh. Macamlah aku tak perasan yang kau asyik mengelak dari aku. Makan pun taknak. Suka lah tu, aku suap dia." Ejek Kyle.

Baru je Aina nak menjawab, muncul kelibat Jack di dapur.

"Yaww! So sweet, main suap-suap." Usik Jack dengan gaya tapak tangan diletakkan di pipi. Gedik!

Wajah Aina serta merta berbahang.

"Kau buat ape kat sini?" Tanya Kyle dengan nada yang dingin.

"Haus. Tapi alang-alang nampak drama, singgah lah kejap." Jack masih dengan mood mengusiknya.

"Dahlah tu usik kitorang. Aku cepuk nanti, baru sedar." Kyle menyuruh maid nya mengemaskan makanan atas meja.

"Err..saya naik dulu ekk?" Tanpa menunggu jawapan Kyle dan Jack, Aina terus memecut ke tingkat atas. Gila sia, kantoi dengan Jack. Sebab tu lah dia taknak Kyle suap dia tdi. Mesti kena bahan ni nanti dengan dorang. Jatuhlah saham kau Aina Maisarah.

(Tbc)
(Jangan lupa vote. Tekan je butang bintang bawah tu.)

Mafia's Babygirl [Hiatus]Where stories live. Discover now